“Ayush, petang ni, kau gantikan aku jumpa client.”
“Kejap. Hmm..petang ni aku free. Tapi aku baru plan nak balik awal.” Planner di tangan ditutup.
“Kejap je. Aku terlupa aku nak kena jumpa Dato’ Wong dari Kenchana Holdings pasal projek baru dorang tuh. Tolong ek?” Ayush angguk.
“Yelah. Kat mana ni? Pasal apa?” Zack senyum. Selesai satu problem.
“Kat Damai Café. Jumpa Mr Alex. Dabina holdings.”
“Okey. Lunch ke?”
“Yup.” Zack tolak pintu. Ayush pandang jam atas meja. Nampaknya, hari ni, terpaksa la batalkan plan nak lunch kat rumah.
####################################################################################
Ayush jalan keluar dari Damai Café. Agak bengang dengan client yang sepatutnya dia jumpa. Dia batalkan janji dengan Hana dan Acu untuk makan tengah hari di rumah semata-mata kerana ingin berjumpa dengan Mr. Alex. Tapi tiba-tiba lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu membatalkan janji temu mereka. Punat alarm kereta ditekan.
“Encik.” Ayush pandang kanan.
“Yes. Do I know you?” Gadis tersebut hanya menggeleng. Macam familiar minah ni.
“Encik, saya nak minta maaf.”Suara tu. Yup. Ayush terbayang gadis kedai buku minggu lepas.
“Tapi, sorry for what?” cantiknya dia. Ayush tetap pandang tepat ke wajah dihadapannya. Hati tak usah kata, dah bergendang.
“For that.” Ayush pandang ke arah yang ditunjukkan. Jantung yang tengah sakan bergendang berhenti tiba-tiba.
“Ya Allah! Kereta aku.” Ayush terus mencangkung pandang buntut Mazda RX8 miliknya. Bumper belakang kemek.
“Apa yang you dah buat dengan kereta I?” Pandangan tepat dan tajam dihadiahkan buat gadis di hadapan. Terlupa seketika pasal gadis kedai buku.
“saya tak sengaja, encik. Saya minta maaf. Saya akan bayar kos repair.” Ayush pandang balik gadis yang telah melanggar keretanya. Wajah ikhlas di hadapannya mampu melembutkan hati Ayush yang tengah panas.
“Hmm..Nak buat macam mana kan. Masa dah tak boleh undur. Kereta I pun dah kemek kena langgar.” Ayesha diam. Pelik. Tadi muka macam marah gila, tup,tup sekarang dah boleh sejuk.
“Encik, nanti encik dah baiki kereta ni, contact saya.” Ayesha hulur kad. Ayush masih tak bergerak.
“Encik?”
“Yes, but with one condition.” Aduyai! Apa lagi nih. Ayesha dah pening. Mamat nih memang lah.
“Apa?”
“Lunch with me today, and you tak perlu bayar kos repair.” Ayesha pandang lelaki di depannya. Apa kes ni? Mamat ni dah buang tebiat nak mampus ke apa?
“Perlu ke? Kalau tak?” Ayesha masih cuba berdiplomasi. Tunjuk rasa bersalah.
“I takkan pernah maafkan you dan you tahu kan, dosa sesama manusia ni, selagi tak dimaafkan..well, you tahulah kan.” Ish, gila psycho mamat. Ni. Nak setuju ke tak? Kalau setuju kan, dia angkut aku pergi mana-mana pula. Kalau tak, taknak aku tanggung dosa sampai bila-bila. Ayesha dah confius.
“Macam mana ni, cik tak tahu nama?” Ayush tarik senyum. Ayesha dah tarik muncung. Ada ke patut panggil aku cik tak tahu nama. Iskh..
“Saya ada nama. Ayesha.” Iskh. Kenapa aku pergi bagitahu nama ni pulak. Selalunya Ayesha suka memperkenalkan dirinya sebgai Ayie tapi entah kenapa kali ni, laju aje mulutnya menuturkan Ayesha.
“Owh. Okey. So, Cik Ayesha, macam mana? Setuju?” Ayesha pandang muka penuh berharap Ayush.
“Okey. “ Ayush senyum.
“Shall we?” Pintu kereta bahagian sebelah pemandu dibuka.
“Bukan kita nak makan kat sini je?” Ayesha tunjuk Damai café.
“Nope. So, shall we?” Ayesha angguk. Muka Ayush yang bersih membuatkan Ayesha cep[at percaya. Ayush ambil tempat sebelah pemandu.
“Awak. Awak janji tak buat apa-apa kat saya?”
“Janji.” Ayush hidup enjin.
“Awak, nanti kereta saya macam mana? Saya naik kereta saya je lah.”
“Takpe. Nanti saya hantar awak ambil kereta kat sini.”
“Betul.” Kereta dah bergerak meninggalkan kawasan Damai café.
Ayush matikan enjin kereta. Ayesha yang lena di sebelah dipandang.
“Cik, bangun” bahu gadis itu digoyang perlahan.
“Hmm…”
“Ayesha! Bangun!” Sedikit kuat suara Ayush. Bahu gadis itu digoncang semakin kuat.
“Hmm..kenapa?” Ayesha buka mata. Alhamdulillah. Akhirnya bangun jugak minah ni. Tapi yang aku bengang ni, boleh tanya lagi kenapa. Konpius aku.
“Kita dah sampai.” Sampai? Ayesha pening. Sampai mana? Eh, mamat sebelah aku nih sape? Jap, cop,cop..Ni bukan kereta aku ni..
“Kau ni sapa ek? Kau nak larikan aku ke? Tolonglah, aku tak ada apa-apa nak dilarikan pun.” Ayesha dah duduk tegak.
“Awak dah lupa ke?”
“Lupa apa? Apa yang patut aku ingat? Jangan nak main-main..” Ayesha dah angkat penumbuk. Gaya mengugut.
“Tadi, awak langgar kereta saya, then, you dah setuju nak lunch dengan I. So, sekarang ni kita dah sampai.” Hah? Ayesha pandang kiri-kanan. Otak dah patah balik masa tadi. Ayesha senyum.
“Okey. Dah ingat. Tapi ni rumah sapa? Kenapa nak makan kat sini?” Tudung yang dah senget dibetulkan.
“Awak jangan risau. Ni rumah saya. Kita lunch dekat sini.”
“Tapi, tadi kata nak lunch kat tempat lain.”
“Betullah. Lunch kat tempat lain selain Damai. Tapi saya tak kata tak nak lunch kat rumah.” Ayush turun. Pintu kereta belah Ayesha dibuka.
“Saya kena balik lah awak.”
“Kenapa?” Ayush dah pening. Apa lah pula budak ni nak buat hal.
“Saya dengan awak bukan muhrim. Nanti kalau saya masuk dalam rumah, tiba-tiba kena tangkap, macam mana? Pastu kita kena kahwin. Saya muda lagi tau tak? Lagipun saya taknak kahwin dengan awak.” Ayush dah bengang sikit. Itu pula yang minah ni fikir.
“Dalam rumah ni, bukan saya sorang ada. Ni rumah family saya.” Ayesha lega sikit. Kaki dah langkah keluar dari kereta. Ayush tutup pintu kereta.
“Jom.” Ayush dah jalan ke pintu.
“Awak!” Ayesha tiba-tiba berhenti. Ayush kalih pandang belakang. Ayesha yang tercegat macam tugu Negara kat tengah halaman dipandang tepat.
“Saya taknak masuklah. Rumah awak ni besar sangat. Lagipun nanti saya mesti segan dengan mak ayah awak. Saya tak reti nak makan pakai protocol segala. Macam mana nih? Saya taknak masuk lah. Saya tunggu awak kat luar je lah ek?” Satu nafas Ayesha bagi alasan. Ayush dah rasa macam nak humban gadis kat depannya masuk longkang besar tepi simpang lepas tu dengan diri dia sekali dia letak kat tengah-tengah jalan.
“Awak.” Ayush tahan sabar. Dia patah balik.
“Saya tunggu luar jelah ek?” Muka Ayesha dah macam muka budak 6 tahun nak aiskrim.
“Mama dan papa saya tak ada. Yang ada Cuma Acu dan adik saya je. Dan diorang tu tak makan orang. Tak ada apa nak dimalukan.” Ambik kau. Kau cakap laju dan banyak, aku pun boleh. Ayesha tunduk.
“Awak, tunggu saya.” Ayesha dah jalan sebelah Ayush. Gaya macam diorang ni dah lama je kenal. Padahal bukan kenal sangat pun mamat mana entah ni. Ayush tarik senyum. Malu dah pulak dia nih.
“Acu! Adik!” Ayush tolak sliding door. Langkah laju je terus diatur ke dapur. Ayesha yang mengekor di sebelah diam je.
“Abang!” Ayush pandang atas. Hana tengah berlari turun. Ayesha angkat muka. Ni sapa ni? Ni kot adik dia.
“Akak ni sapa? Girlfriend abang ek?” Ceria je muka Hana. Hana dah hulur tangan nak bersalam. Lambat-lambat, Ayesha sambut.
“Awak, ni adik saya. Hana. Hana, ni kak Ayesha. Membe abang. Acu mana, adik?” Ayush panjangkan leher. Mencari kelibat Acu.
“Owh. Acu keluar jap. Pergi beli pizza. Kak Ayesha duduklah dulu ek. Jangan layan abang ni.” Belum sempat Ayesha nak bagi respon, Hana dah tarik tangan Ayesha menuju ke ruang tamu. Betullah, sama je adik dengan abang. Agresif. Ayesha pandang kiri-kanan. Mamat sengal tu dah hilang pula tiba-tiba. Bawa aku datang sini, sekali dia hilang. Memanglah.
“Akak, macam mana akak boleh kenal dengan abang?” Ayesha telan liur. Ni memang jenis soalan takde dalam SPM.
“Hmm..Kitorg jumpa kat..”
“Kat atas bumi. Yang Hana sibuk nak tahu ni kenapa?” Ayesha terus buat muka. Aku tak sempat cakap dah potong. Pantang betul Nasib baik rumah dia kalau tak memang aku dah kerat buat sup dah ni. Dahlah tu, entah dari planet mana pulak dia tiba-tiba muncul.
0 comments:
Post a Comment