Hahahahaha!!!Riuh rendah satu rumah dengan gelak ketawa 2 orang gadis. Tv yang tadi bersuara tiba-tiba diam.
“KORANG!!!!” Suara satu dari tiga gadis di dalam rumah teres setingkat itu tiba-tiba memecah keriuhan gelak ketawa.
“Kenapa korang ni gelak macam tak cukup tanah hah? Macam kera kena belacan tahu tak?” Ayesha yang bengang dengan gelagat teman-temannya tarik muncung empat belas.
“Okey! Okey! Kitorang tak gelak dah.” Sara dan Fina kulum senyum. Seboleh mungkin menahan diri dari gelak dan ketawa. Tapi akhirnya tawa mereka berdua terburai jugak.
“Sorry, Yang. Kitorang tak dapat tahan gelak lah.”
“Apa masalahnya yang korang gelakkan aku macam nak rak nih? Bengang ah macam ni.” Ayesha pusing badan mengadap TV.
“Tak ada.
“Apa yang lawaknya?”
“Langsung tak masuk bila…” Sara susun kata lambat-lambat. Memberi isyarat supaya Fina menyambung.
“Ayie @Ayesha Nabila tengok cerita cinta.” Fina sambung ayat yang tidak disudahkan Sara.
“Kelakar sangat ke? Lagipun cerita ni tak ada lah jiwang mana sangat pun. Cerita lawak cinta sweet je kot.” Ayesha masih buat muka tak puas hati.
“So not you lah my dear. Kau yang stock kasar plus tak layan cintan cintun pastu kalau boleh 24/7 asyik layan Sidney Sheldon dan Dan Brown, tiba-tiba layan cerita ’30 Hari Mencari Cinta’ yang dah gila lama and dah tak masuk list cerita perlu tonton.” Panjang lebar Sara bercerita.
“Cerita ni dah lama ke? Aku rasa cam baru je. Aku tak pernah tengok and jumpa pun certa ni sebelum ni.” Ayesha buat muka blur. Sara pandang Fina. Fina pandang Sara. Dua-dua tepuk dahi. Tak paham betul dengan makcik ni. Lurus bendul terlampau.
“Memang la kau tak pernah tengok, sebab sebelum ni kau tak pernah ambik port pun ngan cerita-cerita macam ni. Aduh.”
“Owh. Ek?. Argh. Tak kisah ah. Dah jangan kacau aku dah. Aku nak layan cerita nih.” Remote control di atas meja dicapai. Ayesha tekan butang play. Sara ambil tempat atas sofa. Cleo dicapai.
“Sara!.”
“Apa?” Fina dah duduk sebelah Sara.
“Aku tiba-tiba terfikir idea bernas dan MakCik Tipah mesti bangga punya ah dengan kita.” Fina buat blink-blink.
“Aik? Gempak sangat ke idea kau tu? Apa pulak kaitannya dengan MakCik Tipah? Mak Cik Tipah tu bukan mak si Ayie tu ke?” Cleo ditutup kembali. Lama-lama melayan budak berdua ni, memang tahun depan pun belum tentu aku habis baca majalah ni.
“Kita cabar budak Ayie tu cari balak dalam 30 hari. Nak?” Fina perlahankan suara. Takut tuan punya badan yang tengah kusyuk layan cerita kat TV terdengar.
“Macam 30 Hari Mencari Cinta?”
“Yup.”
“Setuju. Mak Cik Tipah bukan sekadar bangga, boleh siap bagi kita hadiah makan free tujuh hari tujuh malam tahu?” Sara dah senyum sampai telinga. Kat kepala dah terbayang muka MakCik Tipah tersenyum bangga sebab anak dia dah ada orang istimewa. Fina dah tercongok depan Ayesha yang tengah tayang muka bengang. Kena kacau lagi.
“Korang ni nak apa sebenarnya ni? Tak puas hati apa dengan aku ni?” Ayesha buat muka konon nak marah.
“Kitorang ada aktiviti menarik hati untuk kau.” Sara senyum kambing.
“Apa dia?”
“Cabaran 30 Hari Mencari Cinta. Kau dah tengok
“Korang ni gila ke apa? Tak ada masa aku nak layan aktiviti kanak-kanak mengarut korang tuh.”
“Kau ni
“Orang cakap apa pasal aku weyh?” Ayesha tak jadi nak sambung tengok cerita.
“Aku dengar ramai orang cakap kau ni tak ada perasaan kat lelaki. Itu okey lagi tahu. Hari tu ada orang cakap kau ni Lesbian.” Fina pasang umpan.
“Sumpah aku tak macam tu. Gila apa kata aku les. Jodh aku je yang tak sampai lagi.”
“Sebab tu lah kitorang buat aktiviti ni. Kalau kau nak buktikan yang kau cakap tu betul, yang sume orang cakap tu tak btul, sahut cabaran kitorang ni. Kitorang cuma nak tolong kau je.” Ayesha diam. Berfikir.
“Okey. Aku setuju.” Sara dan Fina senyum gembira. Gadis dihadapan mereka ni memang pantang dicabar.
“Okey. Deal. So. Start kira tarik sekarang. Kau ada masa 30 hari je untuk cari cinta sejati kau. Okey. Sambunglah tengok cerita kau tu ye., Belajar lah teknik-teknik mencari cinta ya.” Ayesha sambung balik tengok TV. Tanpa ada perasaan.
0 comments:
Post a Comment