BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

REMPIT atau SEMPIT???

REMPIT or SEMPIT???

Malam minggu..tiba-tiba mama n abah ajak makan kat luar. Teringin nk makan sate. Okeyh, dah lepas makan sate kat area chendering, pergi lepak amek angin malam kat dataran shahbandar. Saje. Kat situ macam best sket walaupun agak ramai orang, especially mat-mat motor. Kitorang lepak kat situ start 11 sumting..so, agak tdak ramai mat-mat motor berkeliaran. Maka, di saat orang lain lepak je, kami bertiga, (aku, kaklong n nadhi) sibuklah bergambar dngan macam2 posing, view tepi laut cantek kot, takkan tanak amek gambar kenangan,, ceit!..tibe2, lebih kurang pukul 12 malam, datanglah sekumpulan mat motor, masuk ke area kitorang lepak. Dorang ta ganggu, kitorang pedulik hape. Seronok lagi bergambar. Tiba-tiba, ada 3 buah moto polis trafik masuk, meronda agaknya. Mat-mat motor, masih dengan aksi mereka, membawa motor secara berkumpulan. Ada yang buat muka ta bersalah, tak kurang juga yang erpatah balik tanak terserempak dengan polis. Tak lama, polis3 beredar. Dah dekat kul 12 lebih, kitorang decide nak balik, tibe2 ada road block, kat dua tmpat otw balik. Ramai jugak mat-mat motor ditahan, tapi yang pastinya mereka dilepaskan alik,,ada lesen yg sah agaknya. Tapi, ternyata, tindakan polis mengecutkan mereka dengan menahan dan melepaskan mereka tidak Berjaya. Kerana sebaik tiba di satu traffic light, elok je dorg menonjolkan diri mereka sebagai mat rempit..melakukan aksi ngeri yg bole membahayakan diri meeka dan org lain..haish3..aktiviti malam minggu,,,,blom kire lagi mereka yang berlumba haram di tgah2 jalan, kita yg lalu plak bleh rase takot..haish!inilah namanye mat rempit, atau samseng jalanan.. kenapa mereka begitu? Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah minda..ini cerita mat rempit. Ape kaitannya dengan tajuk post ni? Yelah, rempit vs sempit. Ni bukan nak banding mat rempit dengan si miskin berbaju sempit, tapi sekadar teringat, cerita Adnan Sempit yang mencapai kutipan berjuta3 tuh.. kalau Adnan mampu nak buat kita terfikir supaya jangan judge semua mat motor jahat, mat rempit, seharusnya, golongan mat-mat motor ini pon harus berfikir sendiri untuk menjaga nama mereka, maruah mereka, imej mereka. Jangan si Adnan je yang sibuk bersusah payah menerangkan hakikat, tapi mereka masih tetap macam anjing dengan bayang2, masih tetap gaya si luncai terjun dengan labu-labunya.

Sempit?

Adnan: Awak, macam mana dengan saya yang bekerja sebagai penghantar surat dan kenderaan yang saya bawak adalah motor? Macam mana pulak dengan pak aji yang ke masjid naik motor? Itupun mat rempit jugak ke? (scene tepi sungai dengn Nadia)

Tuh, sape nak jawab nih. Adnan jugak ke?

Fikir-fikirlah sendiri.

0 comments: