BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 2, 2009

Hembusan Rindu 1

Amira memandang kosong ke arah papan putih dihadapannya. Pensyarah yang sedang membaca juga langsung tidak menarik perhatiannya. Matanya mengantuk. Semuanya salah Madam Shamima di hadapannya. Subjek Linguistics yang sepatutnya menarik menjadi bosan hanya kerana cara mengajar pensyarah di hadapannya.
"Najwa, kita ngantuklah." Amira memandang kawan di sebelahnya dengan muka tak bermaya. Najwa hanya tersenyum dan langsung tidak berkata apa-apa. Gula-gula Vita-C dari begnya dikeluarkan. Dihulurkan kepada Amira.
"Thanks Najwa." Amira terus menyumbat gula-gula ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Najwa yang dalam mood yang kurang baik hari itu hanya tersenyum seperti biasa. Amira masih seperti tadi. Kejap-kejap melirik pada jam tangnya yang melingkar di tangan. Tiba-tiba, terasa ada gegaran dari dalam begnya. Telefon bimbit yang diletakkan dalam mode vibrate di ambil. Tertera nama Iqbal. Alah, ni yang aku tak suka ni. Panggilan itu dibiarkan. Tap, gegaran masih belum berhenti. Iqbal masih belum putus asa mendail nombornya dan pensyarah di hadapan juga masih belum menyudahkan sesi membacanya. Amira makin gelisah. Iqbal tu dahlah bukan jenis penyabar. karang tak pasal-pasal aku kena lagi.
"Okey class. I think that's all for today. I will take your attendance." Akhirnya ayat yang ditunggu Amira sejak sejam yang lalu keluar juga dari mulut pensyarah dihadapannya. Amira terus memasukkan semua barangnya ke dalam beg.
"Thank you Madam.Najwa kita balik dulu." Tanpa menunggu lebih lama, Amira terus mengatur langkah meninggalkan kelas.Telefon bimbit yang masih belum berhenti bergegar sejak tadi dicapai. Butang Hijau ditekan.
"Mir, You kat mana ni?" suara Iqbal terus memecah gegendang telinganya sebaik panggilan di smabungkan.
"I kat blok C. Baru habis kelas. Tengah nak turun tangga ni." Amira menjawab sambil tangan kanannya masih cuba untuk menzip beg galasnya dengan kemas.
"Hah, cepat sikit. I kat depan library ni. Dari tadi tunggu You."
"Ok. Dah on the way..." belum sempat Amira menghabiskan ayatnya, talian telah diputuskan. Amira emasukkan telefon ke dalam beg. Langkahnya semakin dilajukan. Hala tujunya cuma satu, Library. Iqbal bukanlah seorang yang sabar menunggu kadang-kadang. Dari jauh, kelibat Iqbal sudah tercongok di hadapan pagar perpustakaan. Memang dari semalam mereka telah berjanji untuk sama-sama makan tengah hari dan belajar bersama memandangnya mereka berdua tidak mempunyai kelas selepas pukul 1 petang.
"Dah, Jom. Kita lunch, pastu study." Suara arahan yang keluar dari mulut Iqbal sebaik shaja Amira tiba di tempat yang dijanjikan.Amira hanya diam tapi langkah kakinya tetap megekori rentak langkah Iqbal yang agak laju. Nasib baiklah Amira memang seorang yang berjalan agak laju Kalau tidak memang tak akan terkejar langkah kaki lelaki dihadapannya ini. Iqbal hanya diam sepanjang mereka menuu ke tempat makan dan masih diam sehingga mereka berjalan berdua menuju ke McDonald untuk menelaah pelajaran. Amira tahu Iqbal marah dan geram kerana kelewatannya tadi. Cuma, dia malas lagi untuk terus menyerbu memberi alasan kelewatannya tadi. BIarlah Iqbal dengan marahna dulu dan dia akan memberitahu alasannya sebentar lagi.




"Iqbal, I minta maaf. Tadi lambat. Madam lepas keluar lambat" Amira membuat muka tidak puas hati dengan tindakan pensyarahnya tadi.
"Takpe. Takda apalah. Ni takut ngan I lagi lah ni." Iqbal membals smbil tersenyum nakal.
"Yelah. Dah You buat muka garang+serius gitu. Sape yang tak cuak." Amira kelagaan dalam hati mendengar jawapan dari Iqbal walaupun dia dapat meneka yang marah Iqbal tidaklah sangat. Kerana Iqbal masih lagi memegang tangannya ketika melintas jalan. Memang Amira agak fail dalam bab melintas jalan. Memang Iqbal akan sentiasa memegagnya seperti memagang anak kecil kalau mereka terpaksa melintas jalan.
"You dah study dah ke belum notes yang I bagi hari tu?" Iqbal brtanya tiba-tiba.
"Dah. Hari itu, I terus study.Takdelah susah sangat." Amira teringat buku nota yang diberikan Iqbal supaya memudahkan Amira untuk mengajarnya. Mengharapkan Iqbal untuk membaca sendiri semua nota itu, memang mimpi di siang harilah jawabnya. Iqbal memang malas membaca. Dia lebih berminat terhadap sesuatu yang tidak memerlukan pembacaan yang lama. Berbeza dengan Amira yang amat gemar membaca. Tanpa mengira apa-apa bahan sekalipun.
"So, You duduk sini diam-diam. I beli makanan. Ypu belanja kan?" tanpa sempat menunggu balasn dari Amira, Iqbal mengambil purse Amira dia atas meja dan terus berlalu.
"Jangan lupa McFlurry" Amira menjerit dari jauh. Mereka memang terlalu rapat. Masing-masng sudah saling mengenali sejak dari kecil. Tiada apa yang dirahsiakn oleh merek berdua.

0 comments: