BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 5, 2010

MANUSIA oh MANUSIA

hmm...Manusia oh Manusia..macam2 jenis manusia ada dalam dunia ni. Bak kata Mok, nak mengcukupkan gila yg ke 99 mmg mcm2 lah manusia nih. Ada yang gila yang betul2 gila, ada yang gila dibuat2, ada jugak yang gila2 cerdik..haish..macam-macamlah..eh, knape tiba2 bercerita tentang gila nih?? heh, tadelah, sbnarnya nak cakap pasal pngalaman pergi site visit untuk prog hari tu.. quote yang pling best untuk diquotekan..ngeh3..

"ini kampung saya, saya yang memerintah.
kamu kena ikut cakap saya, bukan saya ikut cakap kamu"

daripada quote nih, agak2 bleh terbakar tak??? tataw lah org len, tp kalo aku tak berape berkenan dengan kata2 ini..lagi2 bila berkait dgn duet..manusia kan..duet dgn manusia ni mmg tak dapat nak dipisahkan. Memang manusia diciptakan materialistik nak buat macam mana. Manusia boleh tikam kawan sendiri kerana duet, boleh rosakkan masa depan sendiri juga kerana duet. Tapi ada jugak golongan manusia yang sanggup mempergunakan orang lain demi keuntungan sendiri, demi mendapatkan duet, tak kisah halal atau haram. Sanggup bela sugar daddy, sanggup jadi anak ikan hanya untuk mendapatkan kesenangan yang ntahlah, nampak macam best kot di mata.ini jenis manusia yang materialistik..

ada lagi manusia jenis lain. Yelah, nak mengcukupkan gila yang 99 tuh, macam macam jenislah mnusia ats dunia nih. belum campur lagi manusia yang perangai masyaallah, kerja nya asyik nak menyakitkan hati orang je..yang jenis, dia buat tape, tapi kalau orang lain, sumpah seranah maki hamun dihamburkan. Orang apakah ini?? ini bukan manusia lagi, bukan orang lagi, bukan human being lagi, tapi ni dah gaya macam apa dah ni. Mengutuk orang, kawan baik sendiri yang susah senang sama-sama, bkan kat belakang2 lagi dah, kat depan2 pun duuk mengata, tapi buat muka manis, konon baik tak bersalah. tapi, hakikatnya, dah berapa banyak dosa dah dia duk kumpul. dahlah tuh, tak ingat yang selama ni kawan ni duk tolong dia. Masa senang lupa kawan, tapi bila susah duk menagta kawan tuh suka2 hati. duk memaki hamun kawan2 tuh sesuka hati. Mula lah keluar segala macam perkataan "!@#$" "!@#$%^" dan macam2 binatang lagi lah dari mulut sendiri untuk kawan. Macam nih ke namanya kawan.???? Pandai pulak ko nak cakap kawan lupa kawan, bila dia sibuk hal sendiri. Siap kata pentngkan diri sendiri lagi, tapi bila ko yang buat, jadi rational lah pulak benda tuh kan??? bila orang yang ko suka dikebas, berani pulak ko nak mengata memaki hamun, biarpun, itu kawan baik ko yang dulu mengaku sahabat dunia akhirat, tapi bila ko buat dekat kawan ko macam tuh, takde pulak ko maki hamun diri sndri?? siap nak salahkan kawan ko tuh plak, biarpun itu masalah kesalahan diri snedri...manusia2...ntahlah..

bilalah manusia2 ini akan berfikir, tentang apa yang mereka telah lakukan, tentang apa yang mereka buat, masa kawan susah, larilah, tapi bila diri susah, mulalah nak mencari kawan, datang menangis2, menyesal insaf, dengan segala janji tak akan buat lagi, tapi bila sampai masa, janji entah ke mana, diri sendiri entah ke mana..bilalah lagi mereka ni akan sedar akan kesalahan mereka. bermuka2. depan org ni cakap lain, depan orang ni cakap lain.

betullah orang kata, kalau kita nak mengenal jenis manusia nih, kita kena banyak berjumpa dengan manusia. sebab manusia ni, kadang2 ada yang bukan manusia, yang lebih binatangnya dari binatang sendiri. Sebab tuhlah, jadi kes buang anak. Sebab hidup nak senang, gadai body untuk duet, memanglah hidup mewah, sbb sugar daddy bagi duet setiap kali bila mintak, tapi, tak sedar dunia. bila diri dah termengandung, takut mak ayah tahu, takut malu dgn org sekeliling, pergi jumpa doktor, gugurkan, doktor tanak bersubahat, buat sendiri. Takpun, tunggu sampai mas,a cukup bulan, anak keluar, buat anak macam sampah, budak tuh tak berdosa pun, tapi dibiarkan kat tepi tong sampah, kat tepi longkang, dibiarkan budak tu, jadi makanan anjing dengan kucing. betapa tak berhati perutnya manusia.

Hmm..bilalah mereka ni nak sedar?? Tapi itulah, Allah tuh maha adil, nanti akan ada balasan untuk mereka. Kalau mereka tak sedar jugak, tak nak sedar2 jugak, tak tahulah. Untuk mereka, jangan duk asyik nak berdoa keburukan untuk orang lain, sebab orang lain tak doakan keburukan untuk kita, jadi, fikir-fikirlah sendri.. Allah maha Adil, Maha Mengetahui, dia tahu yang mana betul, yang mana salah. Sudah-sudahlah tuh..Sebelum balasan yang dahsyat menimpa, dah-dahlah tuh, sudah2lah mengata orang, cukup2lah biar diri dibela, cukup2lah besar diri sendiri, sudah2lah tak sedar tanggungjawab. Kata si Adnan, "Don't let banana fruits two times." Fikir2lah, yang dah lepas, biarlah berlalu, sbab kita ni secara realitinya, ada dua peluang je. Bila peluang kedua disia-siakan, peluang ketiga takkan mnyusul...

renung-renungkan dan selamat beramal..~


0 comments: