CANTIK KE???? (2) Huhu..entry yang lepas aku ada mengetengahkan isu cantik ni. Dan aku jugak dah bertanya kepada beberapa insan yang terpilih tentang makna cantik ni. Pada entry yang lalu, aku just berjaya mengetengahkan hanya dua jawapan. Sebab masa tu aku Cuma berjaya mendapat dua jawapan sahaja dari beberapa respondent. Tapi untuk entry kali ni, aku dah bertanya kepada beberapa respondent lagi. Dan aku telah berjaya mendapat beberapa jawapan. Yang pelbagai, dan mungkin ada persamaan dan perbezaan dengan respondent di entry sbelum ini. Maka, dalam entry kali ini, aku akan menyertakan beberapa hasil yang diperoleh daripada respondents aku. Dan mungkin, lepas ni kita boleh buat conclusion tentang isu cantik ini. Jawapan C(bkn nama sebenar) Aku: Ape definisi cantik pada ko? Ciri-ciri gadis yang cantik? C: ni, belilah produk kosmetik..baru ada ciri2 gurl cantik.haha Aku: Tak menjawab soalan betullah ko ni. Btol-btollah. C: Haha..ni bagi aku la, cantik budi bahasa pun cukup.. Aku: 1 je ciri-ciri nya? C: Kalau aku 1 je cukup..kalau cantik dari semua aspek, kira bonus la..haha.. Jawapan daripada S(bkn nama sebenar):- Aku: Apa definisi cantik? Ape ciri-ciri gurl yang cantik? S: Cantik? Hmm..saya pun tak tau.. x jemu mata memandang mybe.. Aku: Owh. Ok. So, cantik physically la ni. S: Cantik is subjective.. Kereta cantik, tak macam orang cantik..Sy kalo takat orang cantik, perangai buruk watpe. S: Nape ni? Aku: Takde pape lah. S: Ramai orang cantik kat UIA ni..N saya akui n puji kecantikan dorang..tp, kadang-kadang tu, tak jaga aurat, slack la skit.. soalan awak tu subjektif sgat..sy jawab la sesimple yang boleh.. Jawapan dari G(bkn nama sebenar) Aku: Apa definisi cantik? Apa cirri-ciri gadis yang cantik.? G: Entah la..takleh nak cakap. Ada sebabnya. Aku: Knape ye?(masih x berputus asa) I tanya ramai orang, semua dapat bagi jawapan, u sorang je tak dapat bagi jawapan. G: =) Jawapan dari F(bkn nama sebenar) Aku: Apa definisi cantik? Apa ciri-ciri gadis yang cantik? F: Wah, cantik..sejuk n sedap mata memandang oleh mata si pemiliknya..tidak komen, tapi menghargainya dengan penuh rasa syukur.. Aku: Hmm..apa ciri-ciri seorang gadis yang cantik? F: 1. Ayu. 2. Manis, time senyum. 3. Pandai amik hati. 4. Berdikari. 5. Tinggi. –byk lagi ni..kna temu ramah..secara live baru lengkap.. Jadi, inilah antara jawapan-jawapan yang aku dapat dari para respondent aku..owh, aku terlupa plak, salah satu respondent di entry yang lalu, baru memberikan jawapannya. Jawapan N(bkn nama sebenar) N: Sedap mata memandang n baik budi. Inilah antara hasil yang aku dapat dari soalan yang diajukan kepada beberapa respondent. Cuma masih terdapat beberapa orang lagi yang belum memberikan apa-apa jawapan. Aku juga telah bertanya kepada L(bkn nama sebenar). Dan aku masih belum mendapat apa-apa jawapan darinya. Tapi, daripada beberapa jawapan yang aku dah dapat ni, entry lepas dan entry ini, sekurang-kurangnya aku boleh membuat kesimpulan kecil. Menjawab soalan dari entry yang lepas, adakah kita menilai cantik ini dari sudut fizikal, dalaman atau kedua-duanya, dapat saya menyatakan di sini, berdasarkan segala jawapan dan pandangan yang telah berjaya dikumpul, betullah cantik itu sesuatu yang subjektif. Cumanya, seseorang itu mungkin tidak hanya menilai cantik dari sudut luaran, tapi juga dalaman. Seseorang itu mungkin kelihatan sempurna luarannya, tapi pada masa yang sama dia juga harus cantik dalamannya. Dia mungkin mempunyai rupa paras yang biasa, tapi sedap dipandang mata, dan dia juga mempunyai budi pekerti yang baik. Ada orang mungkin kelihatan cantik, gorgeous pada pandangan mata kasar, bakal mempesonakan semua insane yang memandang, tapi sayang, dalamannya tidak secantik luarannya. Justeru, bagi mendefinisikan cantik itu, meletakkan makna pada sebuah kecantikan, menjadikan diri seorang yang cantik, maka seharusnya kecantikan dalaman datang seiring dengan kecantikan luaran. Hipotesis awal aku, (seperti yg tertulis di entry sebelum ini), bahawa being fair dah melengkapkan 50% maksud cantik nampaknya kurang tepat. Mungkin ia betul bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi sesetengah yang lain. Dan berdasarkan jawapn yang diberikan oleh para respondent, cantik itu secara fizikalnya mungkin lebih kepada 'sedap mata memandang'. Cuma yang tinggal, cantik dalaman itu. Walaubagaimanapun, sudah tentu, cantik dalaman itu, bila seseorang itu dinilai dari hati budinya, dan pekerti dirinya. Pesanan kepada wanita-wanita, Sila observe diri anda. Adakah anda cantik? Adakah cantik anda itu dari luaran, atau dalamannya? Sudah cukup cantikkah diri anda? Adakah anda ingin menjadi seorang yang cantik? Atau jika anda sudah sedia cantik, adakah anda ingin menjadi lebih cantik? Jawapannya, terletak pada diri wanita-wanita sekalian. Ingin cantik, jadilah mereka yang cantik dalam dan luarnya, jadilah mereka yang sedap mata memandang juga. Dari sudut lahiriahnya, juga dari tingkah lakunya, juga dari tutur katanya, pembawakan dirinya. Namun,pesanan buat yang sudah berumah tangga, jadilah cantik untuk suamimu. Nota: Bila dah timbul isu cantik ni, buat survey macam ni, tiba2 rasa nak kaji pulak, apakah yang dimaksudkan dengan 'sedap mata memandang'? Apa ciri-ciri sedap mata memandang tu?? Mode ketika menulis: Bahagia blink2..
Penghujung 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment