Hye! Hello! Assalamualaikum! Anyeonhaseyo!
Last January, kitorang semua, sebahagian dari Geng Pillowpop dan VOV pergi jalan-jalan ke Sabah. Selain bercuti sebenarnya kitorg membawa satu misi yang namanya 'Projek Memikat Bakal Mertua'. Haha..Congratulations kepada yang berkenaan..haha..
Okey, back to the trip yang awesome and cool ini, sambil-sambil aku share experience first time jejak kaki kat bumi Sabah setelah pasang cita-cita sejak darjah 3 tu, I'll share some tips and info yang berguna jugak. Owh, and of course the must do list kat sana. Let's scroll down..
Bahagian 1: Tips.
1. Tips yang paling penting untuk percutian jimat bajet gaya kami ni adalah dengan book tiket masa promotion. Orang kata kalau nak murah book setahun awal, tapi tak semestinya juga. Sebab tu la kita kena percaya pada Rezeki. Kitorang book tiket cuma sebulan je before pergi dan alhamdulillah rezeki dapat tiket murah tu ada. Kos tiket flight kitorang cuma RM132 je pulang balik (cakap ala orang sabah..ngee)
2. Memandangkan flight kitorang pukul 2.30 pm, kitorang decide untuk zuhur kat LCCT dan lepas tu terus masuk. Owh, yang penting sila lah buat Web Check-In supaya kita tak terkejar-kejar nak check in kat kiosk, or counter kat LCCT tu. Memandangkan kitorang pergi masa cuti Thaipusam, memang agak ramai la manusia kat situ. Disebabkan perut yang dah rasa lapar tu, kitorang lepak Mcd dengan niat nak makan dulu before flight (taknak makan dalam flight sebab konon nak jimat bajet). Pengajaran kat sini, silalah beranikan diri pre book nasi lemak ke nasi briyani sekali masa book tiket tu. Kos makan satu set McValue Meal kat Mcd lebih mahal dari satu set Nasi Lemak dalam flight. Haha..terkena kitorang.
3. Tips ni untuk gadis-gadis sahaja. Kalau dah memang pasang niat nak solat kat LCCT tu, sila lah bawa telekung siap-siap dalam beg. Sekarang kan memang ada telekung yang boleh lipat jadi kecik dan boleh sumbat masuk dalam handbag. Tak susah pun. sebab apa aku cakap macam ni? Sebab ramai gila manusia dalam surau tu especially masa cuti dan memang tak cukup la telekung yang disediakan.
4. Yang ni jadi sangat penting bila trip waktu public holiday macam kitorang ni. Sila lah rajinkan diri untuk survey dan book penginapan awal-awal before ke sana. Kami hari tu memang book homestay sepanjang kat sana seminggu sebelum pergi. Itupun dah agak susah nak mencari. Sebab kebanyakkanya dah fully book. Nasib baik jumpa jugak untuk sepanjang 2 malam di KK dan 1 malam di Kundasang. Dan best pulak tempat tu. (Tunggu bahagian seterusnya untuk cerita dan gambar homestay gempak ini.)
5. Bukan penginapan je nak book awal, tapi kenderaan juga. Sebab nak dapat harga murah kena la cari awal-awal. Kalau lambat yang murah mesti dah habis. Tinggal yang mahal je. Macam kitorang, sebab ada 7 orang, sewa lah satu Proton Exora dengan harga RM170 sehari.
6. Siapkan backup plan acara dan better buat list tempat perlu dilawat and aktiviti perlu buat terlebih dahulu. Macam kitorang, I mean, aku la org tu yang kecewa sebab tak dapat nak pergi petik stoberi..and dah ada plan tu, kenalah bangun awal..rugi masa kot kalo tidur..hehehe
Setakat ni post bahagian 1. Office hour dah nak habis makanya kita sambunglah bahagian 2 di masa akan datang. TQ.
Penghujung 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment