BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 27, 2010

Kenangan Besday AKU~~

Aku tahu, besday aku dah dua hari lepas..i mean berlalu..tapi baru nak update pasal tu, sbab aku pon rase cm besday aku smlam bukan dua ari lepas..ehh..ntah merepek ape ntah ni..baik.. mari kita renung-renungkan tragedi besday aku ni..sila ambik pengajaran ye semua..=)

alkisah maka tersebutlah kisah
di suatu pagi yang hening (ssudah azan subuh)

bangun pagi gosok gigi
cuci muka dan mandi
mamai-mamai pakai baju
turun bawah trtido lagi
-sila nyanyi ikut lagu kodomo lion-

lgu yg kat atas ni intro je..
tapi kira btullah part yg MAMAI tu..ngee~
sian cik wawa kjutkan aku..hehehe

mmg mata sgat mngtuk..
tak dpat dinafikan..
n masih dlm mode merajuk marah dgn insan2 tertentu
makanya,
"wa, aku tanak ikutlah..taknak kaco korang."
"aten, ko tade tak bestlah..heroin tade..mana boleh."
dah diheret wawa..berjaya lah jugak turun bawah..
tunggu pokcik gemok kat dpn musolla
sampai tertido2 dah..sbb ngantuk sgat..n mmg kalo bleh mls nk gi
walaupun,
"aten, breakfast ni kan aktiviti wajib kita. dah, jangan nak wat muka macam tu. Buruk!"
pastu, sebaik pokcik gemok smpai (merangkap driver tak bertauliah),
masuklah kami kedalam kereta..
aku dah duk belakang smbil mengconquer seluruh seat blkang..(wawa duk dpan)
"aten.." diam.
"aten.." diam lagi
"fatin.." (ni driver tu yg pggil..konon nk pujukla tu.)
"jgan kacau aku, ngantuk nak tidur." trus aku pejam mata.
sebab boikot punye pasal, bantal nightmare yg dua ketul elok atas dashbod aku tgok je..
tanak amek sbb konon nk boikot la..pdhal
selalu kalo nk tidur, bantal tulah yg duk peluk..
sebelum aku melenakan diri dan trus tataw dorg bwk aku lari gi mana..
benda terakhir aku dgar.."sian fatin.."

lepas beberapa ketika..
"aten, kita da sampai." (wawa yg dah pindah duk sebelah aku kjutkan)
"hah?!" mamai-mamai smbil gosok2 mata..
buka pintu smbil tanya, "kita kat mana ni?"
"kat mcd." wawa jawab tanpa rase bersalah.
aku pon turun. betulkan sweater.sumbat phone dlm poket. pgang beg duet.
mcm selalu, akn mengekor je wawa. tgah mamai2 mata tak terbuka,
nampklah aqiel tbe2..tp boleh aku buat bodoh je.
pastu elok aku tutup pintu kereta, jaln 2 3 langkah ke arah wawa,
"Happy Besday Fatin!"
dan dalam sekelip mata aku dah pun bermandi TEPUNG..
huhuhuhuhu..

rupa-rupanya,
inilah adalah plan utk men'prank'kan aku
sengal punye kawan2..
siap bleh main aci cabar2 aku agi tu..
"Bukaklah sweater ko tu."
aku pon,"ingat aku tak berani?"
smbil mnurunkan sikit sweater.(gaya nk buka)
"eh, jangan2!"
tau pon,,padahal aku pon buat2 brani je..hahhaha
sbb aku pkai baby t je kat dlm..hehhe

makanya,
hari itu aku tlah brekfes di mcd dgn keadaan brtepung..
tudung hitam yg aku pkai dah mcm gaya ape je..penuh tepung..
hahahhahah..
malu ngn diri sendiri..
n mereka juga..
merajuk marah ntah ape2..

rupa2nya,
"kitorg mmg plan nk suh ko marah semalam."
"sbb aku tau, kalo ko marah, moody, ko akn jdi pending, blur."
"pastu aku jugak jadi mangsa. aku yg kna wat ko marah."
"sumpah kelakar gile dgar cite wawa semalam."
"wa, ko tanak belanja ice cream ke?"

ceh!, hampes btol..
dah syok2 knakan aku, lagi mau perli2 aku
papepun..aku berterima kasih lah

terharu weyh..
first time aku kna tepung time besday aku
slalu aku knakan org je..

nota: terima kasih untuk best fren2 aku yg terlibat mengenakn aku..kepada kepala besar yg mmg byk idea nk kenakan org, kepada sekoncit yg mmg pkar bab mnjadi dalang menjayakn plan, kepada ikan lumut yg mmg aku tau ada niat nk tgok aku terkena, n aweknya yg sggup korban masa wlaupun ada portfolio day, buat 'pet' yg tolong knakan kereta tuan punya idea. THANK YOU KORANG!

selama ni aku ingat aku je yg ada antena smbung straight kat kepala dorg, rupanya, dorang punya antena yg smbung kat kepala aku lagi kuat signal die..ini je part yg lemah sikit, bila korg ada kawan yg bleh bce korang cam scanner scan buku..huhu..tau je apa aku nk wat..hadoiii..




Monday, October 25, 2010

10 things I really wanna do on my birthday..

10 THINGS I REALLY WANNA DO ON MY BIRTHDAY..=)

  1. Bangun pagi-pagi and dress up gila2 walupun untuk gi kelas je.
  2. Dengar 40 lagu tanpa henti dan buat gaya ala video klip
  3. Pergi kafe or mana2 je la, cari a group of handsome, pendiam guy, and then cakap, " Hi, I'm playing truth and dare and I have to ask for your phone number."
  4. Makan segala jenis makanan yang mulut rasa nak makan.
  5. Tengok 5 movie tanpa henti
  6. Nangis, gelak dan act like org gila dalam bilik sorang2
  7. Buat rumate dan sume kawan2 marah
  8. Beli coklat banyak2 dan makan sorang2 depan kawan2
  9. Off phone untuk satu hari dan pura2 merajuk ngn sume orang
  10. Call orang yg disukai gila2 and cakap, "saya suka awak. Betul2 suka awak. Awak suka saya x???"


 

HAPPY BIRTHDAY little lady..

Wow..Happy Birthday, Sanah Helwah, Selamat Hari Lahir..to myself..lalallalalalla..i'm not a 'teen' anymore..dah habis enjoy the very last seconds of being 19..huhuhu..dah besar lgi setaun..hahahha…what's next? Planning for tomorrow. A birthday girl has to be cheerful, at least on her birthday..lalaallala..

  1. Go and get a cake for urself.
  2. Enjoy the very last classes of this semester
  3. Quote and write something good, and send it to urself
  4. Ice-cream..ice-cream..ice-cream..
  5. Smile all day long..
  6. Wake up early and wish urself HAPPY BIRTHDAY in a very, funny, scary wish..
  7. Say thanx to all ur friends who wish u..
  8. Kiss the first person u see in the morning
  9. Submit all the assignment which u didn't submit yet
  10. Lunch and Dinner with sumthing u never try
  11. Make noise n don't care about your rumate..hahhaha..ju-on…
  12. Enjoy the day of being a 20 years old little lady..lalallalalalla

Sunday, October 24, 2010

10 things I hate about you

10 THINGS I HATE ABOUT YOU

I hate the way you talk to me and the way you cut your hair

I hate the way you drive my car and

I hate it when you stare

I hate your big dumps combat boots and the way you read my mind

I hate you so much for make me sick, not even make me rhyme

I hate the way you always right

I hate it when you lie

I hate it when you make me laugh even most of time you make me cry

I hate it when you are not around and the fact that you didn't call

But mostly

I hate the way I don't hate you, not even close, not even a little bit, not even at all.

Sunday, October 17, 2010

Aku Tak Suka..

Ni antara benda yg aku rase tak suke..tak suka nak ckap, tak suke nak fikir, tapi terfikir gak..boleh tak..tak faham..kdg2 aku tataw knape aku rase cmni..tp aku tersepit..boleh tak org yg kiri kanan tu faham, ape yg aku rase, ape yg aku fikir..kondisi aku..tak faham betul lah..mmg boleh stress..n please, sumtimes, u have to pretend n jadi hipokrit..sbb kan,,nak jaga hati..bukan jaga hati org jugaklah tapi sbb nk gembirakan org, we hve to pretend dat we are happy n nothing bother..stress tak agak2..itu pun still ada org yg tak suke..bleh plak kan, kita dah tolong die, tbe2 die tak suke plak..bleh tak kalo jgn cmpur adukkan ape yg berlaku antara korang ngn orang lain, dlm khidupan aku..huhuuhuu...stres la cmni..aku nk cite kat org tapi takleh, sbb tataw nk cite cmne,. tataw nk mula cmne..

Friday, October 8, 2010

RASA INI

OMG!!! I hate this feeling. Geram nye..tak sukenya dgn rasa yg cmni..penah tak rasa yang macam bahagia gile2 yang akn buat korang senyum sengih je 24/7??? Tapi penah tak rasa lepas tu mcm nak nanges gila2 lepaskn sume rase yg korang ada..gerammnya kan...tak suka tau ngn rsa g cmni..baik tak payah datang kalo dtang juz nak mencacatkan rasa happy je yang tak berapa nak happy tuh..huhuhu..sedih2..tengok..dah rasa sedih balik..die mcm2 kadang2 mood swing tau..mood swing yg tak payah PMS pun bleh dpat..huhuhu...gaya macam rasa tunggang terbalik je kan..msti korg rasa aku ni tak berapa nak centre dah kan..huhu..walaupun asemen berlambak, tp sbb rase bahagia tu tak rasa stress pun, tp sbb rase bahagia tu jugaklah rase cam mlas nk wat sume asemen yg belambak tuh..ntahlah..tak paham lah ngn diri sndiri..duhai rase yg pelik, sila pergi jauh2 dari hidup aku!!!!!!!!!!!..tapi kan wawa kata, "atin, ko juz bahgia dengan rasa bahagia tu.." huhu..tp kan wa, camne aku nak wat..aku tak reti nk ikut ape yg ko cakap..

Tuesday, October 5, 2010

CANTIK KE?? 2

CANTIK KE???? (2)

Huhu..entry yang lepas aku ada mengetengahkan isu cantik ni. Dan aku jugak dah bertanya kepada beberapa insan yang terpilih tentang makna cantik ni. Pada entry yang lalu, aku just berjaya mengetengahkan hanya dua jawapan. Sebab masa tu aku Cuma berjaya mendapat dua jawapan sahaja dari beberapa respondent. Tapi untuk entry kali ni, aku dah bertanya kepada beberapa respondent lagi. Dan aku telah berjaya mendapat beberapa jawapan. Yang pelbagai, dan mungkin ada persamaan dan perbezaan dengan respondent di entry sbelum ini. Maka, dalam entry kali ini, aku akan menyertakan beberapa hasil yang diperoleh daripada respondents aku. Dan mungkin, lepas ni kita boleh buat conclusion tentang isu cantik ini.

Jawapan C(bkn nama sebenar)

Aku: Ape definisi cantik pada ko? Ciri-ciri gadis yang cantik?

C: ni, belilah produk kosmetik..baru ada ciri2 gurl cantik.haha

Aku: Tak menjawab soalan betullah ko ni. Btol-btollah.

C: Haha..ni bagi aku la, cantik budi bahasa pun cukup..

Aku: 1 je ciri-ciri nya?

C: Kalau aku 1 je cukup..kalau cantik dari semua aspek, kira bonus la..haha..

Jawapan daripada S(bkn nama sebenar):-

Aku: Apa definisi cantik? Ape ciri-ciri gurl yang cantik?

S: Cantik? Hmm..saya pun tak tau.. x jemu mata memandang mybe..

Aku: Owh. Ok. So, cantik physically la ni.

S: Cantik is subjective.. Kereta cantik, tak macam orang cantik..Sy kalo takat orang cantik, perangai buruk watpe.

S: Nape ni?

Aku: Takde pape lah.

S: Ramai orang cantik kat UIA ni..N saya akui n puji kecantikan dorang..tp, kadang-kadang tu, tak jaga aurat, slack la skit.. soalan awak tu subjektif sgat..sy jawab la sesimple yang boleh..

Jawapan dari G(bkn nama sebenar)

Aku: Apa definisi cantik? Apa cirri-ciri gadis yang cantik.?

G: Entah la..takleh nak cakap. Ada sebabnya.

Aku: Knape ye?(masih x berputus asa) I tanya ramai orang, semua dapat bagi jawapan, u sorang je tak dapat bagi jawapan.

G: =)

Jawapan dari F(bkn nama sebenar)

Aku: Apa definisi cantik? Apa ciri-ciri gadis yang cantik?

F: Wah, cantik..sejuk n sedap mata memandang oleh mata si pemiliknya..tidak komen, tapi menghargainya dengan penuh rasa syukur..

Aku: Hmm..apa ciri-ciri seorang gadis yang cantik?

F: 1. Ayu. 2. Manis, time senyum. 3. Pandai amik hati. 4. Berdikari. 5. Tinggi. –byk lagi ni..kna temu ramah..secara live baru lengkap..

Jadi, inilah antara jawapan-jawapan yang aku dapat dari para respondent aku..owh, aku terlupa plak, salah satu respondent di entry yang lalu, baru memberikan jawapannya.

Jawapan N(bkn nama sebenar)

N: Sedap mata memandang n baik budi.

Inilah antara hasil yang aku dapat dari soalan yang diajukan kepada beberapa respondent. Cuma masih terdapat beberapa orang lagi yang belum memberikan apa-apa jawapan. Aku juga telah bertanya kepada L(bkn nama sebenar). Dan aku masih belum mendapat apa-apa jawapan darinya.

Tapi, daripada beberapa jawapan yang aku dah dapat ni, entry lepas dan entry ini, sekurang-kurangnya aku boleh membuat kesimpulan kecil. Menjawab soalan dari entry yang lepas, adakah kita menilai cantik ini dari sudut fizikal, dalaman atau kedua-duanya, dapat saya menyatakan di sini, berdasarkan segala jawapan dan pandangan yang telah berjaya dikumpul, betullah cantik itu sesuatu yang subjektif. Cumanya, seseorang itu mungkin tidak hanya menilai cantik dari sudut luaran, tapi juga dalaman. Seseorang itu mungkin kelihatan sempurna luarannya, tapi pada masa yang sama dia juga harus cantik dalamannya. Dia mungkin mempunyai rupa paras yang biasa, tapi sedap dipandang mata, dan dia juga mempunyai budi pekerti yang baik. Ada orang mungkin kelihatan cantik, gorgeous pada pandangan mata kasar, bakal mempesonakan semua insane yang memandang, tapi sayang, dalamannya tidak secantik luarannya. Justeru, bagi mendefinisikan cantik itu, meletakkan makna pada sebuah kecantikan, menjadikan diri seorang yang cantik, maka seharusnya kecantikan dalaman datang seiring dengan kecantikan luaran.

Hipotesis awal aku, (seperti yg tertulis di entry sebelum ini), bahawa being fair dah melengkapkan 50% maksud cantik nampaknya kurang tepat. Mungkin ia betul bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi sesetengah yang lain. Dan berdasarkan jawapn yang diberikan oleh para respondent, cantik itu secara fizikalnya mungkin lebih kepada 'sedap mata memandang'. Cuma yang tinggal, cantik dalaman itu. Walaubagaimanapun, sudah tentu, cantik dalaman itu, bila seseorang itu dinilai dari hati budinya, dan pekerti dirinya.

Pesanan kepada wanita-wanita,

Sila observe diri anda. Adakah anda cantik? Adakah cantik anda itu dari luaran, atau dalamannya? Sudah cukup cantikkah diri anda? Adakah anda ingin menjadi seorang yang cantik? Atau jika anda sudah sedia cantik, adakah anda ingin menjadi lebih cantik?

Jawapannya, terletak pada diri wanita-wanita sekalian. Ingin cantik, jadilah mereka yang cantik dalam dan luarnya, jadilah mereka yang sedap mata memandang juga. Dari sudut lahiriahnya, juga dari tingkah lakunya, juga dari tutur katanya, pembawakan dirinya. Namun,pesanan buat yang sudah berumah tangga, jadilah cantik untuk suamimu.

Nota: Bila dah timbul isu cantik ni, buat survey macam ni, tiba2 rasa nak kaji pulak, apakah yang dimaksudkan dengan 'sedap mata memandang'? Apa ciri-ciri sedap mata memandang tu?? Mode ketika menulis: Bahagia blink2..

CANTIK KE??

CANTIK KE?????

Entry kali ni, maybe macam sedkit pelik. Tapi ini hakikat yang sedang dicari. Cantik? Semua orang akan jawab, cantik tu subjektif. Cantik tu depends pada orang yang melihat. Bila kita cakap pasal cantik, macam macam jawapan yang akan kita terima. 'orang yang fair itu cantik'. 'Cantik tu orang yang hitam manis.' 'Cantik tu macam budak kat depan tu'. Atau mungkin kita akan dengar juga orang cakap 'cantik tu bila dia cantik peribadi'. Tapi, aku pun kadang-kadang anggap cantik tu, bila orang tengok je, sedap mata memandang. Yang bila orang tengok orang akan terus cakap, dia ni cantik. Dan selalunya, orang yang dikata cantik, adalah seorang yang fair. Sebab tu kadang-kadang pada aku, being fair dah melengkapkan 50% definisi cantik pada seorang wanita. Dan aku pun dengan tbe2 nya, berfikir dan mendapat idea untuk bertanya beberapa orang lelaki tentang definisi cantik bagi mereka, juga ciri-ciri seorang gadis yang cantik pada pandangan mereka. Antara insane-insan terpilih adalah, R(bukn nama sebenar), A(bkn nama sbnar) dan N(bukan nama sebenar). Owh lupa, dalam lelaki-lelaki tersebut, aku pun dah bertanya pada seorang gadis, yang pada aku cantik.

Perbualan dengan si gadis:-

Aku: bagi ko cantik tu macam mana?

Gadis: erk..macam…alamak, tade pulak org yg cantik kat sni..(ada beberapa orang perempuan sdang melalui kwsan tersebut)

SMS antara aku dan R(bkn nama sebenar):-

Aku: Apa definisi cantik bagi ko?

R: Cantik tu abstrak..Cantik tu general..Cantik tu tersurat n tersirat..Cantik tu adalah perkataan hasil gabungan huruf C.A.N.T.I.K..

Aku: Alaa..ko ni tak menepati kehendak soalan la. Ciri-ciri seorang pompuan yang cantik?

R: Bg aku..Ramah pada masanya, indah tutur kata, bijak dalam setiap aspek, perilaku yang mempesona..Terjawab x pertanyaan tadi?

Aku: Terjawab. Tapi kalo cantik physically camne plak?

R: Cantik tu tak jelas..tak dapat dilihat cantik tu pada segi fizikal..Kalau ko nampak perempuan cacat, muka terbakar, tp sifat n pekerti yang ada boleh dikatakan sempurna. Cantik tak pompuan tu?

Aku: Cantik..

Ini hasil kajian aku. Malangnya, respondent aku yg lagi dua tu, blum mmberikan apa-apa jawapan pada aku. Dalam masa sekarang aku sedang menunggu jawapan mereka, dan aku juga berkira-kira untuk mencari respondent lain. Menambah pendapat yang aku ada sebelum membuat kesimpulan. Persoalannya, betulke cantik tu orang lihat dari sudut fizikal sahaja, atau dalaman sahaja, atau mungkin kedua-duanya sekali?

Nota: tbe-tbe aku terfikir lagi persoalan yang baru, knape kalo lelaki handsome, hanya dilihat dari satu sudut, tapi perempuan cantik, dilihat dari banyak sudut???