Sejak negara kita ber pm kan org baru, hboh sana sini orang memperkatakan tentang gagasan satu malaysia. apa yang aku paham tentang satu malaysia nih ialah ia ada perkaitannya dengan perpaduan kaum di negara kita. Satu Malaysia mengajak kita supaya bersatu padu dan hidup sebagai satu gagasan iaitu Malaysia dan menjadi satu. heih, aku pun dah pning, tpi yang pnting untuk kebaikan kita bersama lah...hah, back to da story, aku sbnarnya nak share pasal perpaduan nih..
beberapa minggu yang lepas...
di sebuah kedai hardware di pekan wakaf tapai, trg...
seorang remaja perempuan bersama ibu saudaranya masuk ke kedai..disambut oleh lelaki tuan kedai, seorang lelaki cina..
Tuan Kedai: eh, mung ni anok mahsuri kang?(kau ni anak mahsuri kan?)
Aku(bdk pompuan): ye ah.
Tuan Kedai: Doh hok nombor wape ni?(yang nombor berapa?)
Aku: Nombor 2.
Tuan Kedai: Lame ngak doh doh aku dok jupe nge mama mung. (Dah lama aku tak jumpa dengan mama kau)
AKu: (cume senyum je)
Tuan Kedai: Pokcik nih kawan mama mung lah ni. Saing dari kecik pah sekoloh. Lening je hok jarang jupe. Dulu, tunggu sokmo mama mung sudoh ngaji kat masjid. Aku nge cece tunggu ah tepi sejid tuh.
Che su(Mak sedara aku): Cece lening masuk islam doh kan?
Tuan Kedai: Ho lah. Ari tu ada balik. Anok wanok ye masuk mlayu belaka doh. Ah HOng je hok dok agi.
(Lepas tuh, tibe-tibe ada benda jatuh)
Tuan Kedai: Ya Allah, mende apa pulok jatuh ni? Mung kiring salang ke mama mung kekgi neh.
Situasi satu: ni menunjukkan bahawasanya perpaduan yang terjalin antara masyarakat berbilang bangsa bukan baru hendak diwujudkan, tetapi sbaliknya, telah lama ada dalam masyarakat. Tapi, hari ini, sedikit luntur. Walaupun, penggunaan kalimah Allah yang disebut oleh lelaki bukan muslim mungkin dianggap serong oleh sesetengah pihak, tapi dari sudut perpaduan, ini menunjukkan bahawa betapa rapatnya masyarakat cina dan melayu zaman itu(zaman mak aku kecik) dan cara kehidupan masyarakat cina juga telah dipengaruhi olh cra hdup melayu.
Sebaik aku nak masuk ke dalam kete..Petang tadi, depan umoh nenek aku.
Wanita Cina: Mek, panggil mok mung kejak! (dari seberang jalan. Tak jdi masuk, panggil mama)
Mama: Hoh, Mung mek eh.
Wanita: (dah lintas jalan) Ni, aku bowok buoh setor. mung nok dok? (aku bawak buah setor, kau nak tak?)
Mama: Nok ah. (Ambik plastik isi buah)
Wanita: Aku nok wi ke ros, nok suruh wi ke mek lei, doh jupe mung, rezeki mung lah. (aku nak bagi kat ros, suruh nagi kat mek lei, dah jumpa kau, rezeki kau lah)
Mama: Mung tanya aku, aku nok lah. Doh mung kije nape lening? (Kau tanya aku, aku nak ah. Kau keje apa skarang?)
Wanita: Aku ngajo kat UDM. Ngajo hal jururawat nilah.(Aku mengajar kat UDM. Mengajar kejururawatan.)
n then aku dah tak amek port sangat hal yang dorang bualkan. Tak berkaitan ngan aku. Biaselah kalu kawan dah lama tak jumpa.
Situasi dua: Situasi ni nampak macam biasa je. Tapi apa yang nak dihighlightkan adalah sikap baik antara jiran tetangga. Sebab Auntie leng ni sebnrnya jiran nenek aku, time mama kecik2 dulu. Membahagikan buah kepada sesama jiran. Sebenarnya ni bukan baru, malah, kadang2 ada antara cina di kampung nenek aku ni, yang akan panggil orang makan kenduri doa selamat kalu dapat apa2. lagipun, kalo umah tebuka CNY dorg, dorang akan tmpah nasi dagang( yg org mlayu buat) dan akan beli air kotak byk2..kalo hari raya, kdg2 budak2 cina yang akan dtg ketuk pintu umah aku untuk beraya lebih dulu dri budk melayu. bunyi macam pelik tapi inilah hakikatnya. perpaduan dan konsep satu malaysia aku rasa bukan untuk membina perpaduan tapi untuk melestarikan perpaduan itu sendiri, selain memupuk rasa sebagai satu dalam kalangan anak muda.
pesanan penaja: aku nak mintak maap sbb dah lme tak post n3 untuk pelangi cinta.bkn apa, idea tgh kering nih. byk sgt kenduri, bgi mkn nasi minyk, tu yg otk aku pn agak lmbab nk bjalan...
Penghujung 2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment