BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 28, 2009

POETRY n BUILDING

With the name of Allah, the Most Gracious and The Most Merciful...

Tadi g kelas poetry. First time nak blaja poem. n taw jelah mdm adibah tu, sume bab dia masuk..yg pasal poem sikit je. Tp, satu yg mdm cakap, Poetry is like a building. Like a building, an architect design the building, the structure n how it looks like, everything has meang. why?why? and Why?.. same goes to the poetry. the persona or a poet design the poem, or write the poem in certain way, becoz of certain reason. macam bangunan, arkitek tu akan buat bangunan contohnya byk tingkap, untuk nampakkan bangunan tu lagi besar. n maybe seorg poet akan tulis poem dalam bentuk haiku, contohnya, untuk tunjukkan the images of the nature. untuk cite pasal nature. kalau kita applykan apa yg dalam poetry n building dalam hidup ni.. kita akan sedar bahawasanya kita corakkan hidup kita ada sebab. n everything has its own reason.. tu jelah for our lesson today...

Hembusan Rindu

Angin berhembus lembut. Ombak memukul pantai. Tenan. Mia duduk di atas batu di tepi pantai itu. Merenung jauh ke hadpan. Mindanya kembali diputarkan ke waktu dulu. Segalanya seolah masih bru semalam berlaku. Masih basah di ingaan. Terasa baru semalam dia berlari-lari riang. Dikejar Hafiz keranan brebutkan coklat. Terasa seolahbaru emalam mereka duduk di bangku di tep bangunan akademik menela bersama. Tapi hari ini, semunya hanya tingal kenangan. Kenanganyan mmbuat Mia menjadi lebih matng dalam mengenal ert kehidupan.

***************************

"Mia!Mia!"Jerita Hafiz membuakan Mia brpaling. Dia berhenti. Membiarkan teman-temannya berlalu pergi terlebih dahuu.
"Kenapa, Hafiz?" Mia bertanya sebaik Imran Hafiz tiba di hdapanny.
"Mia dah tengok result exam ke belum? Beritahula Hafiz" Hafiz memanda wajah Mia penuh mengharap.
"Tak nak. Kalau Hafiz nak tahu, Hafiz carilah sendiri. Imran Hafiz kan hebat." Mia tersenyum sinis lalu terus meninggalkan Hafiz.
"Mia!Mia!" Hafiz brlari mengejar Mia. Mia terus berlari melarikan diri. Seolah tepa itu merupaan padang tempat meeka bermain suatu ketika dahulu. Tiba-tiba, Mia terasa tubuhnya terlanggr sesuatu.
"Oppss..Sorry. Tak sengaja." Mia memohon maaf samil tangnnya laju mengutip kertas yang beraburan.
"It's Okey."Mia mengangkt muka. Wajah acak dihadapannya mengukir senyum. 'Boleh than mama ni.baik pun baik' Detik hati kecil Mia.
"Sorry lai sekali. Saya, Mia Natasha."Mia menghulurkan tangan tanda maaf dan salam perkenalan.
"Nazirul Akmal." Bermualah satu prknalan yang membawa kpadasribu peristiwa.

*******************************

Hafiz membalng batu-batu kcil kedalam tasik. Mengocak ketenangan air tasik yang biru kehijauan. Sejak dari pukul 2 dia menunggu Mia. Mereka telah berjnji untuk menonton brsama. Namu, setlah hampir sejam menanti, kelibat Mia masih tidak mncul-muncul. Bosan. Dia mengubah posisi menghadp bangunan akademik. Matanya dapat menangkap kelbat Mia yang keluar beriingan dngan seoraglelaki. Hafiz berpaig. Memndang ke ara lain. seolah-olah lngsun idak menyedari kehadiran Mia.
"Hafiz, Sorry. Mia ada hal tadi. Jom." suara Mia mengajaknya membuatkan Hafiz terus bangun dan bergerak ke kereta.

"Mia, Hafiz nak cakap sikit dengan Mia boleh?" Hafiz memulakan perbualan mereka.
"Apa dia, Hafiz?" Mia bertanya.
"Tadi Mia jalan dengan siapa? Selalu Hafiz nampak Mia dengan dia." Ada berbaur cemburu dalam nada suara Hafiz.
"Oh, tadi tu. Itu Nazirul, Kawan baru Mia. Budak baru kelas Mia." Mia menerangkan.
"Hmm. Yeke?" Hafiz seakan tidak begitu berminat. Hafiz tidak tahu kenapa dia tidak begitu senang melihat hubungan Mia dan Nazirul. Sejak gadis itu mengenali Nazirul, jarang Mia bersamanya. Kebanyakan aktiviti yang selalunya dilakukan bersama, Hafiz lakukan berseorangan. Hafiz cuma rindu waktu-waktu gembira mereka. Hafiz terus diam dan menumpukan perhatian pada pemanduannya sehingga mereka tiba ke destinasi.

********************************

"Assalamualaikum, Ibu." Hafiz menyapa ibunya yang sedang menanti di muka pintu.
"Lambat Hafiz balik hari ini. Hafiz pergi mana?" Ibu Hafiz, Puan Sofea bertanya. Pelik melihat wajah Hafiz yang kurang bermaya.
"Hafiz keluar dengan Mia after class tadi. Ibu, Hafiz naik dulu. Penat." Hafiz terus mendaki anak tangga menuju ke bilik. Pn Sofea hanya mampu melihat dari bawah. Hafiz menutup pintu bilik. Barang diletakkan di tepi meja. Fikirannya menerawang, matanya melilau memandang sekeliling bilik. Pandangannya terhenti pada potret Mia yang diletakkan di atas meja. Mia, gadis cantik yang juga teman baiknya sejak kecil. Dalam diam, Hafiz sedar, hatinya sudah terpaut pada Mia. Namun, dia terlambat. Gadis itu sudah mula rapat dengan Nazirul. Hafiz menarik sepucuk surat dari celahan susunan buku. Teringat janji yang pernah dilafazkan sewaktu kecil.
"Hafiz, bila dah besar, Mia nak belajar kat luar negara." Mia bersuara sambil membelai anak patung Barbie kesayangannya.
"Hafiz pun sama. Nanti kita pergi sama-sama ya Mia." Hafiz senyum
"okey. Mia janji." Jari kelinking mereka disatukan tanda sebuah janji dimeterai. Kerana janji itu, Hafiz yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tidak memohon ke universiti luar negara. Hanya kerana Mia. Tapi, tidak kali ini. Hafiz gembira melihat Mia bahagia tapi tidak sanggup untuk terus bersaing dengan Nazirul. Hafiz nekad mahu memberitahu Mia berita ini.

************************************

Mia berteleku dia ats katil. Berfikir-fikir keputusan yang harus diambil. Ke KLIA melihat Hafiz pergi atau mengikut Nazirul.
"Mia, Hafiz akan ke UK esok. Hafiz dapat offer belajar kat sana. Mia jangan lupa datang. Hafiz tunggu kat KLIA." Suara Hafiz, satu kejutan besar untuk Mia. Mereka telah berkawan lama. Sukar untuk Mia menerima kenataan bahawa Hafiz akan pergi.
"Aku tak sanggup lihat Hafiz pergi." Nekad dengan keputusannya, Mia mencapai gagang telefon.
"Nazirul, I ikut you. Fetch me at eight." Mia tidak akan berpaling lagi dari keputusannya. Dia segera bersiap. Sehelai dress berwarna putih dipakai. Sesuai dengan Prom Night ang bakal dihadiri. Lupakan Hafiz, yang ada sekarang Nazirul.

***********************************

Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Hafiz duduk di ruang menunggu Balai Pelepasan KLIA. Menanti kehadiran orang yang disayangi. Mia. Hafiz amat mengharapkan kehadiran Mia. Mata Hafiz dipaku pada pada pintu masuk. Namun, sejak tadi, bayang gadis yang dinantikan tidak juga muncul. Hafiz melihat jam ditangannya. Sudah jam 10.45 malam. Kelibat Mia langsung tidak kelihatan.
" Panggilan terakhir kepada penumpang pesawat MH..." suara yang memanggilnya masuk sudah tiada dalam fikiran. Hafiz bangun dari bangku yang didudukinya. Sudah sampai masa untuk dia pergi. Hafiz mengambil barangnya. Hafiz memandang sekali lagi ke sekeliling. Tiada Mia. Ketika kakinya hampir ke pintu masuk, balai pelepasan, seolah ada sesuatu yang menahannya dari pergi. Hafiz berpatah balik. Dia takkan mungkir janji. Hafiz meninggalkan KLIA, membatalkan pemergiannya ke UK.
"Hafiz, kenapa balik? Bukan ke sepatutnya dah berlepas?" Pn Sofea hairan melihat Hafiz pulang. Padahal baru sebentar tadi dia menghantar Hafiz ke KLIA. Hafiz hanya diam dan mengambil kunci keretanya sebelum keluar.
"Ibu, Hafiz keluar dulu." Pn Sofea hanya mampu menggeleng melihat perangai Hafiz. Sejak kecil, segala tindakannya sukar diduga. Hafiz memandu Honda Swift miliknya ke rumah Mia yang hanya beberapa kilometer dari rumahnya.
"Assalamualaikum." Hafiz memberi salam sebaik tiba.
"Waalaikumusalam. Hafiz, Kenapa?" Ibu Mia, Pn Aisyah terkejut dari balik pintu yang baru dibuka.
"Mia ada, Auntie?" hafiz bertanya. Hafiz memandang sekeliling mencari-cari kelibat Mia.
"Tak ada Hafiz. Dia keluar dengan Nazirul. Kejap lagi baliklah tu. Masuklah dulu. Tunggu Mia kat dalam." Pn Aisyah mempelawa Hafiz. Hafiz hanya mengangguk dan masuk. Dia menanti Mia dengan penuh kesabaran. Dia mahu Mia tahu dia belum pergi. Hampir sejam menunggu, akhirnya Hafiz pasrah. Biarlah. Esok, dia akan datang lagi mencari Mia.
"Auntie, Hafiz balik dulu. Kirim salam Mia." Hafiz meminta diri. Hafiz berlalu meninggalkan banglo indah itu. Ketika Hafiz baru keluar dari kawasan rumah, tiba-tiba sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki keluar dan membuka pintu disebelahnya. Keluar seorang gadis dalam dress putih. Mia. Nazirul tiba-tiba mengucup pipi Mia sebelum gadis itu berlalu masuk. Hafiz terkedu. Hatinya tiba-tiba sakit. Seolah-olah ada tombak yang menikam hatina yang sudah sedia luka. Hafiz melajukan keretanya. Memecut ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu. Hafiz sedar yang sebelum ini sayangnya pada Mia bukan sekadar sayang seorang kawan, teman atau sahabat., tapi lebih dari itu. Namun, kehadiran Nazirul menghalang segala-galanya. Mia, Hafiz faham. Hafiz akan perg dari hidup Mia. Air mata lelaki Hafiz mengalir buat pertama kalinya, kerana Mia. Mia! Segala kenangan dan bayangan Mia terlayar di tubir matanya. Hafiz langsung tidak menyedari lampu isyarat yang telah bertukar merah dihadapannya. Bam!!!! Dunianya gelap.

***************************

Mia Natasha melangkah perlahan-lahan ke salah satu bilik. Tidak mahu mengganggu ketenangan si penghuninya. Mia duduk menghadap sekujur tubuh yang berselirat wayar. Sudah seminggu, beginilah keadaan Hafiz dan sejak seminggu itulah, Mia menjadi pengunjung tetap tempat itu.
"Hafiz, Mia datang ni. Mia bawa buku yang Hafiz suka baca. Nanti Mia bacakan untuk Hafiz, okey?" Mia memulakan kata. Setiap hari, itulah yang akan Mia lakukan. Bercakap dengan Hafiz. Mengimbau kenangan waktu mereka masih kecil. Membacakan buku-buku kegemaran Hafiz. Mia pernah terbaca bahawa mereka yang koma, masih boleh mendengar. Mereka hanya tidak boleh memberi respons. Mia amat mengharapkan Hafiz sedar. Oleh sebab itu, Mia meluangkan masa bersama Hafiz. Berkomunikasi dengan Hafiz walau tahu Hafiz tidak boleh memberi respon.
"Hafiz, Mia dah bosan macam ni. Mia nak Hafiz yang dulu balik. Yang akan beri respon pada setiap apa yang Mia katakan. Hafiz yang selalu ajar Mia tentang erti Hidup." Mia memegang lembut jari jemari Hafiz. Namun, tetap tiada respons.
"Hafiz, bangunlah. Kalau Hafiz tak bangun, siapa nak temnkan Mia study? Siapa nak lepak dengan Mia kat Tasik Depan Kolej? Siapa yang nak layan Mia setiap kali Mia nak tengok Movie?"Mia merayu. Mengusap-ngusap tangan Hafiz. Dia sudah buntu. Menurut Dr.Faiz, doktor yang merawat Hafiz, mereka sudah mencuba sedaya mungkin. Semuanya terserah kepada Dia. Mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Hafiz mengalami komplikasi kerana kecederaan parah di kepala. Mia tahu, dia yang bersalah. Dia yang menyebabkan Hafiz kemalangan. Kalau dia tidak bersetuju mengikut Nazirul, pasti Hafiz tidak akan berpatah balik. dan pasti Hafiz tidak akan terlibat dalam kemalangan.
"Hafiz, Mia dah penat. Mia pinjam tangan Hafiz tahu. Mia nak tidur. Kalau Hafiz bangun, jangan lupa kejutkan Mia." Mia akhirnya terlena disisi Hafiz. Berbantalkan tangan Hafiz.

******************************

"Mia.." Mia terjaga tiba-tiba apabila terasa ada pergerakan. Hafiz. Mia terkejut mendengar suara Hafiz walaupun lemah.
"Hafiz dah sedar. Alhamdulillah." Mia mengucapkan syukur. Usahanya selama ini berbaloi.
"Mia, Hafiz nak tidur balik. Mia tak payah tunggu Hafiz bangun." Perlahan suara Hafiz. Tekaknya terasa kering dan pahit. Hafiz tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang dia ingat, dia mencari Mia. Hafiz kembali dibuai lena. MIa melihat Hafiz. Hatinya mengucap syukur. Allah telah memperkenankan doanya. Mia keluar . Tidak mahu mengganggu tugas Dr. Faiz yang masuk.


Tuesday, January 20, 2009

Man and PMS

Haha..Lawak pula bila nak bercerita tentang isu ni. Kelaka gile. Aku sampai ke hari ni tak faham dengan isu PMs ni. Memang la ku pompuan, yang part2 yang sepatutnya ku atahu aku tahu la. tapi, kalu tang lelaki ngan PMS. Kalu ada guy yang baca mesti tak tahu kan PMS tu apa. Dalam bahasa penuhnya, adalah Pre Menstrual SYndrom. Ataupun lebih kampung dengan nama penyakit pompuan. Bukan apa. semalam, time aku tengah syok2 lepak ngan kawan2 aku, terkeluar la isu ni semua. dan sume kawan2 laki aku, ternganga dan mula dah nak masuk pandangn mengarut dorang tentang pompuan yang tgh pms. Lagi2 bila kitorg kaitkan jerawat ngn PMS. BIle aku kata, aku jenis tak da jerawat, sush org nak tahu aku ni period, kawan aku, si nana ni boleh plak buat statement, "Ala, kening you tu tak leh nak sembunyi la nad" oopss..aku terlupa plak pasal kening ni. yelah sebab selalunya aku tak amik port sgt pasal kening2 ni. tak tahu la pulak obvious sgt keserabutan kening aku. memangla aku tahu pasal kening ngn period. pahtu, dorg yang laki, ni mula tunjuk minat.. kenapa ngn kening, tanya mereka..aku pun jawab lah dengan muka tak bersalahnya...sebab kening pompuan ni akan tak tersusun kalu period. tulah korang..Nak dijadikan cerita, aku ni kalu dah tengah cuti bulanan ni, selalunya, moody semacam. pms jugaklah kiranya, tapi, budak2 kelas aku ni, mcm tak tahu pulak. itulah lelaki. tak faham ngn pompuan yang moody tak semena2 sekali sebulan ni..hehehehe...tak pasal2 tadi, dalam kelas ada pulak org yang merajuk ngn aku sebab kena mara semalam. yang aku ni pun satu, marah kat afiq, faris jadi mangsa, siap boleh cakap depan2 pulak tu...

