BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 23, 2009

TOLONG!!!!

Argh!!!!apa dah jadi ngan aku nih..knape la time2 camni nak merindu kat org pulak..knape mesti kna ingat kat ejat time aku perlu tulis cite ni siap2...penin2...terus idea n mood nak menulis terbang pergi aura cahaya...huhuhu...dahla tu, nak msg dia pun aku takut..nak wat cmne nih?? selalu aku ngadu kat kecik (kalau hal sal ejat), tapi ni kecik aku rse da slamat smpai pun kat tempat susilo bambang yudhoyono tuh...(jakarta)...Takkan nak minta tolong aish..maunya aku kna marah lagi sampai kecik kepala..(slalunya aku kecik kepala ke kalau kna marah ek? tak penah test ag...)...cmne nih..tolong lah aku..apa aku kna buat...aku rindu ejat...nak cam dulu balik...huhuhu...

Buat kecik: budak kecik tak besr...kalau ko teron9 n terbuka blog aku ni..terbaca post nih, tulunlah aku...aku rindu ejat..nak wat cmne nih???? ko bgtaw aku ek..jgn ym..komen kat sini taw...wargh!!!!..rase cm nak nanges pon ada...huhuhuhu..angau aku da dtg balik ker????kecik tolong ye...pliz..
p/s: jgn lupa ole2..hehehehe

Tuesday, April 21, 2009

::My Heart::

Mencari sedikit ketenangan dalam jiwa...Menyusuri kisah kisah yang berlaku semalam, bukan akan datang...Yeah, menjalani kehidupan hari ini yang kurasakan agak bahagia, kadang-kadang tetap membawa aku menjengah ke waktu dulu. Lama2 bila kuhitung dengan jari tangan, rupanya, ramai juga lelaki yang pernah muncul dan menjengah tirai hatiku...Tadi, kala dalam bosan, aku ringankan lah mata, dan jari untuk membaca e-novel oleh akubintangbiasa bertajuk Baju Pengantin Mak Andam...Tertarik dengan si Hero, Zain, buat aku teringat sume laki yg penah ada dalam hidup aku (mksudnya yg spesel la)...JOm kita singkap balik kisah CINTA aku (monyet+tak monyet)....



Kita start ngan cinta zaman sekolah...

hehehe..masa aku fom 2 aku ada crush kat sorg ni..membe baik aku sndiri tapi aku tak gtaw sape2 pon. Simpan jelah dlm hati..lagipun time tu, aku tak matured ag...budak2 agi...lagipun, bila aku dah form 4 kitorg masing2 dah masuk sbp...die kat ASIS n aku kat KISAS...jarak buat kitorg lost contact...yelah kan..time skolah..wlaupun da ada phone, tp mcm tibe2 kitorg da tak rapat..sbb time fom 3 tu kitorg kelas len2..aku kena turun kelas...hehe..sbab bayk main la..active sgt ngn Pandu Puteri...hehehehe....Masa aku kat fom 3 pulak, ada lagi sorg mamat ni. Die ketua kelas aku. Aku tade pape erasaan pun kat die. tapi ntah camne leh timbul cite or gosip pasal kitorg ada spesel relationship..n hubungan kitorg yg mesra tak mesra ni berlanjutan agak lama la jugak...dah berkali aku tukar no phone, die pon sama, tapi kitorg ttp ta ptus hubungan..daripada fom 3 lagi...walau aku dah sekolah beribu batu jauhnya...Tpi, nak wat camna kan...bile aku da stat sayang setengah mati kat die, kitorg pun dah abis sekolah..time tu, die amik fom 6 kat sekolah lama aku ni, n aku pulak, buat sains fizikal kat KMPH kat gambang nun...tiba2 dia hilang dari aku. Dalam aku duk meseg die..die pulak tiap2 minggu duk gayut ngn aku kongsi cite kat phone, tibe2 die hilang...naik merana jugak la aku waktu tu..campur ngn susah masuk apa yang aku belaja...rasa cm bodoh je...nsib baik ada membe2 aku yang baik2 belaka...Sudi jadi tempat luahan perasaan aku...Dan lepas tu berakhirlah segala kisah cinta aku kat sekolah...



University time...

Lepas satu semester aku kat KMPH, aku dapat offer masuk UIA..sebab aku ni rasa cam bodoh n tak minat kat cos yg aku amik kat KMPH tu, aku pun masuk lah UIA.. Buat la Foundation balik...setaun je pun. first sem kat sana, ada sorg membe aku nih, kenalkan kat cuzen die...ktrg juz msg n tuka2 gamba..mase tuh dah dkat 7 bulan lepas aku kecewa ngan time skolah aku cite kat atas tuh(teh ais) hehehe...kitg kawan..tibe2 die maki aku takde sebab..kesnya, sebab die nih cam nak marah kat ex die tapi pi hentam n balas dendam kat aku..sbagai mewakili pompuan lah..aku pun ape ag..tension..tak kawan dah..siap tukar no agi tuh...



Aku masih tetap jalani hidup aku macam biasa..masuk je semester yg kedua aku kat UIA tu, dalam jangka masa aku kat UIA, aku selalu kontak ngn sorg mamat paling pendiam kat kelas aku time kat KMPH...nama dia, Zaizuki...tapi kitorg pnggil die Datok je..Start nama ni sbb Cik Aida lah..lecturer dinamika kemahiran kitorg...hehehe...Lepas aku quit dr matrix, kitorg still contact..dalam msg..n one day, time bulan pose, kitorg kapel...and ak rase happy..rase terubat n dah dapat lupakan cinta lama...okey je...withoit any prob..tibe2 lepas die balik kg one day, kitorg mcm ada prob..anytime ak ada mslh, msg or kol die, pasti alsn sibuk yg die bagi..kalu skali dua aku leh time, tapi kalu dah berkali2 sapa tahan beb...aku ni gurl biase yg punye hati n perasaan...Aku bsbr stkat mana yg aku ampu. aku dah tak cri die..aku biar die yg cri aku..tu pun kalau die rase aku stil diperlukan..but after a week ak mmg tak dpt evn a single msg dari die..Nak dijadikan cite, aku ikut membe aku g jumpe pakwe die, n aku knal la ngn membe2 pakwe die yg bapak best gile lawak antrbgsa slambe pny stock...n malam tu lah berakhir evryuthing antra aku n datok...die tbe2 kol aku time aku n membe pkwe kwn aku(ejat) n also kecik n bf die la(faris)...Aku agak teruja gak lah but then, die ckp psl kitorg n aku suh die tgglkan aku..die refuse sbb kesian..mksudnya die ta pnah syg aku jus ksian je...

n malam tu jugak satu ujian untuk hati ni...aku sedih n aku nanges..aku tak kuat..tp, dia, muncul mse aku plukan sumone..die muncul n buat aku kuat, buat aku happy..aku mmg happy..buat aku lupa tntg maslh hati dan prasaan smpailah aku rse kecewa yg amat bile die bagi aku harapan tapi, die hncurkan hrpn tuh...aku kecewa dan rse mcm dunia ni da tunggang tblik..;lagi truk dria ku rse bile aku clash ngn pakwe aku..padahal, kitorg tak declare pape pun..n skng hati aku masih pada dia...

Sunday, April 19, 2009

Libry dan buku plus pakcik kauntr n mak gad poyo...

Kala idea datang mencurah aku rasa macam tak nak tinggal lgsung skrin lappy ni. Tapi nak wat cmne, kalu ak tak tinggal, jawabny, makin busuk lah aku... kalu busuk tu bleh buat nyamok lari, ak rela tpi ni, nyamuk tetap tak reti nak berganjak. tetap gak nak hisap darah aku yang manis ni (Aku penah rase ke??? Rasenya tak penah). hahaha...Tu sebenarnya selingan je tuh. Aku sebenarnya nak story pasal tragedi kat libry smlam. Sbnrnya tade tragedi mana pon sbnrnya. Ceritanya begini....

Pada suatu hari, di hadapan sebuah perpustakaan...Sebaik mendapat RM7 dari abah, seorang gadis berjalan masuk ke perpustakaan tersebut tanpa menghiraukan suara-suara sumbang yang tak abis2 mengeluarkan pelbagai bunyi. Berbekalkan beg duet Milk Teddy berwarna pink yang dah pun berusia 4 tahun, dan sebuah novel Sidney Sheldon, dengan selambanya budak ni naik ke tingkat atas dan terus ke kaunter tanpa sebarang pertanyaan.

Budak ni: Nak hantar. Dah lambat.

Pakcik kaunter: Lamanya lambat ni. Bagi dua alasan kenapa lambat.

Budak ni: satu, sbb tak da masa nak hantar, dua, sbb saya duduk jauh.

Pakcik kaunter: Takkan sampai takde masa.

Budak ni: nak buat cmne. Dah memang saya takde kat sini pon.

Pakcik kaunter: Belajar kat mana?

Budak ni: Negeri sembilan

Pakcik kaunter: Jauhnya. Kenapa tak suh adik ke anto. Rm 10.

Budak ni: Dah adik taknak hanto. Mana saya tahu. (sambil mengeluarkan sepuloh hinggit dan letak atas meja kaunter.)

Pakcik kaunter: Banyak ni. Tak sayang ke duet ni? Dah boleh buat beli nasi dua bungkus.

Budak ni: Nak buat cmne. Salah sendiri, sendiri tanggung la. Takpelah Pakcik. Terima Ksih.

Dan budak ni pun dengan bengangnya berlalu ke rak buku untuk mencari buku2 yang dirasakan sesuai. dan menarik minatnya. Tengah2 syok mencari bersama beberapa buah novel yang tebal, tu pun dah banyak mata memandang. kebanyakkannya budak sekolah, tiba-tiba terasa ada vibrating alert kat poketnya. apa lagi budak ni pun angkat la. Tengah duk bercakap tu, tiba-tiba...

Mak Gad: Dik, tak boleh cakap telefon dalam ni.

Budak ni: Hah, Okey. Time Kasih ye mak cik..

Dan budak ni pon terus jugak cakap telefon tanpa menghiraukan larangan mak cik tu....

Friday, April 3, 2009

Aku dan kebosananku

Wee...aku pun tak tahu dah sampai tahap mana dah kebosanan aku ni. agaknya dah sampai excited state kot...takpun dah sampai ke balcony tempat yang paling tinggi kat dalam shakespeare...ntahlah..bosan betul tambah lgi aku dah stat nak ingat kat membe2 yang sume stock kpale hantu. itu yang buat aku rindu sebnrnya. yang stock sengal tak bertmpat tuh...buat aku gelak tak cukup tikar nak guling2...tambah ble bce e novel yang stock pecah usus prut, terus ak dah boleh jdi calon penghuni tampoi..gelak sorang2....sebab bosan ni lah aku dah rse cm nk kwn ngn smut pun ada...hihihihik...windunya kat membe2 kat cmpus..asal lah dorg tu taknak grad2 jugak lagi..penat aku tunggu dorg...ingtkn lpslah...skali kat nilai jugak...trpksalah aku g gombk tanpa membe2 cyg aku tuh...lg2 abg ak yg smpai ari ni sekjp aku phm skjp tak tuh....maslah btol...hihihik....

Thursday, April 2, 2009

Hembusan Rindu 6

"Hi, Riz. Dah lama ko sampai?" Siti duduk di kerusi yang berhadapan dengan Rizman. Fail dan buku yang dibawanya diletakkan di atas meja.
"Tak adalah. Baru jugak. Amira mana?" jungkitan bahu Siti memberi jawapan pada Rizman. telefon bimbit dari dalam poket dikeluarkan.

-woit, mir! cpt la weh. ak ngn ct kat lvl 1. tmpt bese. jgn lupe mntos..c u...

"Siti, kenapa dengan Amira tu? Tadi dahlah datang lambat. pastu, muka ketat semacam je. Ni datang lambat lagi." Rizman menekan butan hantar. Menghantar mesej kepada Amira tanpa mengharapkan Amira membalas. Yang penting mukanya terpacul di hadapan mereka berdua.
"Entahlah,Riz. Tadi dia kata ada mamat buta. Watak baru. Aku pun tak paham. Tunggu dia cerita, tak cerita-cerita jugak." Buku dihadapan dibuka.
"Hmm..kadang-kadang aku tak paham betul ngan si budak mir ni. Macam ganas. Tapi, lembut toksah kira. kat dalam la." Kamus dibelek. Transcription yang memerlukan rujukan kamus diselesaikan.
"Alah, Riz, Dah namanya perempuan. Dalam ganas-ganas pun, ada lembutnya jugak. Ko ni, macam tak kenal dengan si Amira tu.Dahla, jom lah kita study, tak payah pikir lagi pasal si Mir tu. Japg, kita tanya dia sendiri je." Rizman hanya mengangguk. Fokus kembali kepada kerja.

"Hmm. Sorry korang. Aku ada hal jap tadi. pastu gi kedai beli ni." Satu plastik berisi sebotol air 100 plus, oreo, dan mentos sour mix diletakkan di atas meja.
"Hah, datang pun ko. Nasib baik ko bawa makanan, kalo tak memang aku dah tembak muka ko ngan senapang gajah tahu tak..." Rizman hampir tergelak melihat Siti dan Amira.
"Dahlah, korang ni. Jom kita study. Transcribe mende ni lagi baik tahu." kata-kata Rizman membuatkan Amira terus membuka buku. Siti pun turut diam.
"Aku menyampah betul dengan madam ni. Langsung tak bagi kita masa nak trnscribe benda ni betul-betul. Dahla panjang susah pulak tu." Amira merungut.
"Ala, aku pun tak puas hati. Yelah. Ingat kita ni otak apa nak transcribe menda ni cpt-cpat. tapi, nak buat camne, dah dia lecturer. redha jelah." Siti hanya mengganguk bersetuju.Mereka meneruskan perbincangan tanpa menyedari yang jam telah menghampiri pukul 1o. Dahla buat macam library sendiri. Boleh pula tak perasan masa. Amira yang menyedari lagu kuch kuch hota hai telah mula melatari library, mengajak mereka semua beredar. memang menjadi stail library ini untuk memasang lagu menandakan waktu perkhidmatan telah tamat, dan semua pelajar diminta meninggalkan library.

"Mir, ko tak cerita lagi pasal yang tadi tu??" Siti yang mula tertanya-tanya kembali cerita tentang character baru Amira melontarkan soalan.
"Bila ek? ni dah tak sempat."
"sekarang la weh. boleh aku dengar sekali." Rizman tiba-tiba menyampuk.
"sibuk je ko ni. Tapi, cerita ni panjang. kalau cerita, sampai pagi esok tahu. Tak sempat2."
"Takpe. Esok je. After class. Promise?" Amira hanya menggangguk tanda bersetuju. Rizman memberi isyarat untuk turut serta. Amira melambai tangannya sebelum mereka berpisah ke blok kediaman masing-masing.