BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

HAPPY NEW YEAR 2012!!!!!

Welcome 2012!!! Hahaha..list kat bawah ni list resolution baru untuk tahun ni..the more REALISTIC ones..haha..

Last Year's Reacord (2011) ~ UNFULFILLED~~ (Dush..lain kali buat yg betul sket..)

So, Here there are!!!! Presenting.......NEW YEAR RESOLUTION 2012!!!!!!!!!!

1. Buy a Hard Disk.
Yang ni senang sket n realistic sket untuk dicapai. Ingat Fatin Nadiah, sila allocate a few hundreds for the HARD DISK okeyh..haha

2. Vacation with FRIENDS
Tempat target: Sabah, Langkawi, or mana2 je dalam Malaysia. Tahap kesulitan: Sukar. Sebab susah nak dapat permission mama+abah. Saya kan budak baik..hahahhaha

3. Get an A in any Core Courses.
Wuhuuu..sila stress sebelum dapat tunaikan yang ni..anda cuma ada setaun..hahaha..sila bermula SEKARANG..(goyang-goyang kepala..EXAM MODE!!)

4. Finish Writing first Novel. (blog)
Dah bertahun biar terkepam berulat bersawang blog tu, apa kata this year kita habiskan..haha..sementara tengah study lagi..lala

5. Watch a theatre.
Ni memang dah niat ni nak tengok theatre..dah penah tengok..tapi saja nak tengok lagi..(fikir theatre apa yang best tahun ni..n start menabung!!!)

6. Be Matured.
OOPppps...jadi matang sket..yang ni tataw nak ukur cmne..haha..malu..KBAI..

7. Makan Tutti Frutti and Ice Room dengan ......... (Dia belanja)
Errk...sapekah??? haha..surprise...kalau dapat la..possible tapi tatau dapat ke tidak..banyak halangan yang mendatang..ceh, ayat tak tahan..

8. Read a novel (any title) in a day.
Ni memang pernah buat, tapi nak try lagi sekali..yang macam dengan cepat dan pantas..

9. Get a BOYFRIEND..(dush..)
Ni paling susah..hahaha..jangan berangan please..calon abang ipar pun tade lagi..hahahha...Fatin Nadzirah, sorry..lalalalala (muka tak bersalah)

10. ......................................................................................(can't be stated)





nota: berjuang untuk apa yang kita impikan.. tapi banyak benda yang kadang2 di luar kawalan..resolution no 10..xbleh sebut kat sini..tapi it is a MUST..harap kau mengerti...

Thursday, December 29, 2011

I'm S.I.N.G.L.E

Nota: Post ini memerlukan anda semua untuk meneliti balik korang readers punya relationship status kat FB. (just joking..hahahha.)

Current mode: Gila sebab banyak sangat baca pasal transcendentalism and Realism. Semua pun aku dah nampak macam muka Walt Whitman ngan Mark Twain je.

Current lepak place: Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM

Jauh dari alam IIUM yang aku syangi, cintai, (Sarkastik), aku tiba-tiba boleh plak terfikir nak buat post gaya ala-ala macam ni.

Okeyh my dear readers, kenapa aku pilih tajuk yang gaya macam ni? sebab aku masih single and available and aku rasa mungkin dah sampai masa untuk aku fikir pasal benda2 macam ni. (i'm 21). Aku pernah sebelum-sebelum ni kuarkan ayat kat guy friends and girl friends aku pasal nak cari boyfriend la konon-kononnya..tapi banyak reaksi berbeza yang aku dapat.

Situasi 1 (tengah lepak ngan abang aku kat depan CC orange)

Aku: You, carikan I boyfren sorang. bosan dah single ni.
Aish: Buat apa nak ada boyfren. Nad, i nak cakap benda betul ni, lagi senang lagi best hidup single. Dah, jangan nak ngade2.

Situasi 2 (tengah duk makan kat EVOKE ngan Faiz n Wawa Sekoncit)

Aku: Faiz, carikan akak boyfren sorang.
Faiz: Akak nak yang macam mana? (Sambil sebut a few names.)
Aku: Alaa..taknaklah. (Sambil reject a few names.)
Wawa: Taste fatin ni yang macam 'orang tu'. (sambil sebut nama orang tu)
Aku: (hanya mampu gelak je)

Situasi 3 (tengah duduk lepak tggu kelas kat ECONS cafe)

Aku: Haha..aku rasa nak ada boyfren la. Carikan aku sorang.
Kau: Tu abang cafe tu. Kaya.
Aku: (tarik muka) Ceh, bkn nak sokong aku.
Kau: Nak sokong ape, benda macam tu. Belaja pun tak habis lagi dah nak ada boyfren. Belaja dulu bagi abes.
Aku: (dalam hati)'dah gaya macam mama aku pulak dah' hadoi..