Saturday, January 17, 2009

Hembusan Rindu 2

Amira meletakkan bukunya di dalam bilik study. Penat di kelas terasa hingga membuatkan eluruh badannya seolah gagal berfungsi. Amira masukl kebilik dan merebahkan tubuhnya atas katil Telefon bimbit diletakkan di tepi bantal. Biarlah dengan baju kurung tak berslin pun. Penatnya. Terus Amira di bawa ke dunia mimpinya. Suara Avril Lavigne mendendangkan lagu Hot mengejutkan Amira dari lamunannya. Dalam mamai, Amira menekan punat di telefon bimbit.
"Mir, turun sekarang. Makan." Suara lelaki yag dari corong telefon berunyi arahan. Jantan mana pula ni. Laki aku, aku belum kahwin lagi..Opps..Iqbal..
"Kejap, siap jap." Talian terus dimatikan. Amira terus bingkas dan berlari ke bilik air. Seronok tidur sampaikan terlajak ke malam. Selesai mandi, Amira mengambil seluar putih dan t-shirt biru muda. dipadankan dengan tudung putih. Okeylah ni. Phone dan purse dicapai sebelum kelam kabut berlari turun. Tergesa-gesa Amira menuju ke blok B Takut Iqbal marah kerana kelewatannya. Tapi, langsung tidak kelihatan kelibat Iqbal. Ish, Budak ni, tadi ingatkan cepat tapi rupa-rupanya, dia pun tak turun lagi.
"Iq, You kat mana ni? I dah sampai bawah." Sebaik kedengaran suara Iqbal terus Amira memberitahu.
"Kat bilik lagi. You kat mana? tunggu situ diam-diam"
"Kat Rumah Pam No 1. Cepat sikit."Amira terus mematikan talian. dia duduk di bangku yang disediakan. Tak sampai berapa minit,m kelihatan kelibat Iqbal menju ke arahnya.Amira bangun.
"Hah, nak makan kat mana ni?" terus Iqbal bertanya. Ish, bukannya nak mintak maaf buat aku tunggu dia.Amira bengang dengan Iqbal. Boleh pulak dia aci main redah tanya nak gi makan. Nasib baiklah aku ni penyabar dan pemaaf orangnya.
"Penang Food nak. Nak makan Char Kuey Teow la." Amira bersuara. Iqbal hanya mengangguk dan mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Penang Food.
"Nak char Kuey Teow udang satu tak nak sayur. " laju mulut AMira memesan makanan sebaik sampai.
"Bagi Nasi Goreng Daging Merah. Ngan air Sirap LImau." Giliran Iqbal membuat pesanan.
"Haah, air. Air suam jela. Dua ek." Amira mencelah. Pelayan yang datang mengambil pesanan terus berlalu.
"You ni kan, tak reti nak mintak air lain ker? Asyik air suam je." Iqbal dah start dah. Amira senyum kambing.
"You tahu tak, air suam ni bagus untuk kesihatan. kurang kandungan gula dalam badan kalu selalu minum air suam je." Amira menerangkan. padahal dia hanya nak jimat duit dan air suam adalah yang paling murah. Free.
"Dahlah tu, Sayur pun tak nak, bila nak besar ni? Kalau macam ni lah tak besar sampai ke sudah."
"Alah dah i tak suka sayur nak buat macam mana?" Amira tersengih tapi Iqbal tetap denagn bebelannya. Amira diam je. Makanan yang dipesan sampai. Perbualan amira terhenti sekejap.
"You ni kan asyik nak membebel je. Penat telinga i dengar tahu tak.." Amira buat muka tak puas hati. Iqbal jegilkan mata. Budak amira ni meman, mulut tu suka menjawab.
"You tahu tak apa ang I buat, yng i cakap kat you selama ni semua erti hidup?"
"Yelah.yelah. Erti hidup. Tapi, i tetap tak ak sayur." Amira senyum kambing.
"Dahlah you. I dah penat cakap. BUkan nak dengar. Nanti, one day, i mintak sayur banyak-banyak sunbat dalam mulut you. tengoklah." Iqbal teruskan akan. Amira tersengih macam kerang usuk. Walaupun Cuak tetap bersarang. Iqbal ni bukannya boleh percaya Nati betul-betul mulut aku jadi sayur sumbat.

