BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 29, 2009

Hembusan Rindu 5

Kring!!!!!!!Bunyi jam loceng yang agak kuat keluar dari telefon bimbit membuatkan Amira terjaga. Telefon di tepi bantal diambil. 9.45 a.m. Mata Amira yang tadi masih layu terus terbuka luas. Menyedari kelewatannya, Amira berlari-lari masuk ke bilik air. Habislah. Kelas pukul sepuloh. Aku ada 15 minit je lagi nih....Amira mandi secepat yang mungkin. Baju kurung yang belum digosok membuatkan Amira mengambil keputusan untuk menyarung blaus sahaja. Seluar slack putih ditarik dan blaus hitam separas peha diambil dari dalam loker. Rambut yang basah dikesat sekering yang boleh dan disikat sekadar untuk mengemaskannya. Bedak johnson baby disapu tipis ke muka. Amira terus berlari ke bilik study. Nasib baiklah semalam dia telah pun menyusun semua fail untuk kelasnya hari itu ke dalam beg. Kamus Oxford Advanced Learner yang memang wajib dibawa ke kelas setiap hari dicapai. Setelah menyarung flat hitam, Amira berlari-lari menuruni tangga. Amira berjalan selaju yang mungkin ke kelas yang terletak di blok akademik. Wajah serius Mdm Adibah yang mengajar kelas poetry terbayang dimata. Dahlah mdm tak suka latecomers. Memang masalah dunia ni. Harap-harap la mood dia baik. Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan, Amira tergesa-gesa menaiki tangga untuk ke kelas yang ditingkat 3. Agak termengah-mengah. Biliknya di tingkat 2 dan sekarang dia terpakasa pula mendaki anak tangga untuk ke tingkat 3. Tiba-tiba, Amira terlanggar seseorang. Kepalanya yang terhantuk pada peti kecemasan yang tergantung di tepi dinding membuatkan Amira terdiam. Tapi tidak lama.
"Sorry, miss. i'm really sorry." Amira terdiam. Wajah yang dihadapannya dipandang. Fuh, sakit giler kepala aku.
"It's ok. bye." Amira terus menyambung pendakiannya ke tingkat 3. lelaki yang melanggarnya tadi hanya terpinga-pinga. yang penting dia bukan lecturer kat sini. nasib baiklah aku ada kelas mdm adibah. selamat mamat tu. kalau tak memang dah naik dah serangan singa betina Amira Elisha. oopss...brek...alamak terlajak la plak. hmm...c307. betul betul betul. amira mrngangguk gaya upin ipin. pintu ditolak. mdm adibah yang telah pun berada di dalam kelas hanya memandang.
"sorry, mdm. im late." Mdm hanya memandang. Amira mula kecut. adiuh ni yang aku cuak. perlahan- lahan amira melangkah ke tempat kosong bersebelahan siti.
"it's okey. the class is just started. but dont do it again." amira mengurut dadanya. Fuh, lega giler. kalau tak mahunya aku tak pandang muka orang kalau kena tengking tadi. Aduih, dah sakit pulak kepala ni. tempat yang benjol tadi diurut perlahan.
"Mir, asal ngan kepala ko tu? Benjol. Rambut pun serabai. dahlah datang lambat.." Siti di sebelah berbisik perlahan.
"Aku bangun lambat. jumpa pulak ngan mamat takde mata. nantilah aku cerita." Amira masih memandang ke hadapan. Siti yang baru mahu membuka mulut terus tak jadi sebaik terpandang wajah mdm di depan. Pura-pura membri fokus setelah segaris senyuman dilemprkan pada lecturer 28 tahun itu.
+aku tak kira. ko kena cite jugak. dah wujud chrcter baru ni taw.

kertas nota yang baru ditulis tadi dihulur perlahan kepada Amira. memang kadang-kadang mereka berkomunikasi ketika kelas menggunakan kertas. senang. orang lain tak dengar. lagipun selamat dari penangan lecturer garang.

-aku mmg nak cite kat ko. tapi sbrlah ngok!!! nanti aku cite. mamat buta tu mmg chrctr baru. yang ni aku xrse die ni dynmic chrctr. kalo ni cite aku la. hahaha...

Siti yang membaca balasan amira tu hanya tersengoih. terus matanya kembali memandang lecturer kecil molek di hadapan. isyarat yang diberikan Rizman dihadapan yang bertanya tentang Amira tadi dibalas kenyutan bahu. tanda tidak tahu.

0 comments: