BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

D.E.C.I.S.I.O.N

location: nowhere!

sudah lama tidak menjenguk kesini. andai hampir sebulan itu bole dikira lama. owh, agak lama juga sebenarnya. Merindui penulisan di blog. sungguh, tapi tidak punya cukup masa untuk menggodek jiwa mencari mood untuk menulis sesuatu di sini. tapi ini ada satu isu yang dikira agak menarik untuk dikupas.

pernah bertanya pada seorang kawan, kenapa kita tak bleh buat keputusan?
jawapannya, bukan kita tak boleh buat keputusan, cuma sama ada kita takut untuk buat decision tu, atau kita taknak buat dcision tu.

terfikir sesuatu. betul, mcam yang Robert Frost tulis dalam ROAD NOT TAKEN, sebenarnya pilihan tu ditangan kita, sama ada kita nak pilih jalan yang orang ramai lalu atau kita just nak pilih jalan yang rumputnya masih tinggi, yg tak ada orang lalu lagi. tapi sekarang bukan isu nak buat pilihan apa yang kita bincangkan, tapi isu adakah kita mahu membuat keputusan, membuat pilihan. kadang2 kita jugak terfikir yang kita dah buat pilihan, tapi kita takut.. takut untuk menerima akibatnya. kita tak tahu apa yang bakal berlaku, tapi kita boleh agak. jadi cukuplah untuk kita menyedia alasan untuk tidak membuat pilihan. walaupun kita punya hujah yang kukuh untuk memilih. ya, kta sebenarnya bukan tidak boleh membuat keputusan, tapi kita tidak mahu, kerana terlalu memikirkan kesannya yang kita tahu kita tak mampu tanggung, atau kita sebenarnya takut untuk memikirkan bahawa keputusan yang kita buat itu salah. TAKUT UNTUK MENANGGUNG RISIKO. itulah realitinya.

tapi seharusnya juga, kita buang perasaan itu, sebab kita memang ditakdirkan untuk membuat keputusan, apa jua kesannya, apa jua implikasinya, dari keputusan yang kita buat itu, kita harus terima. kerana ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. mungkin bukan baik untuk hari ini, tapi baik untuk hari lain...

Tuesday, March 1, 2011

FORgive and Not FORgetting

Okeyh, kali ni, aku takkan cakap ape yg aku rasa..ye ke??? kalo tercakap nanti, redha je lah ye..Bca dah tajuk entry ni??? basically aku akan cakap pasal normal thing, forgive and forget. Selalunya, org selalu cakap, kita kena forgive and forget, tapi mudah ke kita nak buat..??? Macam tak kan..nampak macam senang tapi sebenarnya susah..Susah sebab kita kena lupakan..anyone can tell me, yg dia boleh lupakan je apa yg berlaku kat hidup dia dengan mudah..?? Yes, time will heal, tapi tetap takkan hilangkan parut tu..Macam kita luka, kena pedang, ibaratnya mcam satu benda yg pahit dan menyakitkan, n then kita letak ubat which is bila kita memaafkan, tapi ubat tu, minyak gamat for example, keringkan luka tu, tapi tetap tinggalkan parut yg hitam. Parut yg susah untuk hilang. N parut tu sama lah dengan kenangan hitam yg kita takleh lupakan. Sumone buat salah kat kita, sum1 sakitkan hati kita, sum1 dah buat kita menanges n sedih, kecik hati..Tibe2 one fine day, dia datang balik dalam hidup kita, ask for forgiveness, n kita maafkan. tapi, adakah kita lupakan apa yg dia buat? atau kenangan pasal benda buruk yg dah menyakitkan hati kita? tak. Kita takkan lupakan. Masih akan lekat kat kepala..

Kenapa aku tiba2 buka isu pasal ni?? adakah sebab aku ni tgah terasa hati or what? atau sebab aku memang takde menda nak cakap tibe2 kuar idea cmni??? "RANDOM" jawapan normal yg akan aku bagi kat bestie aku, wawa. Tapi, kali ni, mungkin bukan jawapan tu aku akan bagi kalau ditanya. Ada sebab. SEBAB?? tanak mention kat sini. Sebb hati aku dah sakit. Aku dah tawar hati. Aku mungkin memaafkan, tapi untuk lupakan? Sory..coz, it's so killing. Aku tak boleh. Give me time, and i'll heal. macam dulu. Owh, btw, aku pandai berpura-pura. I know how to hide what i feel..(yeke?? cam tipu je..at least i try..)

Cakap pasal ni, teringat kat cite abang aku yg sorang tu, dia penah cakap, long time ago, pasal papan n paku. Pasal hati n sakit hati. Hati kita ni, macam papan. Setiap hari, ambik paku, pakukan satu kat papan tu. Pastu lama, kuarkan balik paku tu. Cabut balik. and then lepas tu, tengok apa yang tinggal. Ada lubang kan kat paku tu?? kalau takde pun, at least akan ada juga tanda sikit. Samalah. Hati kita. Kalau ada sum1 datang, and sakitkan. lepas tu, sekian lama, datang mintak maaf, cabut paku kat hati kita, bila kita memaafkan, tapi, still, kesan tu akan rasa. KIta tak melupakan. Paling tidak pun kita akan ingat benda tu sebagai kenangan dalam hidup kita, even mungkin dia akan jadi bahan gelak kita bersama satu hari nanti.


nota: kat hati aku ni, agak2 dah banyak paku..ada yang dicabut, tinggalkan kesa, ada yang dicabut, n then dipaku balik. Ada yang dipaku n tak penah dicabut. MODE: aku yg terasa sendiri. Tawar hati~~