CONCLUSION:

Ada orang kata hidup single tu senang, tapi kadang-kadang ada boyfren pun best jugak. Bagi orang single macam aku, redha je lah apa-apa pun. jangan sampai jadi anak dara tua sudah..huhuhu (aku sdang merepek)



Notakaki: Waiting for Jodoh dari Tuhan. Waiting for the one. Waiting for him to come and find me. Untuk dia: 'walau kat mana awak berada, mungkin sy tak jumpa awak lagi, lengkapkanlah diri awak untuk jadi yang terbaik untuk saya, because i'm doing that. I'm learning to be someone good for u.'

Saturday, December 24, 2011

Lelaki dan Baju Melayu

p/s: untuk semua readers/followers sekalian, entry ni hanya sekadar dari pemerhatian aku. TQ

Mood sekarang: thoughtless.
Situasi: Dalam kebisingan cafe sebab semua orang tengah makan sambil tengok TV sembang-sembang.

Aku dah lama simpan pendam entry ni dalam laptop aku. Buat pekasam. Hari ni baru sempat nak post entry ni.


Pernah tak korang readers semua tengok lelaki pakai baju melayu kat mana-mana la pun, pastu korang rasa cair terus bila dia senyum. padahal hari-hari sebelum ni korang tak pernah pandang pun dorang sebab dorang belum cukup hensem dalam kamus hensem korang? (soalan untuk difikirkan). Hah! aku tau korang mesti pernah kan? kalau tak semua pun mesti akan ada jugaklah spesis perempuan macam aku ni, unless kalau korang dah kawen la.

Aku memang mengaku la yang aku memang akan cair tengok kaum Adam ni pakai baju melayu. Muka tak hensem macam mana pun, bila dorang pakai baju melayu nampak macam Sweet je. Macam..kat bawah ni haa..



Nampak tak betapa hensemnya budak tu dalam baju melayu??? Hensem kan???!! Aku terfikir nak tulis entry ni pun sebab tu lah, sebab satu hari, aku pergi lah nak hantar assignment konon2, hari jumaat. tau jelah kan, aku ni manusia yang tak ada kelas hari jumaat. Lalulah aku kat Centre tu, fuh, hari jumaat ramailah lelaki/jejaka yang berpusu pusu nak pergi solat jumaat. Mak aih, terus aku rasa, aku perlu balik, sebab kalau lelama aku kat situ, mau aku terus cair melelh-leleh. Silap-silap kalau dorg datang mintak pinjam seploh ringgit pun aku men bagi je..hahahaha..(ini mmg da exaggerate ni).

Selepas aku buat pemerhatian dan sumbangan minda selama beberapa hari, aku jumpe satu je jawapan.

The answer is.....

Ibarat perempuan yang nampak ayu berbaju kurung macam tulah bila lelaki berbaju melayu. Dorang sangat jarang pakai baju melayu, bila dorang pakai sekali terus nampak lain n hensem. samalah kalau kita gurls, jarang pakai baju kurung, sekali pakai, terus lelaki cair.

End of the post..

nota: ni kakak aku punye hipotesis, "tp sbb kita ni kat UIA, semua ladies pun pakai baju kurung hari2 gi kelas, makanya, kalau pakai baju kurung nampak biasa je. lainlah kalau lelaki, jarang dorang pakai baju melayu."

Monday, December 5, 2011

JARAK CINTA

Nota: Setelah sekian agak lama blog ni bersawang tanpa entry..(jgn slhkan aku, slhkan wireless connection kat bilik aku yg tak bg aku access) akhirnya dpt gak aku update blog ni..jgnlah ada labah2 bertenggek buat sarang plak kat sini.

okey, kawan-kawan, aku tataw sebenarnya nak tulis pasal apa, sbb byk sgt dah tajuk yang terfikir kat kepala otak aku ni, tapi satu la yang agak menarik n membebankn kepala. pasal jarak cinta.

pernah tak terfikir kat kepala otak korang readers emua yang genius ni, tentang berapa jauhkah jarak cinta? berapa jarak yang betul untuk kita rasa suka kat orang, or untuk orang sedar kewujudan kita? korang rasa berapa? Roomate aku kata, 50 meter. Tapi aku pun terfikit gak betul ke jarak cinta ni guna meter. huhuhu..

okeyh, backspace jap, rewind balik. Kenapa aku tiba-tiba terfikir nak tulis tajuk ni? sebab hari tu aku tengok telemovie Kekasih Awal dan Akhir yang Aaron Aziz berlakon tu. Ada satu scene dalam ni yg buat aku terfikir tentang berapa jauh jarak untuk orang sedar kewujudan kita dalam hidup dorang.(mksud dorang ni=lelaki). Yelah kan, kalau jauh sangat, sah-sahlah kalau ikutkan logik akal waras fikiran manusia, takkan ternampak kan. Tapi kalau dekat sangat pun belum tentu dia nampak jugak kan. Susah-susah. Lelaki ni memang ditakdirkan buta kalau bab-bab macam ni ke apa?

Ni part sekadar luahan isi hati:

Kenapa dorang mesti pergi cari yang jauh dengan dorang jugak ? kenapa dorang tak pernah nampak orang yang ada dekat ngan dorang sentiasa? Yang selalu ada masa susah senang dorang. Yang selalu dengan dorang, yang selalu setia je dengar segala keluh kesah dorang. Kenapa mesti dorang pergi cari orang yang jauh, yang dorang tak pernah pun rasa susah dengan?




Akhirul entry: aku rasa lelaki ni memang dilahirkan buta dan tak berapa nampak. Dorang memang takde instinct untuk faham dan sedar apa yang dorang ada. Dorang suka dapatkan apa yang dorang rasa susah nak dapat tanpa dorang sedar benda yang ada depan mata. Betullah kata orang, kuman di seberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Untuk lelaki2, berfikirlah dan renungilah, korang nak gajah yang ada depan mata ke, korang nak jugak cari kuman kat seberang laut tu yang kadang-kadang bawak lebih byk keburukan untuk korang..kuman kan, sah-sahlah tak sihat..lala

Tuesday, October 25, 2011

wow! sweetnya

Okeyh dearest, ini adalah entry gila tataw pape yang aku tulis mengarut masa tengah hujan lebat smbil tunggu kelas Lit Crit.

Cara-cara to be sweet to seorang gadis. (Okeh, ridiculous kan, aku pun tataw nape aku tulis nih..)

1. masa die tgah stress, call her and ajak dia makan aiskrim and buy her a piece of cake. (Blackforest Cheesecake should be okey..hee)



2. Tgah hujan lebat and she's waiting for the rain to stop. Pergi jumpa dia and offer yourself to send her. (dia akn terharu n die takkan tolak)

3. Wish her Good Night every night and Good Morning every morning. (in 3 or 4 different languages)

4. Ask her, what she wants for her birthday and try to fulfill them. (Selalunya dia mesti akn ada wishlist.) hehe

5. Appreciate her for every little thing that she has done for you. Even if it's a very simple thing that everyone else will do too. (at least with a thanx)



nota: aku tataw ape yg aku tgah fikir. so, cut the crap. ini post merapu. sila abaikan. tq.

Sunday, October 23, 2011

The Missing Piece

I look through the window

The sky is crying

The sun is hiding

I know I may not worth much

For you to wipe my tears

To jump for my cheers

I sit on the bench

Browsing all my contacts

For you that I no longer text

I need a shoulder to cry on

But now I know,

To get the back, even I can’t

I cry and cry and cry

For I know that my tears will never stopped

So long, I can’t find the missing piece.

The missing piece,

21st October 2011,2045

Mahallah Asiah, IIUM

Sunday, October 16, 2011

Akhirnya~~

Salam untuk semua. Akhirnya, bernafas kembali. Setelah berbulan-bulan penat n stress nak menyiapkan semua kerja-kerja dan projek yang tertangguh. Ditambah dengan kekurangan masa dan kesukaran mendapatkan talian internet. Akhirnya, berjaya juga mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog yang dah bersarang labah-labah ni.

Entry pertama setelah berbulan-bulan, update tentang aktiviti tuan punya blog. Macam-macam program, akhirnya, berakhir jugak komitmen dengan CONVEST 2011 sebaik berakhirnya Islamic Performance Night 2011 (IPN) di CAC ahad lepas. Lega, dan rasa nak rehat. Walaupun masih ada kerja yang menuntut perhatian. Projek Masih Ada Yang Sayang masih memerlukan tuntutan perhatian head project nya (which is diri sendiri), banyak lagi yang perlu dibetulkan dan dikemaskan. Proposal dan report semua program masih ada yang perlu disemak dan disiapkan. Dengan proposal AGM dan jugak 20th anniversary celebration yang tertangguh. Owh, da best part n agak mengecewakan, dress untuk AGCD belum pun aku tengok atau survey lagi. Tak tahu la bila. Dengan new intake yang nak kena attend, memang agaknya aku pakai je any of my baju kurung collection malam dinner tu nanti. sedihnya.

Dan masalah hati dan perasaan. 1/10 hati dah kat orang lain. Masalah. Kena lari dari masalah. Tak kira lagi dengan masalah society yang berlambak-lambak sampai berjangkit ke masalah hati dan perasaan jugak. Susahnya bila kita aje yang asyik kena paham and belajar untuk understand orang lain tapi dorang tak buat macam tu pun. Penat.


Lastly, tataw bila lagi boleh update blog ni, sekarang nak kena pergi letak satu entry kat sengalness penyetian, my beloved theodore. hmm...k lah, smpai entry seterusnya, harapnya takdelah kena tunggu berbulan bulan..

nota: Masuk 1st class untuk basic counseling skills, aku buat colour personality test..OMG, aku punye result, biru dah makin meningkat n my orange dah makin menurun. What should I do?

Tuesday, July 5, 2011

~KETERABURAN HIDUP, KETIDAKPUASAN HATI~

Entry ini sengaja diletakkan disini. Untuk renungan bersama. Owh, juga untuk meluahkan rasa hati. Huish, seriously ini sudah tahap bengang yang tak terkata. Entry ini bukan mengumpat. Tapi untuk menyedarkan insan yang tertentu yang diharapkan membaca. Atau perlu ke saya linkkan enry ini ke facebook supaya semua orang baca?? Akan difikirkan.

Hujung short semester. Dengan segala kerja melambak-lambak, segala proposal yang perlu disiapkan n makin menemui datelinenya. Dengan kerja2 CONVEST 11 yang juga menuntut masa. Club profile dan projek MAYS..(rasa bagai dihantui oleh adik2~bak kata Waheeda Hashim), juga 20th anniversary celebration yg sampai ke hari ini proposalnya masih belum lengkap2. Ini memang sudah cukup menunjukkan betapa teraburnya hidup tambah pulak dengan segala macam masalah dalaman diri sendiri yang buat rasa nak hantuk kepala ke dinding. Dengan nak kena pindah biliknya lagi. Haish. Memang tak tau la nak ckp ape dah..huhuhu

hujung minggu ni, ada prog lagi. Kem Motivasi UPSR di SK Pusat Bandar Puchong (2). Juga ada satu lagi program yang rasanya menuntut aku melihat2, Prog motivasi di Bukit Cerakah. Langsung aku tidak kisah. Sebb ini memang tanggungjawab. Yelah, bila sanggup memegang tugas dalam persatuan, memang inilah tuntutannya. Tapi yang memang menyakitkan hatinya adalah, bila kita diberitahu tentang sesuatu prog lambat, sudahlah lambat, bermacam2 benda yang belum setel patut disetelka. Dengan transportnya, dengan LIDVnya, memang agak mencabar kesabaran. Lagi2 bila melihat tentatif dan mengetahui bahawa berlaku kecuaian dari pihak insan yang menguruskanya pada awalnya. Lagi2 bila insan tersebut hanya tahu melepas tangan dan masih cuba menegakkan benang yang basah. Geramnya. Bila aku sudah menyelesaikan satu hal, cuba nak membantu yang lain, katanya, takpe, dah setel. Tapi bila aku tbe2 ada pulaka insan yg kol aku tanya masalah nak check in lidv. Memang la aku geram dan marah. Sangat. Kenapa aku pulak yg dijadikan sumber rujukan sedangkan korg memang tak perlukan bantuan dari awal. Ini aku sudah dalam mode tidak boleh tahan sabar.

kepada insan2 berkaitan, tolonglah. Janganlah harapkan kami untuk selesaikan semua masalah. Tolonglah tunjukkan tahap tanggungjawab dan concern anda juga. bukan setakat tahu mengata dan mengarah sahaja. Bila kami bersuara ada saja yang membangkang., tapi, langsung tade rasa nak ambik berat.

Monday, May 23, 2011

CANTIK DIRIKU..

Menulis lagi tentang cantik. Banyak entry yang lepas aku dah berbicara soal cantik. Soal cantik pada pandangan lelaki. Tapi kali ini, aku mencari cantik pada pandangan manusia. Cantik yang bukan fizikal. Tapi cantik yang dalaman. Cantik yang kita tahu untuk menilai bahawa itu adalah sebutir permata, sebutir intan, bukan sekadar kaca yang bakal pecah bila-bila masa.

Entry ini permulaanya cantik, sebab aku menilai cantik pada sisi pandangan aku sendiri. Tapi nanti ia bakal membawa kepada cantik dan kekuatan dalaman. Kerna pada aku, cantik itu bila kita punya characteristic yang disenangi, kita punya peribadi, kita punya keyakinan dan kita punya kekuatan dalaman. Kuat dalam melawan segala anasir yang datang dari kiri kanan depan belakang.

Aku tahu aku tidak cantik. Sebab aku tidak punya kekuatan diri itu. Aku mungkin punya keyakinan, yakin pada diri sendiri, tapi aku tetap punya ketakutan. Sebab aku tahu, aku tidak sempurna. Sebab aku tahu aku tidak kuat. Tidak kuat untuk menampung segala cabaran yang datang dari segenap sudut.

Sungguh, aku mecari kekuatan itu. Untuk mencantikkan diri. Aku tahu mana nak dicari. Pada keyakinan yang aku ada. Pada doa yang aku pohon. Pada teman-teman yang menyokong. Mereka kekuatan aku. Mereka botox yang aku suntik untuk menambahkan kecantikkan ku. Mereka yang merubah aku untuk yakin pada apa yang aku lakukan. Tanpa aku perlu merasa sedikit pun bimbang atau khuatir. Mereka yang sentiasa menyokong aku kiri dan kanan. Mereka yang sentiasa mempercayai aku walau apapun yang aku lakukan. Mereka teman yang sentisa tahu kegusaran hati ini. Yang sentiasa bersedia untuk membantu walau apapun yang aku lemah. Mereka yang menutup kelemahanku sampai aku kelihatan cukup sempurna. Sempurna pada pandangan mata orang yang melihat. Padahal hakikatnya, aku langsung tidak punya apaapa, aku Cuma punya teman-teman yang kuat. Kuat untuk menjadi tunggak kekuatan aku. Kuat yang cukup untuk menyalurkan segala yang aku perlu. Semangat yang kental.

Nota: entry ini untuk teman-teman yang sentiasa di belakangku. Untuk teman yang tidak pernah untuk berkata tidak pada setiap mohon bantuanku. Lantas, aku pasti mereka juga perlukan aku utnuk perkara yang sama.

Ini tentang Challenges~

Ini tentang cabaran. Entry ini tentang cabaran, tentang challenge. Tentang erti hidup. Hidup ini penuh cabaran. Apa pun yang kita buat, kita sentiasa berdepan dengan cabaran. Owh, cabaran tu bukan sahaja dengan hidup kita, tapi dalam kerja, dalam belajar.

Penat? Tak perlu kata apa-apa, penat berdepan dengan cabaran. Memang selalu. Tapi bergantung pada kita sama ada kita sanggup berdepan dengannya atau tidak. Kalau hujung hidup ini satu perhentian yang pasti, perjalanannya adalah cabaran. Cabaran yang bukan sedikit tapi tak terkira banyaknya.

Ini satu lagi cabaran. Mencabar diri sendiri. Sama ada mampu atau tidak. Kalau tak mampu baik lepaskan. Tapi serasanya kita mampu untuk melakukannya. Ya, penat, tapi tetap tak berhenti bekerja. Sehingga penat itu bukan sahaja tidak hilang, tapi langsung tak terkesan lagi pada diri.

Bila penat, bila rasa tercabar, mulalah rasa tak senang dengan diri sendiri. Rasa malas mahu melakukan apa sahaja. Jadi, segala yang dah dibuat langsung tak menjadi apa-apa. Ditinggalkan tanpa rasa belas.

Tapi cabaran itu, penat itu bakal ada hasilnya. Cuma yang penting, percaya dan yakin pada diri. Bila kita percaya pada diri kita, percaya pada orang lain, maka kita pasti boleh untuk melakukannya. Pasti cabaran itu bukan lagi penghalang pada kejayaan kita di masa hadapan.

Nota: entry ini sekadar penyedap rasa, penyedap hati untuk terus Berjaya maju selangkah lagi kehadapan. Pedulikan sekeliling kerana mereka langsung tidak pernah faham tentang apa yang kita rasakan dan kita lalui. Orang hanya boleh bercakap, tapi yang menanggungnya diri kita sendiri.

Saturday, May 14, 2011

BLACK DOT

Sudah lama tidak menulis, sudah lama tidak mencoret apa-apa pada permukaan kosong blog ini. Langsung tiada tinta. Tiada idea sebenarnya. Zaman moden, mana lagi diperlukan dakwat untuk mengukir bait2 perkataan. Yang perlu ada Cuma tenaga kekuatan jari jemari untuk menekan butang2 pada papan kekunci laptop. Meninggalkan ayat2 canggih pada muka putih Microsoft Word.

Ini sekadar perkongsian ikhlas. Entry ini mungkin kedengaran atau kelihatan sedikit formal. Agak formal berbanding entry entry terdahulu yang nampaknya terlebih santai. Ini bukan sesuatu yang serius. Tapi memerlukan pemahaman. Memerlukan ketajaman minda, kesediaan fikiran untuk merenung diri sendiri. Entry ini sekadar perkongsian pengalaman, perkongsian pendapat dan kelapangan untuk ilmu. (Sekadar mencuba gaya baru penulisan blog.)

Hari ini, agak sedih. Mood dalam keadaan yang agak kurang menentu. Lantaran sesuatu yang mengguris hati. Mencari seseorang untuk berkongsi cerita. Cuma satu yang dikatakan olehnya, "Macam modul yang kita buat tu, Orang akan nampak titik hitam tu lebih dari putih yang ada pada kertas tu. Walaupun mungkin titik hitam itu Cuma satu." Benar. Kembali aku merenung diri, mengingat modul Black Dot yang selalu kami jalankan untuk adik-adik. Modul itu bukan sekadar untuk adik-adik mencuba, tetapi juga untuk motivasikan diri sendiri. Khilafku disitu. Sebab terlalu reactive mungkin. Tapi betullah, setiap kali pun, kita akan mengira pandangan orang lain, pandangan orang lain tentang sisi kita yang lebih kelihatan. Itulah manusia. Menilai orang melalui sedikit kesilapan, tapi bukan melihat orang dari sisi baiknya. Seperti titik hitam di atas permukaan sehelai kertas putih yang lebih jelas kelihatan, dan yang pertama disedari oleh si yang melihat, begitulah jua manusia menilai manusia yang lain. Menilai pada kekurangannya, menilai pada khilafnya, menilai pada silapnya. Bukan melihat sumbangannya, bukan melihat jasa baiknya. Aku mengerti itu.

Harus aku hindarkan rasa itu, kerna rasa itu hadir kala diri sedang dalam api amarah. Kegeraman yang bercampur baur dengan kekeciwaan. Kerana hati mengharap kefahaman orang lain, kerana diri berharap agar tidak dipersalahkn. Tapi itulah manusia. Aku seolah dinilai hanya dengan satu refusal. Tapi langsung apa yang aku korbankan selama ini tidak dihargai. Bukan mengharap penghargaan. Tapi cukuplah sekadar tidak mencari salahnya aku yang sedikit itu.

Letakkan diri dalam kasut aku. Pasti kamu akan faham maksudku ini.


 

Mode: Mengajar diri menjadi lebih kuat, dalam proses mematangkan diri dengan kerenah manusia. Mendidik hati agar tidak cepat tersentuh dengan dugaan keliling yang semakin hari semakin mendesak. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Amin.

Thursday, April 21, 2011

this is not a joke. this is how a girl in depression should be treated..lala~

This post is a copy and paste post from my private blog. so, enjoy. this' the tips..


I'm in STRESS..yesterday..not today..erk..adalah sikit kot..owh, this is just a way of turning out ur stress into something sweeter..owh, my God..okeyh, tell me if i'm wrong..

This is again about me..sbb even me myself yg mengalaminya..owh, it is all becoz of the after-semantic effect. it's so stressful..enough to make my day miserable..huwaa...these are just the tips..untuk those guys who want to cheer girls around the,..and then, just for fun..bila a girl stress..this is the thing they want the most..and the symptoms too..

  • when in problem, a girl will always be in stress. and then they tend to cry and meluahkan kat org yg they feel comfortable with..so, just lend ur shoulders for her to cry on. or at least ur ear to listen to what they wanna tell u..even it may be boring..(at least reply msg in a tone that can calm her down.)
  • bila stress, a girl akan rasa mcam nak pergi sumwhere yg tade org and nak menjerit kuat2..or at least duduk diam2 and said nothing..but believe me, they really need sum1 with her..so, what u have to do is, sila bawa dia n temankan dia ke a place that can calm her down..
  • a girl in stress pon akan suka sangat untuk buat window shopping.. it's called retail therapy. so, sila bawa dia n temankan. be a good adviser. u dont really have to pay for whatever she bought..cukup stakat temankan n tolong dia buat pilihan..
  • Bila stress a girl akan jadi terlebih emo. and please dont ever make her pissed off..sebab itu akan buat dorg lagi2 bertamabh emo n cepat marah. so, anda cuma perlu bear with her. sabar jelah..dont have to do anything but just bersabar je ngn dia..layan je emo die..jgan marah2..nanti bleh bertamabh tunggang terbalik dunia..this is the time yg u have to really understand her.
  • Bila stress jugak, a girl akan jadi lebih kuat makan..semua akan rasa nak makan..this is just the thing yg u have to do..just bawak dia pegi makan apa yg dia rase nak makan..owh, itu akan sangat membantu..n dia akan sangat2 berterima kasih..she would even love u more..
  • Bawak si dia makan ice cream. sbb ice cream is always the biggest comfort..thanks to mr. zookeeper sbb bwk sy mkn eskrem semalam..the sundae worth everything..thanx..sbb tu aku syg ko lebih..hahahah

  • Owh, one more thing, belikan dia chocolates. and masa dia tengah menikmati chocs tu, dont u ever dare to touch it,..kalo tak boleh angin satu badan..
  • this is the food yg akan menggemukkan tapi bila stress, a girl will never care about menggemukkan atau tak..C.A.K.E.S. just bawa dia makan cake. jangan cakap pasal harga cake. sbb she will never care about it..
  • So, kesimpulannya, bila a girl under stress, sila lah iyakan je apa yang dia cakap. sebb that's all she need. a comfort from the one she most comfortable with..

nota: for all my beloved friends that i feel comfortable with, this is the trick to calm me down, so i'll be happy all day long..hahahhahaha..

Thursday, April 7, 2011

Exam MOOD~~

Tak tahu lah kot ni memang benda biasa yang sume org yg tgah exam akan rasa atau dah rasa. Rasa bercampur baur.

1. Rasa cuak nak exam.

2. Bila dah tegok CAM mula la rasa macam dah malas nak study sebab dah down sangat2. Sebab da tak tahu dah nak cakap apa rasa bodoh n sangat teruk. Mula terbayang2 dah fail da paper tu.

3. Mula rasa nak stay up tak pasal2..

4. Pantang jumpa games atau cite movie pape, rasa nak tengok je, sebab dah stress sgat baca buku.

5. Mula rasa nak makan macam2 n asek nak nanges je. sume sebab stress..

so, kesimpulannya, memang la time exam ni stressful nak mati..So guys, GUDLUCK. Aku dah stress, so, selamat stress bersama2..EXAM MODE..~~

MY EXAM TIMETABLE~~

next paper: ELIT (7 Apr/ 9.am- Banquet)
SEMANTIC (11 Apr/ 9 am- Banquet)
GA (11 Apr/ 3. pm- Banquet)
SOCIOLINGUISTIC (14 Apr/ 9.am- Banquet)

Wednesday, March 30, 2011

D.E.C.I.S.I.O.N

location: nowhere!

sudah lama tidak menjenguk kesini. andai hampir sebulan itu bole dikira lama. owh, agak lama juga sebenarnya. Merindui penulisan di blog. sungguh, tapi tidak punya cukup masa untuk menggodek jiwa mencari mood untuk menulis sesuatu di sini. tapi ini ada satu isu yang dikira agak menarik untuk dikupas.

pernah bertanya pada seorang kawan, kenapa kita tak bleh buat keputusan?
jawapannya, bukan kita tak boleh buat keputusan, cuma sama ada kita takut untuk buat decision tu, atau kita taknak buat dcision tu.

terfikir sesuatu. betul, mcam yang Robert Frost tulis dalam ROAD NOT TAKEN, sebenarnya pilihan tu ditangan kita, sama ada kita nak pilih jalan yang orang ramai lalu atau kita just nak pilih jalan yang rumputnya masih tinggi, yg tak ada orang lalu lagi. tapi sekarang bukan isu nak buat pilihan apa yang kita bincangkan, tapi isu adakah kita mahu membuat keputusan, membuat pilihan. kadang2 kita jugak terfikir yang kita dah buat pilihan, tapi kita takut.. takut untuk menerima akibatnya. kita tak tahu apa yang bakal berlaku, tapi kita boleh agak. jadi cukuplah untuk kita menyedia alasan untuk tidak membuat pilihan. walaupun kita punya hujah yang kukuh untuk memilih. ya, kta sebenarnya bukan tidak boleh membuat keputusan, tapi kita tidak mahu, kerana terlalu memikirkan kesannya yang kita tahu kita tak mampu tanggung, atau kita sebenarnya takut untuk memikirkan bahawa keputusan yang kita buat itu salah. TAKUT UNTUK MENANGGUNG RISIKO. itulah realitinya.

tapi seharusnya juga, kita buang perasaan itu, sebab kita memang ditakdirkan untuk membuat keputusan, apa jua kesannya, apa jua implikasinya, dari keputusan yang kita buat itu, kita harus terima. kerana ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. mungkin bukan baik untuk hari ini, tapi baik untuk hari lain...

Tuesday, March 1, 2011

FORgive and Not FORgetting

Okeyh, kali ni, aku takkan cakap ape yg aku rasa..ye ke??? kalo tercakap nanti, redha je lah ye..Bca dah tajuk entry ni??? basically aku akan cakap pasal normal thing, forgive and forget. Selalunya, org selalu cakap, kita kena forgive and forget, tapi mudah ke kita nak buat..??? Macam tak kan..nampak macam senang tapi sebenarnya susah..Susah sebab kita kena lupakan..anyone can tell me, yg dia boleh lupakan je apa yg berlaku kat hidup dia dengan mudah..?? Yes, time will heal, tapi tetap takkan hilangkan parut tu..Macam kita luka, kena pedang, ibaratnya mcam satu benda yg pahit dan menyakitkan, n then kita letak ubat which is bila kita memaafkan, tapi ubat tu, minyak gamat for example, keringkan luka tu, tapi tetap tinggalkan parut yg hitam. Parut yg susah untuk hilang. N parut tu sama lah dengan kenangan hitam yg kita takleh lupakan. Sumone buat salah kat kita, sum1 sakitkan hati kita, sum1 dah buat kita menanges n sedih, kecik hati..Tibe2 one fine day, dia datang balik dalam hidup kita, ask for forgiveness, n kita maafkan. tapi, adakah kita lupakan apa yg dia buat? atau kenangan pasal benda buruk yg dah menyakitkan hati kita? tak. Kita takkan lupakan. Masih akan lekat kat kepala..

Kenapa aku tiba2 buka isu pasal ni?? adakah sebab aku ni tgah terasa hati or what? atau sebab aku memang takde menda nak cakap tibe2 kuar idea cmni??? "RANDOM" jawapan normal yg akan aku bagi kat bestie aku, wawa. Tapi, kali ni, mungkin bukan jawapan tu aku akan bagi kalau ditanya. Ada sebab. SEBAB?? tanak mention kat sini. Sebb hati aku dah sakit. Aku dah tawar hati. Aku mungkin memaafkan, tapi untuk lupakan? Sory..coz, it's so killing. Aku tak boleh. Give me time, and i'll heal. macam dulu. Owh, btw, aku pandai berpura-pura. I know how to hide what i feel..(yeke?? cam tipu je..at least i try..)

Cakap pasal ni, teringat kat cite abang aku yg sorang tu, dia penah cakap, long time ago, pasal papan n paku. Pasal hati n sakit hati. Hati kita ni, macam papan. Setiap hari, ambik paku, pakukan satu kat papan tu. Pastu lama, kuarkan balik paku tu. Cabut balik. and then lepas tu, tengok apa yang tinggal. Ada lubang kan kat paku tu?? kalau takde pun, at least akan ada juga tanda sikit. Samalah. Hati kita. Kalau ada sum1 datang, and sakitkan. lepas tu, sekian lama, datang mintak maaf, cabut paku kat hati kita, bila kita memaafkan, tapi, still, kesan tu akan rasa. KIta tak melupakan. Paling tidak pun kita akan ingat benda tu sebagai kenangan dalam hidup kita, even mungkin dia akan jadi bahan gelak kita bersama satu hari nanti.


nota: kat hati aku ni, agak2 dah banyak paku..ada yang dicabut, tinggalkan kesa, ada yang dicabut, n then dipaku balik. Ada yang dipaku n tak penah dicabut. MODE: aku yg terasa sendiri. Tawar hati~~

Tuesday, February 22, 2011

mood #1

sakit. geram. not in mood. ignore org sekeliling boleh x???

Monday, February 21, 2011

NTAH~~

Bila rasa itu bertamu
aku ibarat pungguk yg menanti
yang terus melukai hati sndiri
demi kamu dan demi semuanya
perlukah aku terus biarkan hati ini kecewa
kecewa dalam merubat duka sendiri
biarkan kamu bahagia
abaikan aku dari hidupmu
cukup untuk kali ini..


mode: makan hati. sedih. aku cuma berfikir sesuatu yg patot aku fikirkan. tq. fulstopp

Sunday, February 20, 2011

KUCIWA~~

Hari yang mengecewakan..hadoii..hari ni, mcm2 mende jadik n buat hati aku mmg rasa cam sangat keciwa n tanak cakap ngn sape2..huhuhu..salahkan sume org di sekitar..hahahaha..kuciwa sungguh..paling geram, satu kenyataan tentang xtviti yang tak jadi..huwaaa. kemudian, satu kenyataan tentang sesuatu yang membuatkan aku penat dan hampir nak nanges..jauh tu perjalanan nak balik..giler..sume gara2 gate asiah..tanya makcik kat amenah,

"ini arahan pejabat kolej dik."

huwawawawa~ sungguh masa tu aku duk membebel je sepanjang perjalanan dari asiah sampai maryam..huwaa..kuciwa kot..huhuhu..

huh, tanak cakap lagi..aku geram..

nota: kata2 petikan seorang forener time kat pagar asiah, "Before he made it loose, now, he closes it at all.."

Friday, February 18, 2011

Stroll Down Memory Lane~~

Ini adalah sesi merepek meraban untuk menjejak memori silam dan kenangan2 indah dalam hidup aku..kui3..
my sweet 19 besday celeb 2009


my sweet 20 besday celeb


Tahukah anda, apakah persamaan antara kedua2 gambar ini?? ini adalah gambar besday celebration aku untuk dua tahun berturut. Ada sedikit keajaiban n kebetulan pada celebration ini. Kedua-duanya merupakan a surprise party, yang diadakan bu
kan pada tarikh besday aku yg betul yang first tu, satu hari sebelum, oleh kakak2 aku. Yang 2nd tu, sehari selepas besday aku oleh besties aku..apa bezanya antara dua celebration ini adalah, yang pertama, aku dapat kisses n cake n present. yg kedua aku dapat tepung, cake, n present.
Yang bestnya, kedua2 besday celebration untuk dua tahun berturut2, telah diadakan di tempat yang sama dan di meja yang sama. cuma aku je yg duk kusi side l
ain2. sebb tu background gambar lain2..hadoii..ajaib kan?????
besday cake time 19th b
esday
besday cake n menu time 20th besday. cake dah dikerjakan.

Thanks to: Kaklong, Kak usen, Kak syaid, Jan, for the besday party last 2 year. N thanx to Wawa, Aen, Nuar, Aqiel, Rasul for the besday party last year, n for the tepung too..Besday dah lama, gamba baru muncul..sweet tak aku?? hahahahha