BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 8, 2009

Hembusan Rindu 3

"Amira, malam ni jom ikut aku gi study. Kat library. Ko kan assistant aku..Hahaha..Nak tak?" Rizman memanggil Amira sebaik selepas kelas. Selalunya, Rizman memang menjadi teman librarynya yang setia. Walaupun banyak masanya dihabiskan bersama Iqbal, tapi, Iqbal memang bukan muka library. Kalau bawa mamat tu masuk library memang dia buat stok muka bosan je semedang.
"Boleh gak. Kita study linguistic. Transcribe text yang Mdm bagi tadi, takpun siapkan BMW." Amira menjawab setelah berfikir agak lama.
"Kul 8. Level 1. Law floor." Arahan+kenyataan Rizman. Amira hanya mengangguk. padahal dalam hati, pukul 8.30 baru aku pergi.. makan dulu...haha...Amira dan Rizman berjalan beriringan pulang ke bilik masing2. Memandangkan Mahallah mereka cuma bersebelahan. Amira yang kepenatan terus baring sebaik tudung ditanggal.
" Hello..Assalamualaikum.." Walaupun dalam keadaan separuh bengang separuh penat, telefon tetap dijawab dengan penuh sopan.
"Hah, kat mane tu?" Suara dari hujung talian bertanya.
"Hmm..kat bilik..baru je abis kelas.."
"Hah, turun sekarang. 5 minit.." Amira sudah agak bengang. bukan nya nak kesian kat aku.
"You, i sembahyang n mandi jap. Penat nih." Amira cuba memancing perasaan kesian Iqbal.
"Yelah2. tapi lambat tinggal. tunggu kat klinik." Iqbal terus mematikan telefonnya. Langkah kaki Iqbal diatur mrnuju ke internet cafe. Baik aku tunggu kat sini jap before si kenit tu datang. Memang agak menjadi kebiasaan, kalau dah kata nak mandi, Amira memang akan mengambil masa yang agak lama. sambil bersiul riang, Iqbal melangkah masuk ke cafe cyber. kepalanya bersarang dengan seribu satu rancangan yang ingin dibuatnya bersama Amira. Game cs dibuka. Guns and pistol yang saling berbalas tembakan berfungsi setelah beberapa butang kekunci ditekan. Iqbal terjun ke dunia sendiri. Amira ke mana, Plan ke mana.

Amira melangkah turun ke klinik. melabuhkan punggungnya ke bangku yang tersedia di tepi. pandangannya ditala ke arah masjid dihadapan, kejap2 berpindah ke arah pondok mak guard. mak guard cantik la. hatinya menggumam. serentak matanya memandang ke seluruh tubuh. menjamah t- shirt lengan panjang kuning separas punggung yang dikenakan bersama tudung putih dan slack. hmm...okey-okey.. lepas lah mak guard ni kalau nak masuk lambat pun karang. Amira kembali duduk. penat dan bosan menunggu kelibat Iqbal, temannya yang satu itu mendesak Amira untuk terus menelefon Iqbal. Nama Iqbal dicari dari list telefon.


0 comments: