BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

Hembusan Rindu(cerpen edition)-sambungan

tumpang lalu jap...sorry kat sesape yang bce hembusan rindu cerpen edition ni. sebab terlambat masukkan smbungannya..ada masalah technical..so, now, dah ada..njoy da story okay!!!
-penulis-
---------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari telah berlalu sejak Hafiz sedar. Mia gembira melihat Hafiz. Setiap hari selepas kelas, Mia akan datang dan bercerita dengan Hafiz. Mia berjalan ke wad yang menempatkan Hafiz. Mia pelik apabila melihat Pn. Sofea keluar dari bilik sambil dipimpin Hani, adik Hafiz.

"Auntie, kenapa ni?" Mia bertanya melihat Auntie Sofea menangis dan Hani yang sudah merah matanya.

"Abang...Kak MIa masuklah. Dia tenat. Dia sebut nama Kak Mia.." Sebelum sempat Hani menghabiskan ayatnya, Mia terus meluru masuk. Serta merta air mata Mia seolah terlalu murah melihat keadaan Hafiz.

"Mia! Mia!" hanya nama Mia yang keluar dari bibir pucat Hafiz.

"Hafiz, Mia kat sini." Tangan lelaki dihadapannya dipegang kejap.

"Mia jaga diri, please..Doakan Hafiz." Tersekat-sekat suara Hafiz. Seluruh badannya terasa kesakitan yang amat sangat.

"Ya, Hafiz. Mia janji. Hafiz kena kuat. Hafiz jangan cakap apa-apa lagi." Air mata Mia makin laju. Menitis dia atas pegangan erat tangannya dan Hafiz.

"Mia jangan nangis. Hafiz cintakan Mia. Takut tak sempat." Bersusah payah Hafiz menuturkan kata-kata.Hafiz pasrah sekiranya Allah mengambil nyawanyasetelah apa yang terbuku dihatinya diluahkan.

"Hafiz, Mia pun cintakan Hafiz. Hafiz janji jangan tinggalkan Mia?" Mia akhirnya membuat pengakuan. Selama Hafiz sakit, dia tahu tiada siapa yang dia cintai melainkan Hafiz.

"Hafiz minta maaf, Mia. Ya Allah!"Dengan bersusah payah menahan kesakitan, Hafiz cuba untuk mengukir senyuman. Perlahan-lahan matanya tertutup dan pegangan tangan mereka semakin longgar. Terkulai dalam genggaman Mia.

"Hafiz, bangun Hafiz. Hafiz main-main dengan MIa kan? Hafiz!!!!!!" Mia menggoncanh tubuh kaku Hafiz. Tapi, tiada balasan. Mia terkulai disisi Hafiz yang tidak lagi bernyawa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mia memakai baju kurung putih hadiah dari Hafiz. Disisinya, Puan Aisyah. Air mata Mia masih belum kering. Sukar untuk dia menerima hakikat kehilangan Hafiz. Lelaki yang bersamanya susah dan senang sejak kecil. Rasa bersalah masih merajai segenap penjuru hatinya.

"MIa!" Mia berpaliang. Auntie Sofea menghampirinya.

"Hafiz tinggalkan ni untuk Mia." Pn. Sofea menyerahkan satu kotak berbentuk hati berwarna merah. Mia mengambilnya dan memandang puan Sofea yang berlalu ke kerata. Buat kali terakhir, dengan kotak yang dipegang kemas, Mia memandang sayu pada pusara Hafiz.

Dear Mia,
Hafiz gembira bersama Mia. Biar kita cuma kawan. Hafiz pergi untuk kebaikan kita
bersama. Kalau ada rezeki, kita boleh jumpa lagi. MIa boleh datang sini. Ingat lagi tanda
persahabatan kita? Hafiz pulangkan balik pada Mia. Supaya, bila Hafiz jauh, daun ni masih
boleh bersama pasangannya. Hafiz tahu 'dia' boleh menjaga MIa, sayang Mia lebih dari
Hafiz. Jaga diri Mia baik-baik dan doakan kebahagiaan Hafiz.

Salam sayang,
Yang Jauh,
Imran Hafiz.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Hafiz, daun ni Mia potong. Satu untuk Mia dan satu untuk Hafiz."

"Boleh Hafiz letak daun ni dalam buku."

"Boleh. Kita simpan. Ni tanda persahabatan kita. Hafiz janji takkan tinggalkan Mia?"

"Ya! Hafiz janji. Daun ni tak akan pernah berjauhan. Macam kita."

"Sayang Hafiz." Cup!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Imran, jangan lari!" Suara Nazirul membuatkan Mia berpaling. Seorang kanak-kanak kecil berlari dikejar Nazirul. Mia senyum. Mengusap kepala Imran Hafiz. Anak lelakinya. Imran sama seperti Hafiz yang dikenalinya. Dan semoga hatinya semulia Hafiz.

"Hafiz, Mia doakan Hafiz. Semoga Hafiz tenang disana."

1 comments:

kechiksiikanbuntal said...

anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda