BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 21, 2009

Hembusan Rindu 4

Because tonite will be the nite that i will fall for you, over again..dont make me change my mind...Alah sape plak ni..Iqbal merungut.. tapi, punat pause ditekan dan phone tetap dikeluarkan dari poket seluar. Amira? Knape pulak ni? Minda Iqbal tertanya-tanya.
"Yes, Mir!" terus dijawab tanpa menuggu salam dari hujung sebelah sana.
"You kat mana ni? dah penat I jadi guard klinik ni taw." Suara rungutan manja Amira membuatkan Iqbal teringat sesuatu. Secepat kilat dia berlari keluar meninggalkan cc.
"Owaite. Japg I sampai." talian dimatikan. Enjin kereta dihidupkan. dalam masa tak sampai seminit, Perodua kenari milik Iqbal telah tiba di hadapan klinik. Muka muncung dan masam Amira dilihat sekilas. Dalam masam, Amira tetap masuk ke dalam kereta. Masih duduk di seat sebelah pemandu. Sebelah Iqballah tu.
" Mir, cuba senyum sikit. Ni sape ajar ni, buat muka masam je.." Lembut Iqbal menegur. Amira ni, kalau kena dengan caranya cepat je lembut.
" Apa ajar2? Penat taw I tunggu kat bawah tu. Pastu U boleh plak buat2 lupa kan." Amira masih dengan muka tak berapa puas hati. bengang betul dengan perangai Iqbal ni. kalau aku lambat sikit dia bising, tapi dia, tak pernah nak awal...geramnya...
"Mir, apa yang sampai berkerut-kerut muka tu? I ni busuk ke? dah cukup banyak dah I pakai perfum tadi, tak wangi lagi ke?" Amira menjeling Iqbal di sebelah.
"yela2..you ni kan, Iqbal, mesti nak menang, ada je..yela2..I senyum. You tu bukan tak cukup wangi dah berlebih-lebih wanginya tau." Iqbal tersenyum kambing melihat muka Amira yang masam bertukar manis. Dia terus memandu dan amira di sebelah hanya diam..malas mahu mengganggu pemanduan Iqbal. Namun, Amira pelik apabila Iqbal memandu keluar dari kawasan Nilai menuju ke Sepang.
" Iqbal, you nak bawa I pergi mana ni? tadi kata nak makan2 dekat-dekat jer?" Iqbal tersenyum. Amira mula membuka laci kereta.
" Adalah. You duk diam-diam, nanti dah sampai you tahu lah." Amira masih membelek barang di dalam laci kereta macam kereta tu dia yang punya.
"You ni, Iq, I ni anak dara orang tahu, nanti kalau I hilang, You boleh kena charge culik tahu, sebab bawa lari anak dara orang." Amira buat muka garang. Iqbal tergelak kuat. Lawak jugak Amira ni.
" Takdenya. Takkan lah mama you tu tak percaya I. Hah, Mir, yang you tu, tangan tak boleh duduk diam menggali laci kereta I ni kenapa? Dah, tutup, jangan main. duk diam diam." Amira hanya mengendahkan larangan Iqbal. Iqbal menarik tangan Amira dan lantas menutup laci yang terbuka.
" Mir, jangan degil." Amira tetap berdegil. laci yang ditup Iqbal dibuka semula.
" Mir!" suara Iqbal makin keras. Namun amira langsung tidak berganjak dari perbuatannya.
" Amira Qistina!" Amira terus tersentak. Automatik tangan Amira ditarik. Diam. Amira memang takut dengan Iqbal apabila dia mula memanggil nama penuhnya. Laci hanya dibiarkan terbuka. Iqbal menutup laci yang terbuka tadi. Iqbal diam. Muka serius ditunjukkan. Namun, hanya tuhan yang tahu dalam hati, ketawa meletus. Amira turut diam. Dia memandang terus ke hadapan, tapi di matanya terbayang jeruk nanas kering yang berada dalam laci kereta. Sampaikan semua kereta di jalan kelihatan seperti kepingan nanas di matanya.
" Iqbal.." perlahan suara Amira antara dengar dengan tidak. Iqbal berpaling. MUka masih diseriuskan.
"Kenapa?"
"I nak buka laci tu boleh tak? I nampak jeruk nanas, nak?" sepatah-sepatah Amira berkata. Amira masih takut dengan Iqbal. Muka kesian Amira menyejukkan hati Iqbal.
"Hah, tahu pun takut. Tadi tak boleh diam. You boleh dapat asam tu, tapi, kita dah sampai. lepas ni yer.."Amira mengangguk. Sebaik kereta dipandu memasuki kawasan Alamanda, Amira segera turun tanpa menunggu IQbal. Takut+terasa hati=diam. Iqbal menghampiri Amira yang berdiri di tepi pinru masuk. beberapa orang lelaki yang cuba untuk mengusik Amira membuatkan Iqbal melajukan langkah. Hatinya turut dipaut risau.
"Mir, before kita masuk, I nak you tutp mata." Iqbal terus mengmbil sapu tangn dari dalam poketnya dan mata Amira diikat tanpa menunggu Amira memberi kata setuju.
"Ok. Dah. sekarang ni, bagi I purse you tu, takut nanti ada org ambik pulak. Pastu, ni untuk you." Amira gembira dan senyuman terukir di bibirnya apabila Iqbal meletakkan kepingan nanas jeruk kering di tangannya.
"Thanks, Iq. Sayang you." Iqbal hanya tergelak. pelik betul si Amira ni. benda masam boleh buat dia senyum manis. Iqbal memimpin Amira yang tertutup matanya masuk ke tempat yang dituju.
"Kita dah sampai." Iqbal terus mebuka ikatan pada mata Amira yang masih lagi seronok mengunyah jeruk.
"Iqbal.." Amira ternganga melihat tempat yang dia berada. SushiKing. Memang beberapa hari yang lalu, dia ada menyebut kepada Iqbal untuk memakan sushi. tapi, Iqbal langsung tidak mengendahkan permintaannya ketika lelaki itu keluar.
"Dah. Daripada you ternganga kat depan ni, jom kita masuk. I belanja. Dont worry." Iqbal terus menarik tangan Amira dan Amira yang terpaku hanya mengikut. Masih dalam mode terkejut.
"thanks, IQ. I sayang you sangat-sangat. You're the best ever." Iqbal hanya tersenyum melihat gelagat Amira yang gila sushi mengambil piring berisi makanan jepun yang bergerak itu dari tempatnya.

1 comments:

Siti Mariam Abdullah said...

Salam nadia sayang...still remember me dear? =)