BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 10, 2009

Sehelai kertas 1

With the name of Allah, the most gracious and the most merciful...

Hidup ini ibarat padang bola yang luas, dan kita adalah pemain-pemain, bola adalah kehidupan yang dikejar dan dibawa menuju ke tiang goal. Hidup ini adalah satu pentas, dimana kita adalah pelakon-pelakonnya, yang gigih berlatih sketsa kehidupan untuk mencapai satu tujuan. pernahkah kita sama-berfikir, diam untuk sejenak, apakah kehidupan yang kita kecapi hari ini sudah cukup baik untuk kita, atau kita masih punya waktu untuk menampal lohong2 yang wujud..? Hidup ini bukan tentang seorang insan sahaja, tetapi tentang insan itu dan dunia sekelilingnya, yang pada mata kasar kadang2 penuh keindahan dan kadang2 penuh dengan dugaan..tapi ternyata, itulah permainan yang harus kita habiskan sehingga ke minit-minit terkahir.

HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA, BUKAN MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.
-laskar pelangi-

hidup ini tentang saling memberi dan menerima, tentang saling membantu dan menolong, hidup ini juga tentang komunikasi antara insan dengan insan yang lain.memberi bukan maksudnya memberi yang sekadar memberi atau memberi hanya pada nama, tapi memberi maksudnya, memberi dengan penuh keikhlasan, memberi dengan niat untuk memberi bukan untuk mencari popularity. Ramadhan, bulan penuh keberkatan yang kebiasaanya, insan berlumba-lumba untuk saling memberi. bukan untuk mempersoalkan keikhlasan, tetapi perlukah pemberian itu digembar-gemburkan ke seluruh alam, kononnya kita insan paling murah hati yang rela berkongsi harta untuk segenap ummah? Keikhlasan itu datangnya dari hati bukan pada zahir, tetapi penuh rase tanggungjawab yang wujud dari kesedaran.

Allah ciptakan manusia ini berbagai-bagai, ada miskin ada kaya, untuk kita saling melengkapi antara satu dan yang lain..Dia tidak ciptakan yang kaya untuk menghina yang miskin, yang kuat untuk menindas yang lemah tetapi dia ciptak yang kaya untuk berkongsi dengan yang miskin, yang kuat untuk melindungi yang lemah...Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, dan syawal yang bakal menjelang tiba, mari kita sama-sama merenung, adakah kita sudah menjadi seorang manusia yang benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini?

RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAl!!! =)

30 Hari Mencari Cinta 2

“Abang!” Hana berlari ke gazebo di halaman mendapatkan Ayush.

“Kenapa ni, Hana?”

“Abang tolong Hana ek?” Hana buat muka kesian.

“Yelah. Tolong apa?” Ayush tutup surat khabar yang dari tadi dibaca.

“Tolong cari idea untuk research topic Hana. Hana kena buat research ni.” Hana sandar kepala pada bahu Ayush.

“Assignment Hana, kenapa abang pulak yang nak kena tolong?” Tapi tangan tetap usap bahu Hana. Adik kesayangan lah katakan.

“Satu, sebab Abang kan abang Hana yang paling baik, pastu, sebab Hana tak ada idea ni. Esok kena hantar topic.” Hana merengek.

“Yelah. Sebab adik manja abang ni sorang je,abang tolong. Hm.. apa ek tajuk yang sesuai?” Ayush buat muka konon-konon berfikir. Hana dah tarik senyum ke telinga.

“Apa abang?” MUka tak sabar.

“Marriage during study? Or about gossiping? Feng Shui?”

“Wah! Hana sayang sangat Abang. Hana mintak satu je, tapi sekali 3 Hana dapat. Sayang abang sangat-sangat.”

“Dah tolong baru nak sayang. Hana, Hana.” Ayush tarik hujung rambut adiknya yang berikat ekor kuda.

“Biar lah. Lainlah kalau Abang bagi Hana kakak ipar, Hana mesti sayang Abang tak kira masa and tempat.” Hana gelak kecil.

