“Abang!” Hana berlari ke gazebo di halaman mendapatkan Ayush.
“Kenapa ni, Hana?”
“Abang tolong Hana ek?” Hana buat muka kesian.
“Yelah. Tolong apa?” Ayush tutup
“Tolong cari idea untuk research topic Hana. Hana kena buat research ni.” Hana sandar kepala pada bahu Ayush.
“Assignment Hana, kenapa abang pulak yang nak kena tolong?” Tapi tangan tetap usap bahu Hana. Adik kesayangan lah katakan.
“Satu, sebab Abang kan abang Hana yang paling baik, pastu, sebab Hana tak ada idea ni. Esok kena hantar topic.” Hana merengek.
“Yelah. Sebab adik manja abang ni sorang je,abang tolong. Hm.. apa ek tajuk yang sesuai?” Ayush buat muka konon-konon berfikir. Hana dah tarik senyum ke telinga.
“Apa abang?” MUka tak sabar.
“Marriage during study? Or about gossiping? Feng Shui?”
“Wah! Hana sayang sangat Abang. Hana mintak satu je, tapi sekali 3 Hana dapat. Sayang abang sangat-sangat.”
“Dah tolong baru nak sayang. Hana, Hana.” Ayush tarik hujung rambut adiknya yang berikat ekor kuda.
“Biar lah. Lainlah kalau Abang bagi Hana kakak ipar, Hana mesti sayang Abang tak kira masa and tempat.” Hana gelak kecil.
“Hana!” Ayush bangun mengejar Hana yang sudah mula bergerak meninggalkan halaman.
“Abang! Lupa. Acu panggil. Thanx for the topics. Luv you, Abang!” Hana menjerit dari jauh sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu. Ayush berhenti mengejar. Langkah kaki diatur kea rah bilik bacaan. Yakin acunya berada di situ.
“Assalamualaikum, Acu.” Ayush duduk di kerusi yang bertentangan dengan Sabrina. Sabrina tutup buku. Wajah melayu anak saudaranya dipandang.
“Acu nak cakap sikit.”
“Apa? Macam serius je? Abang ada buat salah ke Acu?” Sabrina tarik senyum segaris.
“Umur abang berapa?”
“26 setengah.” Lambat-lambat Ayush menjawab. Sabrina masih senyum. Apa kes mak sedara aku yang sorang ni? Tanya soalan pelik-pelik pastu boleh bantai senyum.
“Birthday Abang berapa lama lagi?”
“Sebulan lebih. Kenapa?” Lagi pelik. Ayush telan liur.
“Abang tahu fasal wasiat arwah Daddy dan Mummy Abang?” Ni, soalan extra pelik. Sabrina ambil satu fail dari almari.
“Tahu. Abang kena kahwin before cecah umur 27 tahun. Kalau tak, semua harta Daddy dan Mummy akan jatuh ke tangan Paklang.” Sabrina duduk. Tangan Ayush dipegang.
“Acu tak nak benda tu berlaku. Jadi, abang tahu kan apa yang abang kena buat?” Muka penuh mengharap Acu dipandang. Kahwin? Perkara ke 27 yang aku akan buat. Harta? Langsung tak jadi soal.
“Tapi, Acu. Abang belum sedia.”
“Abang nak harta Daddy diserahkan pada Paklang yang tamak tu?” Muka Paklang Saiful terbayang.
“Abang tak kisah. Dengan kelulusan abang, kerjaya abang, Abang masih boleh tanggung Adik ngan Acu. Kalaupun tak ada harta Daddy.” Ayush pndang lagi muka Sabrina. Dia memiliki firma arkitek sendiri sejak di awal usia 25 tahun. Denagn firma yang semakin membina nama, harta kekayaan Daddynya bukan lagi satu keperluan.
“Memang. Itu Acu tahu. Tapi, abang terlupa, dalam wasiat tu juga kata, Hana kena tinggal bersama keluarga Paklang andai abang gagal melaksanakan syarat. Hana baru 18 tahun, Abang. Abang nak ke Hana tinggal jauh dari Abang? Paklang belum tentu jaga Hana macam Abang dan Acu jaga dia.” Ayush diam. Tak terkata apa. Wajah adik kesayangan terbayang, diselangseli dengan wajah garang Maklang.
“Abang memang kena kahwin jugak ke?” Ayush tanya dengan muka tak bersalah.
“Kalau Abang sayang Hana.” Sabrina kembali sambung kerja. Memberi masa kepada Ayush untuk berfikir.
“InsyaAllah, Acu. Abang keluar dulu.” Ayush keluar. Berjalan menuju ke bilik. Otak ligat berfikir. Sejak sekolah, sehingga tamat belajar, dan sekarang usianya mencecah 27 tahun, Ayush tidak pernah memikirkan soalan kahwin dan perempuan. Dia Cuma mahu membahagiakan Hana, dan Acu. Kalau pun dia mahu berkahwin nanti, dia akan mencari wanita yang boleh menyayangi adiknya seperti dia sayangkan Hana.
0 comments:
Post a Comment