BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 14, 2014

CUTI-CUTI Pillowpop

Hye! Hello! Assalamualaikum! Anyeonhaseyo!

Last January, kitorang semua, sebahagian dari Geng Pillowpop dan VOV pergi jalan-jalan ke Sabah. Selain bercuti sebenarnya kitorg membawa satu misi yang namanya 'Projek Memikat Bakal Mertua'. Haha..Congratulations kepada yang berkenaan..haha..

Okey, back to the trip yang awesome and cool ini, sambil-sambil aku share experience first time jejak kaki kat bumi Sabah setelah pasang cita-cita sejak darjah 3 tu, I'll share some tips and info yang berguna jugak. Owh, and of course the must do list kat sana. Let's scroll down..

Bahagian 1: Tips.

1. Tips yang paling penting untuk percutian jimat bajet gaya kami ni adalah dengan book tiket masa promotion. Orang kata kalau nak murah book setahun awal, tapi tak semestinya juga. Sebab tu la kita kena percaya pada Rezeki. Kitorang book tiket cuma sebulan je before pergi dan alhamdulillah rezeki dapat tiket murah tu ada. Kos tiket flight kitorang cuma RM132 je pulang balik (cakap ala orang sabah..ngee)

2. Memandangkan flight kitorang pukul 2.30 pm, kitorang decide untuk zuhur kat LCCT dan lepas tu terus masuk. Owh, yang penting sila lah buat Web Check-In supaya kita tak terkejar-kejar nak check in kat kiosk, or counter kat LCCT tu. Memandangkan kitorang pergi masa cuti Thaipusam, memang agak ramai la manusia kat situ. Disebabkan perut yang dah rasa lapar tu, kitorang lepak Mcd dengan niat nak makan dulu before flight (taknak makan dalam flight sebab konon nak jimat bajet). Pengajaran kat sini, silalah beranikan diri pre book nasi lemak ke nasi briyani sekali masa book tiket tu. Kos makan satu set McValue Meal kat Mcd lebih mahal dari satu set Nasi Lemak dalam flight. Haha..terkena kitorang.

3. Tips ni untuk gadis-gadis sahaja. Kalau dah memang pasang niat nak solat kat LCCT tu, sila lah bawa telekung siap-siap dalam beg. Sekarang kan memang ada telekung yang boleh lipat jadi kecik dan boleh sumbat masuk dalam handbag. Tak susah pun. sebab apa aku cakap macam ni? Sebab ramai gila manusia dalam surau tu especially masa cuti dan memang tak cukup la telekung yang disediakan.

4. Yang ni jadi sangat penting bila trip waktu public holiday macam kitorang ni. Sila lah rajinkan diri untuk survey dan book penginapan awal-awal before ke sana. Kami hari tu memang book homestay sepanjang kat sana seminggu sebelum pergi. Itupun dah agak susah nak mencari. Sebab kebanyakkanya dah fully book. Nasib baik jumpa jugak untuk sepanjang 2 malam di KK dan 1 malam di Kundasang. Dan best pulak tempat tu. (Tunggu bahagian seterusnya untuk cerita dan gambar homestay gempak ini.)

5. Bukan penginapan je nak book awal, tapi kenderaan juga. Sebab nak dapat harga murah kena la cari awal-awal. Kalau lambat yang murah mesti dah habis. Tinggal yang mahal je. Macam kitorang, sebab ada 7 orang, sewa lah satu Proton Exora dengan harga RM170 sehari.

6. Siapkan backup plan acara dan better buat list tempat perlu dilawat and aktiviti perlu buat terlebih dahulu. Macam kitorang, I mean, aku la org tu yang kecewa sebab tak dapat nak pergi petik stoberi..and dah ada plan tu, kenalah bangun awal..rugi masa kot kalo tidur..hehehe


Setakat ni post bahagian 1. Office hour dah nak habis makanya kita sambunglah bahagian 2 di masa akan datang. TQ.

Sunday, January 26, 2014

PENGAKUAN



Ini satu pengakuan
Yang malam itu yang terang dalam gelap suram
Di tepi semak bertilamkan rumput
Tangan, kaki dan tubuh aku kalah
Jiwa, raga dan naluri aku lemas
Dalam nafsu dan goda

Ini satu lagi pengakuan
Yang malam berbulan bulan selepas itu
Yang masih terang dalam gelap suram
Di tepi semak yang masih sama
Bertilamkan rumput yang sama
Tangan, kaki, dan tubuh itu kalah
Ditinggal bersama sepi dan tangisan halus
Jiwa, raga dan naluri aku lemas lagi
Dalam takut dan gelisah

Dan Ini masih ada satu pengakuan
Yang malam ini yang terang dalam gelap suram
Berbulan-bulan selepas malam itu dan malam berbulan-bulan selepas itu
Tangan, kaki dan tubuh aku masih kalah
Jiwa, raga dan naluri aku masih lemas
Dalam rasa kotor dan berdosa
Dalam rasa salah dan hina

Ini pengakuan terakhir
Tiada pengakuan lagi selepas ini
Sebab aku masih akan kalah dan akan lemas
Dalam kata-kata nista kau dan mereka.

Wednesday, January 1, 2014

Ahlan Wasahlan 2014!!

Tarikh hari ni: 2 Januari 2014

It's new year again. And macam selalu sejak 10 bulan yang lepas, sampai office, check email, check FB dan sambung kerja. Cuma pagi ni, saja nak digress sikit dari rutin selalu. Check email, check FB, Check blog..dan terjumpa ini..(klik disini untuk baca)

Sebenarnya ini adalah post lama..menjelangtahun baru 2012 dulu2..kalau diingat balik, waktu ni mungkin aku tengah masih bersuka ria bergolek-golek atas katil kat hostel sambil taip entry ni. Apa-apa pun, dah setahun tak ada any new year resolution, tiba-tiba terasa nak check sama ada yang ni tercapai ke tidak..hahaha..

Resolution 2012 - Mungkin boleh consider fail kot. sebab tak pernah ambik port..haha..

1. Buy a Hard Disk
    Yang no satu dah gagal. Hahahaha..after 2 tahun duit masih tak cukup-cukup lagi kot..haha..Tapi harapan dah makin cerah sebab sekarang dah kerja..hehe

2. Vacation with Friends
    Dulu-dulu nampak macam suram kan, tapi insyaallah tahun 2014 ni adalah rezeki nak fulfilled yang ni..hehe..January plan: Gi KK..hehe..tiket dah beli, penginapan dah booked. Tinggal jimat2 duit sebab nak tampung belanja je..hehehe n yang penting dah dapat kebenaran dah..ngeh3

3. Get an A
    Alhamdulillah dah tertunai. Dan alhamdulillah dah Grad n slamat convo dah last november. Dah dapat kerja jugak..=) Next target: Master

4. Finish writing first novel
    Errkkk...yang ni memang agak fail la sebenarnya. sebab sampai sekarang projek tu tersangkut. sibuk ngan teater la apa la, final sem la, n now, kerja pulak dah..kena kuburkan je ke cam mana ni?? (ponder)

5. Watch a Theatre
    Done. Hehe..not just watching one but already produce one..hehe..Alhamdulillah

6. Be Matured
    Erkk..Oppps..tataw..No comment. (malu malu anak)

7. Makan Tutti Frutti dan Ice Room dengan....
    Haa..Yang ni masa mula-mula baca dah termalu sendiri. budak2 punya resolution..tapi rasanya dah tercapai dengan successnya dah ni..hahahahaha..

8. Read a novel (ANY TITLE) in a day.
    Bukan setakat satu novel dah, tapi lebih dari satu pun pernah..ngeh3..sebab kalau dah makna cuti tu untuk bermalas malasan, itulah hasilnya.. lalalalalala

9. Get a BOYFRIEND (dush. double dush. triple dush)
    Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.......Memang macam bongok ni tapi itulah hakikatnya. dan resolution ni masih gagal dipenuhi selepas 2 tahun..erkk??!! Lamanya..hahahaha

10. ........................................(can't be stated)
     Sebab tak state, lepas 2 tahun dah tak ingat dah apa sebenarnya yang no seploh ni..hahahahaha..apa-apa pun, chill..buat resolution baru..hahahahaha


Selamat Datang 2014!! Semoga tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.. mungkin aku boleh sambung laksanakan resolution yang gagal ni..hahahah