BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

Ke'TENSI'anku

huahuahua...
rase cm nak hempuk kepala atas katil je....mcm2 masalah melanda..huhuhu...
First, kna present poetry, dahlah nk pecah kepala analyse lagu rocket, dah tu, skali dah siap present nak kena anta written assignment skali..maka berjalanlah aku ke double A kat tengah2 UIA ni..file tuh plak taleh bukak..katanye, sbb ada virus..n the sad thing is, file tu dah totally corrupted..kna buat balik...dah siap buat blik, pnjam pendrive ika, pon taleh gak..nseb baik kak TJ mcm baik, izinkan aku hantar asemen tuh lambat sikit...skali mlm, check lappy, skali segala mak bapak gajah virus ada..mmg aku hangin tahap giga ah...mana dtgnye sume menatang yg menyusahkan hidup nih??????? dahlah byk benda pending agi..dan ceritanya, smpai ke saat n tika ini, laptop aku masih ada virus tok yg mcm bangang bernama "RECYCLER" n "tmp"...huhuhuhu....dan setelah aku menyalin balik asemen tuh, berjayalah dihantar dengan selamatnya ke tangan kak TJ hari jumaat...dan aku terpaksa pulak bersengkang mata untuk meyiapkan Writing.. Research Proposal yang turut memeningkan kepala otak jugak...walaupun kena buat 2 kali jugak, sebb terslh save n benda tu hilang, namun akhirnya, pagi tadi, stelah aku terjaga secara terkejut n meredah hujan renyai2 ke centre, aku berjaya jugak memasukkan asemen itu ke bawah pintu bilik sir..lega sikit..tapi, ada lagi kerunsingan memikirkan study circle yang aku tak tasmid n tak wat presentation agi tuh..riso punya riso, aku melangkah ke ccac, konon nk buat repot sal kakak faci ah, skali, meseg die, die kata dah bagi cam aku 64/80...so, aku patah lah balik..hehehehhe..::muka devil::...hari ni, konon2 nak release tension, nak lah bermuka buku..tapi skali muka buku aku taleh bukak..huahuahuhahuahuahau..sedihnya .....apa yang perlu aku lakuakn bila laptop aku dah jadi terlebih lambat mengalahkan kura-kura sakit nak beranak???????HUHUHUHUHUHUHUHUHU.....

Tuesday, October 20, 2009

PENGUMUMAN!!!!

Perhatian...

Sebagai memenuhi syarat untuk menjadi seorang yang sistematik, maka saya juga telah mengambil keputusan untuk mensistematikkn blog saya.. oleh yang demikian, sebahagian dari posts and entries di blog tentang erti hidup akan dipindahkan ke blog baru...

Semua karya cik kura-kuree akan dipindahkan ke blog baru yang bernama 'From writer's table'...macam mana nak jejak kaki ke sana?? juz layari http://taukenyamok.blogspot.com

Antara karya yang akan berpindah ke sana dan masih dalam proses perpindahan:
1. Pelangi Cinta
2. Hembusan Rindu
3. Faris Farisha
4. Cinta antara kita
5.30 Hari Mencari Cinta

Proses memindahkan semua karya ini mungkin mengambil masa yang agak lama..emandangkan cik kura-kuree sedang sibuk dengan kuiz, asemen, presentation dan final exam yang bakal menjelang tiba..walaubagaimanapon, sume karya ini masih boleh dibaca di blog ini buat sementara waktu sebelum dipindahkan kecuali siri Pelangi Cinta

Sekian. Terima Kasih..

P/s: oops..lupe..sume puisi masih kekal di blog ini..

Monday, October 19, 2009

30 Hari Mencari Cinta 4

“Ayush, petang ni, kau gantikan aku jumpa client.”

“Kejap. Hmm..petang ni aku free. Tapi aku baru plan nak balik awal.” Planner di tangan ditutup.

“Kejap je. Aku terlupa aku nak kena jumpa Dato’ Wong dari Kenchana Holdings pasal projek baru dorang tuh. Tolong ek?” Ayush angguk.

“Yelah. Kat mana ni? Pasal apa?” Zack senyum. Selesai satu problem.

“Kat Damai Café. Jumpa Mr Alex. Dabina holdings.”

“Okey. Lunch ke?”

“Yup.” Zack tolak pintu. Ayush pandang jam atas meja. Nampaknya, hari ni, terpaksa la batalkan plan nak lunch kat rumah.

####################################################################################

Ayush jalan keluar dari Damai Café. Agak bengang dengan client yang sepatutnya dia jumpa. Dia batalkan janji dengan Hana dan Acu untuk makan tengah hari di rumah semata-mata kerana ingin berjumpa dengan Mr. Alex. Tapi tiba-tiba lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu membatalkan janji temu mereka. Punat alarm kereta ditekan.

“Encik.” Ayush pandang kanan.

“Yes. Do I know you?” Gadis tersebut hanya menggeleng. Macam familiar minah ni.

“Encik, saya nak minta maaf.”Suara tu. Yup. Ayush terbayang gadis kedai buku minggu lepas.

“Tapi, sorry for what?” cantiknya dia. Ayush tetap pandang tepat ke wajah dihadapannya. Hati tak usah kata, dah bergendang.

“For that.” Ayush pandang ke arah yang ditunjukkan. Jantung yang tengah sakan bergendang berhenti tiba-tiba.

“Ya Allah! Kereta aku.” Ayush terus mencangkung pandang buntut Mazda RX8 miliknya. Bumper belakang kemek.

“Apa yang you dah buat dengan kereta I?” Pandangan tepat dan tajam dihadiahkan buat gadis di hadapan. Terlupa seketika pasal gadis kedai buku.

“saya tak sengaja, encik. Saya minta maaf. Saya akan bayar kos repair.” Ayush pandang balik gadis yang telah melanggar keretanya. Wajah ikhlas di hadapannya mampu melembutkan hati Ayush yang tengah panas.

“Hmm..Nak buat macam mana kan. Masa dah tak boleh undur. Kereta I pun dah kemek kena langgar.” Ayesha diam. Pelik. Tadi muka macam marah gila, tup,tup sekarang dah boleh sejuk.

“Encik, nanti encik dah baiki kereta ni, contact saya.” Ayesha hulur kad. Ayush masih tak bergerak.

“Encik?”

“Yes, but with one condition.” Aduyai! Apa lagi nih. Ayesha dah pening. Mamat nih memang lah.

“Apa?”

“Lunch with me today, and you tak perlu bayar kos repair.” Ayesha pandang lelaki di depannya. Apa kes ni? Mamat ni dah buang tebiat nak mampus ke apa?

“Perlu ke? Kalau tak?” Ayesha masih cuba berdiplomasi. Tunjuk rasa bersalah.

“I takkan pernah maafkan you dan you tahu kan, dosa sesama manusia ni, selagi tak dimaafkan..well, you tahulah kan.” Ish, gila psycho mamat. Ni. Nak setuju ke tak? Kalau setuju kan, dia angkut aku pergi mana-mana pula. Kalau tak, taknak aku tanggung dosa sampai bila-bila. Ayesha dah confius.

“Macam mana ni, cik tak tahu nama?” Ayush tarik senyum. Ayesha dah tarik muncung. Ada ke patut panggil aku cik tak tahu nama. Iskh..

“Saya ada nama. Ayesha.” Iskh. Kenapa aku pergi bagitahu nama ni pulak. Selalunya Ayesha suka memperkenalkan dirinya sebgai Ayie tapi entah kenapa kali ni, laju aje mulutnya menuturkan Ayesha.

“Owh. Okey. So, Cik Ayesha, macam mana? Setuju?” Ayesha pandang muka penuh berharap Ayush.

“Okey. “ Ayush senyum.

“Shall we?” Pintu kereta bahagian sebelah pemandu dibuka.

“Bukan kita nak makan kat sini je?” Ayesha tunjuk Damai café.

“Nope. So, shall we?” Ayesha angguk. Muka Ayush yang bersih membuatkan Ayesha cep[at percaya. Ayush ambil tempat sebelah pemandu.

“Awak. Awak janji tak buat apa-apa kat saya?”

“Janji.” Ayush hidup enjin.

“Awak, nanti kereta saya macam mana? Saya naik kereta saya je lah.”

“Takpe. Nanti saya hantar awak ambil kereta kat sini.”

“Betul.” Kereta dah bergerak meninggalkan kawasan Damai café.

Ayush matikan enjin kereta. Ayesha yang lena di sebelah dipandang.

“Cik, bangun” bahu gadis itu digoyang perlahan.

“Hmm…”

“Ayesha! Bangun!” Sedikit kuat suara Ayush. Bahu gadis itu digoncang semakin kuat.

“Hmm..kenapa?” Ayesha buka mata. Alhamdulillah. Akhirnya bangun jugak minah ni. Tapi yang aku bengang ni, boleh tanya lagi kenapa. Konpius aku.

“Kita dah sampai.” Sampai? Ayesha pening. Sampai mana? Eh, mamat sebelah aku nih sape? Jap, cop,cop..Ni bukan kereta aku ni..

“Kau ni sapa ek? Kau nak larikan aku ke? Tolonglah, aku tak ada apa-apa nak dilarikan pun.” Ayesha dah duduk tegak.

“Awak dah lupa ke?”

“Lupa apa? Apa yang patut aku ingat? Jangan nak main-main..” Ayesha dah angkat penumbuk. Gaya mengugut.

“Tadi, awak langgar kereta saya, then, you dah setuju nak lunch dengan I. So, sekarang ni kita dah sampai.” Hah? Ayesha pandang kiri-kanan. Otak dah patah balik masa tadi. Ayesha senyum.

“Okey. Dah ingat. Tapi ni rumah sapa? Kenapa nak makan kat sini?” Tudung yang dah senget dibetulkan.

“Awak jangan risau. Ni rumah saya. Kita lunch dekat sini.”

“Tapi, tadi kata nak lunch kat tempat lain.”

“Betullah. Lunch kat tempat lain selain Damai. Tapi saya tak kata tak nak lunch kat rumah.” Ayush turun. Pintu kereta belah Ayesha dibuka.

“Saya kena balik lah awak.”

“Kenapa?” Ayush dah pening. Apa lah pula budak ni nak buat hal.

“Saya dengan awak bukan muhrim. Nanti kalau saya masuk dalam rumah, tiba-tiba kena tangkap, macam mana? Pastu kita kena kahwin. Saya muda lagi tau tak? Lagipun saya taknak kahwin dengan awak.” Ayush dah bengang sikit. Itu pula yang minah ni fikir.

“Dalam rumah ni, bukan saya sorang ada. Ni rumah family saya.” Ayesha lega sikit. Kaki dah langkah keluar dari kereta. Ayush tutup pintu kereta.

“Jom.” Ayush dah jalan ke pintu.

“Awak!” Ayesha tiba-tiba berhenti. Ayush kalih pandang belakang. Ayesha yang tercegat macam tugu Negara kat tengah halaman dipandang tepat.

“Saya taknak masuklah. Rumah awak ni besar sangat. Lagipun nanti saya mesti segan dengan mak ayah awak. Saya tak reti nak makan pakai protocol segala. Macam mana nih? Saya taknak masuk lah. Saya tunggu awak kat luar je lah ek?” Satu nafas Ayesha bagi alasan. Ayush dah rasa macam nak humban gadis kat depannya masuk longkang besar tepi simpang lepas tu dengan diri dia sekali dia letak kat tengah-tengah jalan.

“Awak.” Ayush tahan sabar. Dia patah balik.

“Saya tunggu luar jelah ek?” Muka Ayesha dah macam muka budak 6 tahun nak aiskrim.

“Mama dan papa saya tak ada. Yang ada Cuma Acu dan adik saya je. Dan diorang tu tak makan orang. Tak ada apa nak dimalukan.” Ambik kau. Kau cakap laju dan banyak, aku pun boleh. Ayesha tunduk.

“Awak, tunggu saya.” Ayesha dah jalan sebelah Ayush. Gaya macam diorang ni dah lama je kenal. Padahal bukan kenal sangat pun mamat mana entah ni. Ayush tarik senyum. Malu dah pulak dia nih.

“Acu! Adik!” Ayush tolak sliding door. Langkah laju je terus diatur ke dapur. Ayesha yang mengekor di sebelah diam je.

“Abang!” Ayush pandang atas. Hana tengah berlari turun. Ayesha angkat muka. Ni sapa ni? Ni kot adik dia.

“Akak ni sapa? Girlfriend abang ek?” Ceria je muka Hana. Hana dah hulur tangan nak bersalam. Lambat-lambat, Ayesha sambut.

“Awak, ni adik saya. Hana. Hana, ni kak Ayesha. Membe abang. Acu mana, adik?” Ayush panjangkan leher. Mencari kelibat Acu.

“Owh. Acu keluar jap. Pergi beli pizza. Kak Ayesha duduklah dulu ek. Jangan layan abang ni.” Belum sempat Ayesha nak bagi respon, Hana dah tarik tangan Ayesha menuju ke ruang tamu. Betullah, sama je adik dengan abang. Agresif. Ayesha pandang kiri-kanan. Mamat sengal tu dah hilang pula tiba-tiba. Bawa aku datang sini, sekali dia hilang. Memanglah.

“Akak, macam mana akak boleh kenal dengan abang?” Ayesha telan liur. Ni memang jenis soalan takde dalam SPM.

“Hmm..Kitorg jumpa kat..”

“Kat atas bumi. Yang Hana sibuk nak tahu ni kenapa?” Ayesha terus buat muka. Aku tak sempat cakap dah potong. Pantang betul Nasib baik rumah dia kalau tak memang aku dah kerat buat sup dah ni. Dahlah tu, entah dari planet mana pulak dia tiba-tiba muncul.

Wednesday, October 14, 2009

STEADFAST MassGath..

Wuhuu...tadi kan aku antara dua tau..nak gi massgath ke nak siapkan asemen prophetic? Nilah pulak dah mesej ajak study writing kat HS..tapi tbe2 memandgkan aku dah siap janji ngn kak syu nak gi massgath skali, aku pun membatalkan segala niat untuk tidak menghadiri massgath..maka dengan menaiki bas, aku pun travel lah bersama kak syu dan juga kak imah ke AIKOL yang nun jauh dihujung..ehehe...rupe-rupenya ta menyesal aku g massgath tuh..bukan sekadar sbb ni massgath terakhir 4 this sem, tapi rupe-rupenye ada sebab lain..Aku dapat kad besday yang pertama..Thanx STEADFAsT..hehehe..

Solehah women smile in time of trouble, gather strenght from doa, and grow braver by istighfar and solat.

inilah die ayat yang tertera dalam kad yang aku dapat tuh..dah lah warna purple, ada bunga2 lagi..gile comel..happy yang teramat..hehehe...bukan senang untuk besday aku dicelebratekan..hahahaha..yelah, kalo dah tiap2 taun pon sume org asek lupe je besday aku..huhuhuhu...tbe2 taun nih dapat kad in advance, mmglah aku gembira..tapi gelak dalam hati jelah..tadi kan, aku suka ngn ayat kak farah n kak atun..cam best je..

Marah bukan kebencian tapi tanda sayang
-k. farah-

best kan ayat nih. ayat kak atun tuh, aku tak ingat sanagt, tapi lbih kurg cam nak cakap, air mata amat berharga dan jangan kita menanges kat depan org ramai. macam tuh lah lebih kurg nye..hehehe...nak masuk ayat nih dalam novel aku lah..cam best lah pulak..izinkan ye kak farah n kak atun..heheheh...tadi ada cakap pasal AGD..tapi aku ta sure agi nak gi ke tak..kak syu ngn kak imah mmg dah ajak dah..gaya macam aku kna gi je..hmm..tapi skang ni, aku tgh agak penin ngn AGM gak nih..bukan snang nak jdi PC..huhuhu...tape..chaiyok3!!!!pastu lagi tadi, ada cakap sal SET jugak..tau tak SET nih apa? ala, cam ala2 group binding tuh..mmg dah plan da ngn dorg berdua, kitorg nak gi..hehehe..biarlah aku abes exm 15 pon, tapi tape..sanggup tunggu..hehehe..cam best kan..aku nih dahlah suke activity lua..hehehe...aduh..penat dah merepek..i need to sambung my asemen, dah puas menghiburkan diri kat massgath tadi..hehehe..again..thanx 4 the card..love it...

Tuesday, October 13, 2009

jauh

dulu,
aku pernah kehilangan
hilang dia yang aku sayang
dia yang aku curahkan rasa
dia tempat aku mengadu.

Namun,
aku akur,
yang patah tumbuh
yang hilang kan berganti

dia,
yang mampu buat aku tersenyum
dalam tangis air mata
dia yang mampu membuat aku gelak ceria
dalam redup kesedihan

tapi aku sedar
dia, terlalu jauh
jauh hingga tidak mmpu untuk digapai
jauh yang tak mampu untuk sentuh

aku cuma mampu
melihat dari jauh


nukilan,
tauke nyamok.
13/10/09
2315 hours
court asiah.

Sunday, October 11, 2009

Konsert Convest

hehehe....gini ceritanya..tdi kitorang sangatlah lapar, maka bergeraklah empat org anak dara dengan menaiki dua buah motor ke convest hill untuk menikmati hidangan makan malam..ceh skemanya ayat...setibanya di sana, kitorg pun pegilah dan dcide yang kitorang nak makan chicken chop..heheh..maka kami pun mengorderlah 4 chicken chop..tibe2,..

makcik: chicken chop, dik?

kami: haah makcik..4 yer..

makcik: eh, tak pegi tengok amy search ke??

kami: ada ke makcik?

Makcik: tuh, ada tu..intai kat celah tuh (smbil menunjuk ke satu khemah)

kami: haah lah makcik..

dan setelah itu, kami terus mencari port untuk makan.. dan tibe2 keluar lah ezad exist kat atas stage..maka, kami pun yang datang ke situ semata-mata untuk mengisi perut yang lapa, telah bersepakat untuk melupakan asemen kami yang baynak dan trus berfoya-foya disitu..dengan kesakaian yang makin mnyerlah makanye kami pun ber maharajalelah di stabaz tuh..
smpai abes amy perform..n kitorg tau, nabila huda dah pregnant..sbulan lebih..hehehe..amy search gtaw...


gambar ezad exist..

Friday, October 9, 2009

30 Hari Mencari Cinta 3

Ayesha masuk dalam MPH. Nak jalankan misi pertama. Dalam cerita Selamat Pagi Cinta, diorang jumpa kat kedai buku. Laju kaki diatur kearah satu sudut. ‘Malays’. Terpaksa. Sebab misi hari ini adalah untuk mencari lelaki, bukan mencari novel. Tapi, lelaki baca ke novel melayu? Ayesha mencapai satu novel berkulit hijau yang paling dekat dengannya.


“Abang, adik nak yang ni jugak. Please..”


“Kat tangan adik dah ada dua novel. Ni adik nak lagi satu? Tak boleh!”


“Ala. Baru tiga. Kalau abang belikan adik sepuluh pun, abang tak kan papa kedana la. Kedekut.”


“Memang la abang takkan papa. Tapi, adik yang takkan belajar. Faham?”


Ayesha pandang sekilas. Gila gaya abang penyayang mamat nih. Langkah kaki diatur laju ke arah sudut kegemarannya. Dah lama tak usha thriller novel.

#####################


Ayush pandang buku-buku di rak. Memang bukan kegemaran. Tapi apsal kaki dah elok terpacak kat sini. Ayush pandang kanan. Dia telan liur. Apsal jantung aku dah main lagu rock nih? Tak boleh jadi nih. Laju Ayush mencapai novel yang terpampang depan mata.


“Sorry.” Ayush pandang empunya suara. Pap! Novel di tangan terlepas jatuh atas lantai. Makhluk Allah yang cukup cantik di depan mata elok je tunduk tolong kutipkan novel yang terjatuh.


“Awak pegang dulu, so, awak ambillah.” Novel yang terhulur disambut. Gadis tu dah pusing usha novel lain atas rak. Ayush pandang novel di tangan. Patut ke tak aku bagi dia novel ni? Patut? Tak patut? Patut.


“Awa..”


“Abang!” Belum sempat Ayush panggil gadis tadi, Hana dah muncul.


“Dahlah, jom kita pergi bayar.” Ayush tak jadi panggil.


“Tapi, Hana dah ambil em..”


“Tak kisah. Abang bayarkan semua.” Hana dah rasa nak melompat. 5 biji novel di tangan dipandang dengan penuh gembira. Kalau selalu macam ni kan best.


“RM 126.90, Sir.” Ayush pandang muka cashier tu. Kenapa pelik je bunyi harga nak kena bayar? Tapi, cik Cashier yang cantik manis tu tetap senyum.


“Berapa?” Suara dari kaunter sebelah. Ayush terus buka dompet. Tiga keping not 50 bertukar tangan.


“Terima Kasih. Sila datang lagi.” Ayush pandang Hana yang dah tersenyum simpul.


“Berapa novel yang adik ambil?” Muka serius.


“Lima.” Sepatah Hana menjawab. Tengok muka serius Ayush dah cukup buat dia kecut perut. Alasan yang berjela dirangka dalam kepala hilang macam tu je.


“Kenapa ambil banyak. Kan abang dah kata dua je tadi?”


“Tapi, adik tak sempat nak tanya, abang dah cakap abang nak bayar semua.” Ayush kerut dahi. Aku cakap macam tu ke tadi? Tak pasal duit aku terbang seratus ringgit.


“Jom pergi makan.” Hana tarik nafas lega. Ayush dah back to the mood.

###################


Ayesha campak handbag atas sofa. Penat. Plan untuk memulakan pencarian cintanya di kedai buku tidak tercapai.


“Woit, Makcik!” Fina capai bantal bulat.


“Apa woit! Woit!.Cuba belajar jadi muslimah solehah sikit.”


“Uish! Kasar tu. Assalamualaikum, Nek.” Fina tarik sengih.


“Waalaikumusalam, Cu. Macam ni baru boleh jadi wanita melayu terakhir macam nenek.”


“Apa Cer?”


“Nak yang best ke tak best?” Rambut yang tadi lepas bebas di sepit dengan gigi buaya.


“Sebagai seorang gadis yang manis, aku suka happy ending. So, Bad first.” Lini, Todd dan Ming ming yang tengah melompat kat TV dah tak jadi perhatian.


“Bad, sebab aku tak dapat cari any guy untuk jadi cinta aku.” Ayesha tunduk. Konon sedih.


“Owh. Jangan risau, ada 29 hari lagi. Yang Best and Happy tu?” Fina dah buat muka


“Aku dah tahu ciri lelaki yang aku suka.” Ayesha buat mata blink blink. Muka gila excited.


“Hah? Baru tahu? Apa ciri tu?” Fina buat muka makin tak sabar..


“Penyayang. Dan ada senyuman yang manis memikat.” Ayesha tunjuk muka bahagia ever after. Terbayang mamat penyayang kat kedai buku tadi.


“ceh! Punya la aku tunjuk ke’excited’ aku, sekali satu je.” Mata dah tumpu balik pada wonderpets yang on the way nak balik.


“Aku tak cakap pun aku buat satu list 4 helai kertas penuh belakang depan.”


“Mesti kau dah jumpa kan lelaki penyayang kau tu kan?” Fina buat muka berminat balik.


“Hmm..Tak. Dah. Aku masuk dulu.Daa.” Ayesha senyum penuh makna. Handbag atas sofa dicapai.


“ISHA!!!”

Tuesday, October 6, 2009

Sonnets

Hehehe...this is a kind of learning process..Hari ni, Im gonna talk about sonnet..Bila kita sebut about sonnet, the first thing comes to most people's mind is, Shakespeare. Why? Becoz he is famous with his 154 sonnets. He's not the first people who introduce sonnet nor a poet with the most number of sonnets in collection. However, mainly, in English literature, he is, we can say, the most well known poet through all his 154 famous sonnets. There are actually two types of sonnets, the Italian sonnet, known as Petrarchian Sonnet, and English sonnet, known as Shakespearean sonnet. Both type of sonnet share the same general pattern, which is, they are the 14 lines love poem . The different is only the rhyme scheme..how is it different in term of its rhyme scheme? As english words are less rhyming, thus, the rhyme scheme is more rhyming. The italian sonnet goes the other way around. Okeyh, below, there is a sample of a shakespeare's sonnet, the sonnet 18 (Shall I compare thee to a summer's day).

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed,
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wand'rest in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st,
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

The sonnet 18 is actually refers to a young boy. This is what do kak TJ told us in class. I do believe that most of us have learned about this particular sonnet in form 4. So, basically, it sounds familiar. This sonnet is a symbol of his love to the beloved. In these 3 quatrains and a couplet, Shakespeare expressed his love towards the beloved. The true love, that will never fade away, even, if the beloved is not as beautiful as before. Okey, now, let analyse the last two lines (the couplet) in this sonnet. So long as men can breathe or eyes can see, so long lives this, and this gives life to thee. As far as i can see, this last couplet says that, as long as this sonnet 18 read by men, so, his love for the beloved will never die,. And also, the beloved will still alive.