“Hana!” Ayush bangun mengejar Hana yang sudah mula bergerak meninggalkan halaman.

“Abang! Lupa. Acu panggil. Thanx for the topics. Luv you, Abang!” Hana menjerit dari jauh sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu. Ayush berhenti mengejar. Langkah kaki diatur kea rah bilik bacaan. Yakin acunya berada di situ.

“Assalamualaikum, Acu.” Ayush duduk di kerusi yang bertentangan dengan Sabrina. Sabrina tutup buku. Wajah melayu anak saudaranya dipandang.

“Acu nak cakap sikit.”

“Apa? Macam serius je? Abang ada buat salah ke Acu?” Sabrina tarik senyum segaris.

“Umur abang berapa?”

“26 setengah.” Lambat-lambat Ayush menjawab. Sabrina masih senyum. Apa kes mak sedara aku yang sorang ni? Tanya soalan pelik-pelik pastu boleh bantai senyum.

“Birthday Abang berapa lama lagi?”

“Sebulan lebih. Kenapa?” Lagi pelik. Ayush telan liur.

“Abang tahu fasal wasiat arwah Daddy dan Mummy Abang?” Ni, soalan extra pelik. Sabrina ambil satu fail dari almari.

“Tahu. Abang kena kahwin before cecah umur 27 tahun. Kalau tak, semua harta Daddy dan Mummy akan jatuh ke tangan Paklang.” Sabrina duduk. Tangan Ayush dipegang.

“Acu tak nak benda tu berlaku. Jadi, abang tahu kan apa yang abang kena buat?” Muka penuh mengharap Acu dipandang. Kahwin? Perkara ke 27 yang aku akan buat. Harta? Langsung tak jadi soal.

“Tapi, Acu. Abang belum sedia.”

“Abang nak harta Daddy diserahkan pada Paklang yang tamak tu?” Muka Paklang Saiful terbayang.

“Abang tak kisah. Dengan kelulusan abang, kerjaya abang, Abang masih boleh tanggung Adik ngan Acu. Kalaupun tak ada harta Daddy.” Ayush pndang lagi muka Sabrina. Dia memiliki firma arkitek sendiri sejak di awal usia 25 tahun. Denagn firma yang semakin membina nama, harta kekayaan Daddynya bukan lagi satu keperluan.

“Memang. Itu Acu tahu. Tapi, abang terlupa, dalam wasiat tu juga kata, Hana kena tinggal bersama keluarga Paklang andai abang gagal melaksanakan syarat. Hana baru 18 tahun, Abang. Abang nak ke Hana tinggal jauh dari Abang? Paklang belum tentu jaga Hana macam Abang dan Acu jaga dia.” Ayush diam. Tak terkata apa. Wajah adik kesayangan terbayang, diselangseli dengan wajah garang Maklang.

“Abang memang kena kahwin jugak ke?” Ayush tanya dengan muka tak bersalah.

“Kalau Abang sayang Hana.” Sabrina kembali sambung kerja. Memberi masa kepada Ayush untuk berfikir.

“InsyaAllah, Acu. Abang keluar dulu.” Ayush keluar. Berjalan menuju ke bilik. Otak ligat berfikir. Sejak sekolah, sehingga tamat belajar, dan sekarang usianya mencecah 27 tahun, Ayush tidak pernah memikirkan soalan kahwin dan perempuan. Dia Cuma mahu membahagiakan Hana, dan Acu. Kalau pun dia mahu berkahwin nanti, dia akan mencari wanita yang boleh menyayangi adiknya seperti dia sayangkan Hana.

Saturday, September 5, 2009

Sket Jer

atas permintaan ramai, hehehe padahal kecik je pun, aku akan bagi update tntang aku..hmm..kecik ni dah buat aku terfikir pasal ati n perasaan la plak...knape akan ada rase yang mcm ni...yg stok asek nak wat aku nanges tak cukup tisu cmni..susahnya..wargh!!!!dahlah skang ni aku ngah duduk kat tpi court basketball smbil on9, ada pulak minah indon sorang ni lagi bicara sama pacarnya dong..sakitnya hati..knape dorang pergi mcm tuh je. everytime aku da stat syg kat org msti org tu blah mcm tuh jer...huhuhuhu...baca kak ada punye nasihat cinta pun, bley wat aku sdih..padahal apa je..huhuhuhu...kat facebook aku, sume kuiz stock nak jiwang aje, tapi, mmg bkn aku pun...hehehe...buruk sgt ke aku nih..kecik, tolong aku...mmg lah, mungkin ada org len yg lebih baik yg ditkdirkan untuk aku, tapi, buat masa ni, aku mcm tak tahu aku rase apa..aku ta pat nak lupakan dua2..hukhukhuk...nak wat cmne nih..aku rase kan kunci tuh da ilang lah..huhuhu..i really miss them..hmmm...tataw ah..mybe sbukkan diri wat aku lupa jap, tapi kjap jelah..pastu ingt balik..

Thursday, September 3, 2009

30 Hari Mencari Cinta 1

Hahahahaha!!!Riuh rendah satu rumah dengan gelak ketawa 2 orang gadis. Tv yang tadi bersuara tiba-tiba diam.

“KORANG!!!!” Suara satu dari tiga gadis di dalam rumah teres setingkat itu tiba-tiba memecah keriuhan gelak ketawa.

“Kenapa korang ni gelak macam tak cukup tanah hah? Macam kera kena belacan tahu tak?” Ayesha yang bengang dengan gelagat teman-temannya tarik muncung empat belas.

“Okey! Okey! Kitorang tak gelak dah.” Sara dan Fina kulum senyum. Seboleh mungkin menahan diri dari gelak dan ketawa. Tapi akhirnya tawa mereka berdua terburai jugak.

“Sorry, Yang. Kitorang tak dapat tahan gelak lah.”

“Apa masalahnya yang korang gelakkan aku macam nak rak nih? Bengang ah macam ni.” Ayesha pusing badan mengadap TV.

“Tak ada. Cam lawak tahu tak.”

“Apa yang lawaknya?”

“Langsung tak masuk bila…” Sara susun kata lambat-lambat. Memberi isyarat supaya Fina menyambung.

“Ayie @Ayesha Nabila tengok cerita cinta.” Fina sambung ayat yang tidak disudahkan Sara.

“Kelakar sangat ke? Lagipun cerita ni tak ada lah jiwang mana sangat pun. Cerita lawak cinta sweet je kot.” Ayesha masih buat muka tak puas hati.

“So not you lah my dear. Kau yang stock kasar plus tak layan cintan cintun pastu kalau boleh 24/7 asyik layan Sidney Sheldon dan Dan Brown, tiba-tiba layan cerita ’30 Hari Mencari Cinta’ yang dah gila lama and dah tak masuk list cerita perlu tonton.” Panjang lebar Sara bercerita.

“Cerita ni dah lama ke? Aku rasa cam baru je. Aku tak pernah tengok and jumpa pun certa ni sebelum ni.” Ayesha buat muka blur. Sara pandang Fina. Fina pandang Sara. Dua-dua tepuk dahi. Tak paham betul dengan makcik ni. Lurus bendul terlampau.

“Memang la kau tak pernah tengok, sebab sebelum ni kau tak pernah ambik port pun ngan cerita-cerita macam ni. Aduh.”

“Owh. Ek?. Argh. Tak kisah ah. Dah jangan kacau aku dah. Aku nak layan cerita nih.” Remote control di atas meja dicapai. Ayesha tekan butang play. Sara ambil tempat atas sofa. Cleo dicapai.

“Sara!.”

“Apa?” Fina dah duduk sebelah Sara.

“Aku tiba-tiba terfikir idea bernas dan MakCik Tipah mesti bangga punya ah dengan kita.” Fina buat blink-blink.

“Aik? Gempak sangat ke idea kau tu? Apa pulak kaitannya dengan MakCik Tipah? Mak Cik Tipah tu bukan mak si Ayie tu ke?” Cleo ditutup kembali. Lama-lama melayan budak berdua ni, memang tahun depan pun belum tentu aku habis baca majalah ni.

“Kita cabar budak Ayie tu cari balak dalam 30 hari. Nak?” Fina perlahankan suara. Takut tuan punya badan yang tengah kusyuk layan cerita kat TV terdengar.

“Macam 30 Hari Mencari Cinta?”

“Yup.”

“Setuju. Mak Cik Tipah bukan sekadar bangga, boleh siap bagi kita hadiah makan free tujuh hari tujuh malam tahu?” Sara dah senyum sampai telinga. Kat kepala dah terbayang muka MakCik Tipah tersenyum bangga sebab anak dia dah ada orang istimewa. Fina dah tercongok depan Ayesha yang tengah tayang muka bengang. Kena kacau lagi.

“Korang ni nak apa sebenarnya ni? Tak puas hati apa dengan aku ni?” Ayesha buat muka konon nak marah.

“Kitorang ada aktiviti menarik hati untuk kau.” Sara senyum kambing.

“Apa dia?”

“Cabaran 30 Hari Mencari Cinta. Kau dah tengok kan cerita tu.”

“Korang ni gila ke apa? Tak ada masa aku nak layan aktiviti kanak-kanak mengarut korang tuh.”

“Kau ni kan. Ke betul apa yang orang cakap pasal kau? Betul ke weh?” Sara nak mula pasang pancing.

“Orang cakap apa pasal aku weyh?” Ayesha tak jadi nak sambung tengok cerita.

“Aku dengar ramai orang cakap kau ni tak ada perasaan kat lelaki. Itu okey lagi tahu. Hari tu ada orang cakap kau ni Lesbian.” Fina pasang umpan.

“Sumpah aku tak macam tu. Gila apa kata aku les. Jodh aku je yang tak sampai lagi.”

“Sebab tu lah kitorang buat aktiviti ni. Kalau kau nak buktikan yang kau cakap tu betul, yang sume orang cakap tu tak btul, sahut cabaran kitorang ni. Kitorang cuma nak tolong kau je.” Ayesha diam. Berfikir.

“Okey. Aku setuju.” Sara dan Fina senyum gembira. Gadis dihadapan mereka ni memang pantang dicabar.

“Okey. Deal. So. Start kira tarik sekarang. Kau ada masa 30 hari je untuk cari cinta sejati kau. Okey. Sambunglah tengok cerita kau tu ye., Belajar lah teknik-teknik mencari cinta ya.” Ayesha sambung balik tengok TV. Tanpa ada perasaan.

PENAT n PENING

huahuahua
sgat penat lah...dengan klas, midterm, assgment n meeting...
penat giler..
tup2 nak kena pk sal kad raya lak, bengang btol..
apa dorg tataw tggungjawab ke???
dahla tak bka booth...
mcm mana nak laku..
takde org tau ada jual kad raya..takan
sume pon nak arap aku n intan jerk..huhuhuhuh
cerita sal tuh, apsal aku asek ingat kat juki n ejat jerk ni..
apsal ek??jmpe fizi pun, ttp muka mamat dua eko tuh jugak npk..
kecik, tolong aku..
dahlah, aku rase, juki dah hepy ngn life die,
ejat lak mesti da ada awek..
so, tak guna aku nak harap pape...
biarah...
dgn life ku yg agak bz skang ni, nak buat entry tuk novel pon,
idea taknak dtg..
pening..aku nak benda nih siap cepat..
tak larat dah..
huhuhuhu..
tapi jgn riso,
novel baru, dh separuh, nvel lama stuck gi...
sabar yerk sume...

tggu ek, nvel baru, 30 hari mencari cinta tajuk dia..
aku dpt idea nih lepas tgok cite tuh kat lam bilik kaklong ritu...
slamat njoy...
hahahahahaha