"Hi, Riz. Dah lama ko sampai?" Siti duduk di kerusi yang berhadapan dengan Rizman. Fail dan buku yang dibawanya diletakkan di atas meja.
"Tak adalah. Baru jugak. Amira mana?" jungkitan bahu Siti memberi jawapan pada Rizman. telefon bimbit dari dalam poket dikeluarkan.
-woit, mir! cpt la weh. ak ngn ct kat lvl 1. tmpt bese. jgn lupe mntos..c u...
"Siti, kenapa dengan Amira tu? Tadi dahlah datang lambat. pastu, muka ketat semacam je. Ni datang lambat lagi." Rizman menekan butan hantar. Menghantar mesej kepada Amira tanpa mengharapkan Amira membalas. Yang penting mukanya terpacul di hadapan mereka berdua.
"Entahlah,Riz. Tadi dia kata ada mamat buta. Watak baru. Aku pun tak paham. Tunggu dia cerita, tak cerita-cerita jugak." Buku dihadapan dibuka.
"Hmm..kadang-kadang aku tak paham betul ngan si budak mir ni. Macam ganas. Tapi, lembut toksah kira. kat dalam la." Kamus dibelek. Transcription yang memerlukan rujukan kamus diselesaikan.
"Alah, Riz, Dah namanya perempuan. Dalam ganas-ganas pun, ada lembutnya jugak. Ko ni, macam tak kenal dengan si Amira tu.Dahla, jom lah kita study, tak payah pikir lagi pasal si Mir tu. Japg, kita tanya dia sendiri je." Rizman hanya mengangguk. Fokus kembali kepada kerja.
"Hmm. Sorry korang. Aku ada hal jap tadi. pastu gi kedai beli ni." Satu plastik berisi sebotol air 100 plus, oreo, dan mentos sour mix diletakkan di atas meja.
"Hah, datang pun ko. Nasib baik ko bawa makanan, kalo tak memang aku dah tembak muka ko ngan senapang gajah tahu tak..." Rizman hampir tergelak melihat Siti dan Amira.
"Dahlah, korang ni. Jom kita study. Transcribe mende ni lagi baik tahu." kata-kata Rizman membuatkan Amira terus membuka buku. Siti pun turut diam.
"Aku menyampah betul dengan madam ni. Langsung tak bagi kita masa nak trnscribe benda ni betul-betul. Dahla panjang susah pulak tu." Amira merungut.
"Ala, aku pun tak puas hati. Yelah. Ingat kita ni otak apa nak transcribe menda ni cpt-cpat. tapi, nak buat camne, dah dia lecturer. redha jelah." Siti hanya mengganguk bersetuju.Mereka meneruskan perbincangan tanpa menyedari yang jam telah menghampiri pukul 1o. Dahla buat macam library sendiri. Boleh pula tak perasan masa. Amira yang menyedari lagu kuch kuch hota hai telah mula melatari library, mengajak mereka semua beredar. memang menjadi stail library ini untuk memasang lagu menandakan waktu perkhidmatan telah tamat, dan semua pelajar diminta meninggalkan library.
"Mir, ko tak cerita lagi pasal yang tadi tu??" Siti yang mula tertanya-tanya kembali cerita tentang character baru Amira melontarkan soalan.
"Bila ek? ni dah tak sempat."
"sekarang la weh. boleh aku dengar sekali." Rizman tiba-tiba menyampuk.
"sibuk je ko ni. Tapi, cerita ni panjang. kalau cerita, sampai pagi esok tahu. Tak sempat2."
"Takpe. Esok je. After class. Promise?" Amira hanya menggangguk tanda bersetuju. Rizman memberi isyarat untuk turut serta. Amira melambai tangannya sebelum mereka berpisah ke blok kediaman masing-masing.
Penghujung 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment