Ayesha masuk dalam MPH. Nak jalankan misi pertama. Dalam cerita Selamat Pagi Cinta, diorang jumpa kat kedai buku. Laju kaki diatur kearah satu sudut. ‘Malays’. Terpaksa. Sebab misi hari ini adalah untuk mencari lelaki, bukan mencari novel. Tapi, lelaki baca ke novel melayu? Ayesha mencapai satu novel berkulit hijau yang paling dekat dengannya.
“Abang, adik nak yang ni jugak. Please..”
“Kat tangan adik dah ada dua novel. Ni adik nak lagi satu? Tak boleh!”
“Ala. Baru tiga. Kalau abang belikan adik sepuluh pun, abang tak kan papa kedana la. Kedekut.”
“Memang la abang takkan papa. Tapi, adik yang takkan belajar. Faham?”
Ayesha pandang sekilas. Gila gaya abang penyayang mamat nih. Langkah kaki diatur laju ke arah sudut kegemarannya. Dah lama tak usha thriller novel.
#####################
Ayush pandang buku-buku di rak. Memang bukan kegemaran. Tapi apsal kaki dah elok terpacak kat sini. Ayush pandang kanan. Dia telan liur. Apsal jantung aku dah main lagu rock nih? Tak boleh jadi nih. Laju Ayush mencapai novel yang terpampang depan mata.
“Sorry.” Ayush pandang empunya suara. Pap! Novel di tangan terlepas jatuh atas lantai. Makhluk Allah yang cukup cantik di depan mata elok je tunduk tolong kutipkan novel yang terjatuh.
“Awak pegang dulu, so, awak ambillah.” Novel yang terhulur disambut. Gadis tu dah pusing usha novel lain atas rak. Ayush pandang novel di tangan. Patut ke tak aku bagi dia novel ni? Patut? Tak patut? Patut.
“Awa..”
“Abang!” Belum sempat Ayush panggil gadis tadi, Hana dah muncul.
“Dahlah, jom kita pergi bayar.” Ayush tak jadi panggil.
“Tapi, Hana dah ambil em..”
“Tak kisah. Abang bayarkan semua.” Hana dah rasa nak melompat. 5 biji novel di tangan dipandang dengan penuh gembira. Kalau selalu macam ni kan best.
“RM 126.90, Sir.” Ayush pandang muka cashier tu. Kenapa pelik je bunyi harga nak kena bayar? Tapi, cik Cashier yang cantik manis tu tetap senyum.
“Berapa?” Suara dari kaunter sebelah. Ayush terus buka dompet. Tiga keping not 50 bertukar tangan.
“Terima Kasih. Sila datang lagi.” Ayush pandang Hana yang dah tersenyum simpul.
“Berapa novel yang adik ambil?” Muka serius.
“Lima.” Sepatah Hana menjawab. Tengok muka serius Ayush dah cukup buat dia kecut perut. Alasan yang berjela dirangka dalam kepala hilang macam tu je.
“Kenapa ambil banyak. Kan abang dah kata dua je tadi?”
“Tapi, adik tak sempat nak tanya, abang dah cakap abang nak bayar semua.” Ayush kerut dahi. Aku cakap macam tu ke tadi? Tak pasal duit aku terbang seratus ringgit.
“Jom pergi makan.” Hana tarik nafas lega. Ayush dah back to the mood.
###################
Ayesha campak handbag atas sofa. Penat. Plan untuk memulakan pencarian cintanya di kedai buku tidak tercapai.
“Woit, Makcik!” Fina capai bantal bulat.
“Apa woit! Woit!.Cuba belajar jadi muslimah solehah sikit.”
“Uish! Kasar tu. Assalamualaikum, Nek.” Fina tarik sengih.
“Waalaikumusalam, Cu. Macam ni baru boleh jadi wanita melayu terakhir macam nenek.”
“Apa Cer?”
“Nak yang best ke tak best?” Rambut yang tadi lepas bebas di sepit dengan gigi buaya.
“Sebagai seorang gadis yang manis, aku suka happy ending. So, Bad first.” Lini, Todd dan Ming ming yang tengah melompat kat TV dah tak jadi perhatian.
“Bad, sebab aku tak dapat cari any guy untuk jadi cinta aku.” Ayesha tunduk. Konon sedih.
“Owh. Jangan risau, ada 29 hari lagi. Yang Best and Happy tu?” Fina dah buat muka
“Aku dah tahu ciri lelaki yang aku suka.” Ayesha buat mata blink blink. Muka gila excited.
“Hah? Baru tahu? Apa ciri tu?” Fina buat muka makin tak sabar..
“Penyayang. Dan ada senyuman yang manis memikat.” Ayesha tunjuk muka bahagia ever after. Terbayang mamat penyayang kat kedai buku tadi.
“ceh! Punya la aku tunjuk ke’excited’ aku, sekali satu je.” Mata dah tumpu balik pada wonderpets yang on the way nak balik.
“Aku tak cakap pun aku buat satu list 4 helai kertas penuh belakang depan.”
“Mesti kau dah jumpa kan lelaki penyayang kau tu kan?” Fina buat muka berminat balik.
“Hmm..Tak. Dah. Aku masuk dulu.Daa.” Ayesha senyum penuh makna. Handbag atas sofa dicapai.
“ISHA!!!”
0 comments:
Post a Comment