Tuesday, January 13, 2009

Maaf n Maaf

Ish,,,penatnya jadi org yang asyik kena mintak maaf..memang aku akna mintak maaf especially bile aku tahu aku yang salah..tapi aku takleh tahan kalau org susah nak maafkan aku.. lagi2 kalu org tu org yang aku sayang n penting dalam hidup ni.. susahlah.. bukannya macam israel yang still taknak lancarkan perang damai denagn palestin sebab hamas, tapi its more than that.. i juz need pengertian bukan nya macam ni.. hati aku tak sedap...susahlah..macam mana lagi cara aku nak mintak maaf ni..macam2 dah aku buat..kalu aku jumpa dia kena melutut nak mintak maaf pun aku sanggup buat..tapi sejak tu, tak penah terserempak langsung..padahal uia ni bukan besar mana pun..kecik je..blok c tu satu jer..tapi tak penah terserempak pulak..org len boleh nampak die berkali2 tapi, camna aku bleh terkecuali..susahnya..rase cam nak namges..besar sgt ke kesalahan aku sampai susah untuk dia maafkan...

Sunday, January 11, 2009

KAWAN LAGI

Asyik asyik topik ni yang aku pilih..Maybe sebab topik ni kot yang aku rasa paling dekat ngan aku..Lagipun aku ni kan boleh dikira manusia yang malang dalam bab berkawan nih..setiap kali aku berkawan mesti ada yang tak kena n kawan aku mesti da tak jadi kawan aku..bukan niat aku pun sebenarnya tapi memang dah naseb aku tak penah jumpa kawan yang betul2 ikhlas nak kawan ngn aku..yang cuma tahgu amik kesempatan ada lah...Everytime, .esti ada je yang tak kena dalam hubungan kawan aku..sebelum ni aku pecaya sume org tapi hari ni, aku betul2 fikir yang tak guna kalu aku jadi baik sgt..kadang2 kita kena jadi jahat jugak..tadi, aku g libry, pastu, masa nak balik, sebab syok sgt tengok org tgh online ntah macam mana, aku boleh jatuh..kaki aku terseliuh..agak sakit jugak.. tapi lepas aku duduk aku rasa better kalu aku balik bilik jer..so aku jln balik bilk..siti tny, nak g klinik ke aku kata tak payah, sebab bukan jenis aku nak manje2 ngn klinik ni..lagipon selalunya kalau kaki sakit, sikit je.. tapi tak sangka lah pulak macam melarat..sampai aku nak tido pon susah.. aku nak g klinik api, time nak ajak kawan aku teman, sume org tak boleh..aku g sorang-sorang..rasa cam nak nanges pon ada.. aku buat baik ngn sume org tapi time aku susah macam ni lah, takde sorang pon nak tolong..bukannya kau suh dorang dukunmg aku sampai depan pintu klinik..juz temankan je.. last2 aku g sorang2..kanpalah time ni kecik takde..sebab dia sorang je yang selalu teman aku kalau g memana...skang ni kaki aku sakit lagi, tapi takpe, kalu sakit pon bukannya boleh mati, esok aku g jela kelas macam biase..sorang2..aku memang tak penah ada kawan..kalu ada pon yang cume nak gunakan aku..macam tadi, sume org cari aku sebab nak minta tolong buat keje, tolong ajarkan, macam2 lagila...tapi hakikatnya aku ni tak penah nak ditolong oleh dorang,,bukan mengharapkan balasan, tapi aku rase mcm dipermainkan..ntahlah...esok pagi aku akn try g klinik bawah ni...tu pun ntahlah jugak, aku mcm da dapt agak je ape jawaban yang akua kan time..dr takde.. streotype gile...

Thursday, January 8, 2009

Hidup n Erti Hidup

With the name of Allah, The Most Gracious n The Most Merciful...

Pagi tadi, bangun lambat, kesnya semalam konon nak belaja cct tapi terlajak baca novel la pulak, so, kul 3 pagi baru nak tido. Itu cerita pagi tadi...G kelas poetry da lambat, naseb baik mdm Adibah tak datang lagi, kalu tak masak lah jawabnya.. n then tadi dalam kelas poetry kitorang belaja tentang Symbol n Allegory. bcoz of allegory is out of syllabus n will only be learnt at the main camp, kitorg juz cover symbol jela..bila cakap pasal ROSE. Mdm terus kaitkan ngan LOVE bcoz its a universal idea that rose symbolize love...betullah yang luv doesnt last forever just like rose. the petals will fall on the ground one day n same goes to love, the feeling will faded one day. n then mdm mula kaitkan ngn hakikat kehidupan. after marriage, of coz kita akan menempuh lebih byk cabaran especially about money. we need money in order to survive n feed our family. n bile kita ada anak barulah kita akan lebih rasa bertanggungjawab. tentang erti hidup, aku kaitkan ngn one of erti hidup yang aku belaja dari abang aku selama ni... once aku cakap nak amik anak angkat juz after habis belaja, die mcm agak melarang. katanya, bayk kena fikir, jga anak bukan senang, susah. tapi aku melawan n now baru aku sedar yang rupanya apa yang dia kata selama ni betul. banyak yang kita kena faham dalam hidup ni buakn juz njoy our life as what we want....

Friday, January 2, 2009

Hembusan Rindu 1

Amira memandang kosong ke arah papan putih dihadapannya. Pensyarah yang sedang membaca juga langsung tidak menarik perhatiannya. Matanya mengantuk. Semuanya salah Madam Shamima di hadapannya. Subjek Linguistics yang sepatutnya menarik menjadi bosan hanya kerana cara mengajar pensyarah di hadapannya.
"Najwa, kita ngantuklah." Amira memandang kawan di sebelahnya dengan muka tak bermaya. Najwa hanya tersenyum dan langsung tidak berkata apa-apa. Gula-gula Vita-C dari begnya dikeluarkan. Dihulurkan kepada Amira.
"Thanks Najwa." Amira terus menyumbat gula-gula ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Najwa yang dalam mood yang kurang baik hari itu hanya tersenyum seperti biasa. Amira masih seperti tadi. Kejap-kejap melirik pada jam tangnya yang melingkar di tangan. Tiba-tiba, terasa ada gegaran dari dalam begnya. Telefon bimbit yang diletakkan dalam mode vibrate di ambil. Tertera nama Iqbal. Alah, ni yang aku tak suka ni. Panggilan itu dibiarkan. Tap, gegaran masih belum berhenti. Iqbal masih belum putus asa mendail nombornya dan pensyarah di hadapan juga masih belum menyudahkan sesi membacanya. Amira makin gelisah. Iqbal tu dahlah bukan jenis penyabar. karang tak pasal-pasal aku kena lagi.
"Okey class. I think that's all for today. I will take your attendance." Akhirnya ayat yang ditunggu Amira sejak sejam yang lalu keluar juga dari mulut pensyarah dihadapannya. Amira terus memasukkan semua barangnya ke dalam beg.
"Thank you Madam.Najwa kita balik dulu." Tanpa menunggu lebih lama, Amira terus mengatur langkah meninggalkan kelas.Telefon bimbit yang masih belum berhenti bergegar sejak tadi dicapai. Butang Hijau ditekan.
"Mir, You kat mana ni?" suara Iqbal terus memecah gegendang telinganya sebaik panggilan di smabungkan.
"I kat blok C. Baru habis kelas. Tengah nak turun tangga ni." Amira menjawab sambil tangan kanannya masih cuba untuk menzip beg galasnya dengan kemas.
"Hah, cepat sikit. I kat depan library ni. Dari tadi tunggu You."
"Ok. Dah on the way..." belum sempat Amira menghabiskan ayatnya, talian telah diputuskan. Amira emasukkan telefon ke dalam beg. Langkahnya semakin dilajukan. Hala tujunya cuma satu, Library. Iqbal bukanlah seorang yang sabar menunggu kadang-kadang. Dari jauh, kelibat Iqbal sudah tercongok di hadapan pagar perpustakaan. Memang dari semalam mereka telah berjanji untuk sama-sama makan tengah hari dan belajar bersama memandangnya mereka berdua tidak mempunyai kelas selepas pukul 1 petang.
"Dah, Jom. Kita lunch, pastu study." Suara arahan yang keluar dari mulut Iqbal sebaik shaja Amira tiba di tempat yang dijanjikan.Amira hanya diam tapi langkah kakinya tetap megekori rentak langkah Iqbal yang agak laju. Nasib baiklah Amira memang seorang yang berjalan agak laju Kalau tidak memang tak akan terkejar langkah kaki lelaki dihadapannya ini. Iqbal hanya diam sepanjang mereka menuu ke tempat makan dan masih diam sehingga mereka berjalan berdua menuju ke McDonald untuk menelaah pelajaran. Amira tahu Iqbal marah dan geram kerana kelewatannya tadi. Cuma, dia malas lagi untuk terus menyerbu memberi alasan kelewatannya tadi. BIarlah Iqbal dengan marahna dulu dan dia akan memberitahu alasannya sebentar lagi.




"Iqbal, I minta maaf. Tadi lambat. Madam lepas keluar lambat" Amira membuat muka tidak puas hati dengan tindakan pensyarahnya tadi.
"Takpe. Takda apalah. Ni takut ngan I lagi lah ni." Iqbal membals smbil tersenyum nakal.
"Yelah. Dah You buat muka garang+serius gitu. Sape yang tak cuak." Amira kelagaan dalam hati mendengar jawapan dari Iqbal walaupun dia dapat meneka yang marah Iqbal tidaklah sangat. Kerana Iqbal masih lagi memegang tangannya ketika melintas jalan. Memang Amira agak fail dalam bab melintas jalan. Memang Iqbal akan sentiasa memegagnya seperti memagang anak kecil kalau mereka terpaksa melintas jalan.
"You dah study dah ke belum notes yang I bagi hari tu?" Iqbal brtanya tiba-tiba.
"Dah. Hari itu, I terus study.Takdelah susah sangat." Amira teringat buku nota yang diberikan Iqbal supaya memudahkan Amira untuk mengajarnya. Mengharapkan Iqbal untuk membaca sendiri semua nota itu, memang mimpi di siang harilah jawabnya. Iqbal memang malas membaca. Dia lebih berminat terhadap sesuatu yang tidak memerlukan pembacaan yang lama. Berbeza dengan Amira yang amat gemar membaca. Tanpa mengira apa-apa bahan sekalipun.
"So, You duduk sini diam-diam. I beli makanan. Ypu belanja kan?" tanpa sempat menunggu balasn dari Amira, Iqbal mengambil purse Amira dia atas meja dan terus berlalu.
"Jangan lupa McFlurry" Amira menjerit dari jauh. Mereka memang terlalu rapat. Masing-masng sudah saling mengenali sejak dari kecil. Tiada apa yang dirahsiakn oleh merek berdua.