Angin berhembus lembut. Ombak memukul pantai. Tenan. Mia duduk di atas batu di tepi pantai itu. Merenung jauh ke hadpan. Mindanya kembali diputarkan ke waktu dulu. Segalanya seolah masih bru semalam berlaku. Masih basah di ingaan. Terasa baru semalam dia berlari-lari riang. Dikejar Hafiz keranan brebutkan coklat. Terasa seolahbaru emalam mereka duduk di bangku di tep bangunan akademik menela bersama. Tapi hari ini, semunya hanya tingal kenangan. Kenanganyan mmbuat Mia menjadi lebih matng dalam mengenal ert kehidupan.
***************************
"Mia!Mia!"Jerita Hafiz membuakan Mia brpaling. Dia berhenti. Membiarkan teman-temannya berlalu pergi terlebih dahuu.
"Kenapa, Hafiz?" Mia bertanya sebaik Imran Hafiz tiba di hdapanny.
"Mia dah tengok result exam ke belum? Beritahula Hafiz" Hafiz memanda wajah Mia penuh mengharap.
"Tak nak. Kalau Hafiz nak tahu, Hafiz carilah sendiri. Imran Hafiz kan hebat." Mia tersenyum sinis lalu terus meninggalkan Hafiz.
"Mia!Mia!" Hafiz brlari mengejar Mia. Mia terus berlari melarikan diri. Seolah tepa itu merupaan padang tempat meeka bermain suatu ketika dahulu. Tiba-tiba, Mia terasa tubuhnya terlanggr sesuatu.
"Oppss..Sorry. Tak sengaja." Mia memohon maaf samil tangnnya laju mengutip kertas yang beraburan.
"It's Okey."Mia mengangkt muka. Wajah acak dihadapannya mengukir senyum. 'Boleh than mama ni.baik pun baik' Detik hati kecil Mia.
"Sorry lai sekali. Saya, Mia Natasha."Mia menghulurkan tangan tanda maaf dan salam perkenalan.
"Nazirul Akmal." Bermualah satu prknalan yang membawa kpadasribu peristiwa.
*******************************
Hafiz membalng batu-batu kcil kedalam tasik. Mengocak ketenangan air tasik yang biru kehijauan. Sejak dari pukul 2 dia menunggu Mia. Mereka telah berjnji untuk menonton brsama. Namu, setlah hampir sejam menanti, kelibat Mia masih tidak mncul-muncul. Bosan. Dia mengubah posisi menghadp bangunan akademik. Matanya dapat menangkap kelbat Mia yang keluar beriingan dngan seoraglelaki. Hafiz berpaig. Memndang ke ara lain. seolah-olah lngsun idak menyedari kehadiran Mia.
"Hafiz, Sorry. Mia ada hal tadi. Jom." suara Mia mengajaknya membuatkan Hafiz terus bangun dan bergerak ke kereta.
"Mia, Hafiz nak cakap sikit dengan Mia boleh?" Hafiz memulakan perbualan mereka.
"Apa dia, Hafiz?" Mia bertanya.
"Tadi Mia jalan dengan siapa? Selalu Hafiz nampak Mia dengan dia." Ada berbaur cemburu dalam nada suara Hafiz.
"Oh, tadi tu. Itu Nazirul, Kawan baru Mia. Budak baru kelas Mia." Mia menerangkan.
"Hmm. Yeke?" Hafiz seakan tidak begitu berminat. Hafiz tidak tahu kenapa dia tidak begitu senang melihat hubungan Mia dan Nazirul. Sejak gadis itu mengenali Nazirul, jarang Mia bersamanya. Kebanyakan aktiviti yang selalunya dilakukan bersama, Hafiz lakukan berseorangan. Hafiz cuma rindu waktu-waktu gembira mereka. Hafiz terus diam dan menumpukan perhatian pada pemanduannya sehingga mereka tiba ke destinasi.
********************************
"Assalamualaikum, Ibu." Hafiz menyapa ibunya yang sedang menanti di muka pintu.
"Lambat Hafiz balik hari ini. Hafiz pergi mana?" Ibu Hafiz, Puan Sofea bertanya. Pelik melihat wajah Hafiz yang kurang bermaya.
"Hafiz keluar dengan Mia after class tadi. Ibu, Hafiz naik dulu. Penat." Hafiz terus mendaki anak tangga menuju ke bilik. Pn Sofea hanya mampu melihat dari bawah. Hafiz menutup pintu bilik. Barang diletakkan di tepi meja. Fikirannya menerawang, matanya melilau memandang sekeliling bilik. Pandangannya terhenti pada potret Mia yang diletakkan di atas meja. Mia, gadis cantik yang juga teman baiknya sejak kecil. Dalam diam, Hafiz sedar, hatinya sudah terpaut pada Mia. Namun, dia terlambat. Gadis itu sudah mula rapat dengan Nazirul. Hafiz menarik sepucuk surat dari celahan susunan buku. Teringat janji yang pernah dilafazkan sewaktu kecil.
"Hafiz, bila dah besar, Mia nak belajar kat luar negara." Mia bersuara sambil membelai anak patung Barbie kesayangannya.
"Hafiz pun sama. Nanti kita pergi sama-sama ya Mia." Hafiz senyum
"okey. Mia janji." Jari kelinking mereka disatukan tanda sebuah janji dimeterai. Kerana janji itu, Hafiz yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tidak memohon ke universiti luar negara. Hanya kerana Mia. Tapi, tidak kali ini. Hafiz gembira melihat Mia bahagia tapi tidak sanggup untuk terus bersaing dengan Nazirul. Hafiz nekad mahu memberitahu Mia berita ini.
************************************
Mia berteleku dia ats katil. Berfikir-fikir keputusan yang harus diambil. Ke KLIA melihat Hafiz pergi atau mengikut Nazirul.
"Mia, Hafiz akan ke UK esok. Hafiz dapat offer belajar kat sana. Mia jangan lupa datang. Hafiz tunggu kat KLIA." Suara Hafiz, satu kejutan besar untuk Mia. Mereka telah berkawan lama. Sukar untuk Mia menerima kenataan bahawa Hafiz akan pergi.
"Aku tak sanggup lihat Hafiz pergi." Nekad dengan keputusannya, Mia mencapai gagang telefon.
"Nazirul, I ikut you. Fetch me at eight." Mia tidak akan berpaling lagi dari keputusannya. Dia segera bersiap. Sehelai dress berwarna putih dipakai. Sesuai dengan Prom Night ang bakal dihadiri. Lupakan Hafiz, yang ada sekarang Nazirul.
***********************************
Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Hafiz duduk di ruang menunggu Balai Pelepasan KLIA. Menanti kehadiran orang yang disayangi. Mia. Hafiz amat mengharapkan kehadiran Mia. Mata Hafiz dipaku pada pada pintu masuk. Namun, sejak tadi, bayang gadis yang dinantikan tidak juga muncul. Hafiz melihat jam ditangannya. Sudah jam 10.45 malam. Kelibat Mia langsung tidak kelihatan.
" Panggilan terakhir kepada penumpang pesawat MH..." suara yang memanggilnya masuk sudah tiada dalam fikiran. Hafiz bangun dari bangku yang didudukinya. Sudah sampai masa untuk dia pergi. Hafiz mengambil barangnya. Hafiz memandang sekali lagi ke sekeliling. Tiada Mia. Ketika kakinya hampir ke pintu masuk, balai pelepasan, seolah ada sesuatu yang menahannya dari pergi. Hafiz berpatah balik. Dia takkan mungkir janji. Hafiz meninggalkan KLIA, membatalkan pemergiannya ke UK.
"Hafiz, kenapa balik? Bukan ke sepatutnya dah berlepas?" Pn Sofea hairan melihat Hafiz pulang. Padahal baru sebentar tadi dia menghantar Hafiz ke KLIA. Hafiz hanya diam dan mengambil kunci keretanya sebelum keluar.
"Ibu, Hafiz keluar dulu." Pn Sofea hanya mampu menggeleng melihat perangai Hafiz. Sejak kecil, segala tindakannya sukar diduga. Hafiz memandu Honda Swift miliknya ke rumah Mia yang hanya beberapa kilometer dari rumahnya.
"Assalamualaikum." Hafiz memberi salam sebaik tiba.
"Waalaikumusalam. Hafiz, Kenapa?" Ibu Mia, Pn Aisyah terkejut dari balik pintu yang baru dibuka.
"Mia ada, Auntie?" hafiz bertanya. Hafiz memandang sekeliling mencari-cari kelibat Mia.
"Tak ada Hafiz. Dia keluar dengan Nazirul. Kejap lagi baliklah tu. Masuklah dulu. Tunggu Mia kat dalam." Pn Aisyah mempelawa Hafiz. Hafiz hanya mengangguk dan masuk. Dia menanti Mia dengan penuh kesabaran. Dia mahu Mia tahu dia belum pergi. Hampir sejam menunggu, akhirnya Hafiz pasrah. Biarlah. Esok, dia akan datang lagi mencari Mia.
"Auntie, Hafiz balik dulu. Kirim salam Mia." Hafiz meminta diri. Hafiz berlalu meninggalkan banglo indah itu. Ketika Hafiz baru keluar dari kawasan rumah, tiba-tiba sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki keluar dan membuka pintu disebelahnya. Keluar seorang gadis dalam dress putih. Mia. Nazirul tiba-tiba mengucup pipi Mia sebelum gadis itu berlalu masuk. Hafiz terkedu. Hatinya tiba-tiba sakit. Seolah-olah ada tombak yang menikam hatina yang sudah sedia luka. Hafiz melajukan keretanya. Memecut ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu. Hafiz sedar yang sebelum ini sayangnya pada Mia bukan sekadar sayang seorang kawan, teman atau sahabat., tapi lebih dari itu. Namun, kehadiran Nazirul menghalang segala-galanya. Mia, Hafiz faham. Hafiz akan perg dari hidup Mia. Air mata lelaki Hafiz mengalir buat pertama kalinya, kerana Mia. Mia! Segala kenangan dan bayangan Mia terlayar di tubir matanya. Hafiz langsung tidak menyedari lampu isyarat yang telah bertukar merah dihadapannya. Bam!!!! Dunianya gelap.
***************************
Mia Natasha melangkah perlahan-lahan ke salah satu bilik. Tidak mahu mengganggu ketenangan si penghuninya. Mia duduk menghadap sekujur tubuh yang berselirat wayar. Sudah seminggu, beginilah keadaan Hafiz dan sejak seminggu itulah, Mia menjadi pengunjung tetap tempat itu.
"Hafiz, Mia datang ni. Mia bawa buku yang Hafiz suka baca. Nanti Mia bacakan untuk Hafiz, okey?" Mia memulakan kata. Setiap hari, itulah yang akan Mia lakukan. Bercakap dengan Hafiz. Mengimbau kenangan waktu mereka masih kecil. Membacakan buku-buku kegemaran Hafiz. Mia pernah terbaca bahawa mereka yang koma, masih boleh mendengar. Mereka hanya tidak boleh memberi respons. Mia amat mengharapkan Hafiz sedar. Oleh sebab itu, Mia meluangkan masa bersama Hafiz. Berkomunikasi dengan Hafiz walau tahu Hafiz tidak boleh memberi respon.
"Hafiz, Mia dah bosan macam ni. Mia nak Hafiz yang dulu balik. Yang akan beri respon pada setiap apa yang Mia katakan. Hafiz yang selalu ajar Mia tentang erti Hidup." Mia memegang lembut jari jemari Hafiz. Namun, tetap tiada respons.
"Hafiz, bangunlah. Kalau Hafiz tak bangun, siapa nak temnkan Mia study? Siapa nak lepak dengan Mia kat Tasik Depan Kolej? Siapa yang nak layan Mia setiap kali Mia nak tengok Movie?"Mia merayu. Mengusap-ngusap tangan Hafiz. Dia sudah buntu. Menurut Dr.Faiz, doktor yang merawat Hafiz, mereka sudah mencuba sedaya mungkin. Semuanya terserah kepada Dia. Mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Hafiz mengalami komplikasi kerana kecederaan parah di kepala. Mia tahu, dia yang bersalah. Dia yang menyebabkan Hafiz kemalangan. Kalau dia tidak bersetuju mengikut Nazirul, pasti Hafiz tidak akan berpatah balik. dan pasti Hafiz tidak akan terlibat dalam kemalangan.
"Hafiz, Mia dah penat. Mia pinjam tangan Hafiz tahu. Mia nak tidur. Kalau Hafiz bangun, jangan lupa kejutkan Mia." Mia akhirnya terlena disisi Hafiz. Berbantalkan tangan Hafiz.
******************************
"Mia.." Mia terjaga tiba-tiba apabila terasa ada pergerakan. Hafiz. Mia terkejut mendengar suara Hafiz walaupun lemah.
"Hafiz dah sedar. Alhamdulillah." Mia mengucapkan syukur. Usahanya selama ini berbaloi.
"Mia, Hafiz nak tidur balik. Mia tak payah tunggu Hafiz bangun." Perlahan suara Hafiz. Tekaknya terasa kering dan pahit. Hafiz tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang dia ingat, dia mencari Mia. Hafiz kembali dibuai lena. MIa melihat Hafiz. Hatinya mengucap syukur. Allah telah memperkenankan doanya. Mia keluar . Tidak mahu mengganggu tugas Dr. Faiz yang masuk.
Penghujung 2018
6 years ago
2 comments:
aik takat tu je ke?
so kira hafiz tu hiup la kan? :DD
oopppsss....luper lak..sory...
sbnrnya cite ni ada lagi...tak smpat nak abis..
nak tahu hafiz idup tak...kna tggu...
Post a Comment