Tadi pagi-pagi, scroll
news feed FB, pastu jumpa satu status sorg uncle india ni yg di share oleh one
of my colleagues. Itulah yg munculnya post kali ni..lalalalala..dalam post tu
uncle tu maksudkan lebih kurang macam ni la, “We don’t need multi million
ringgit promos to create 1Malaysia. Just treat everyone like brothers and
sisters, you will have a loving environment”. Ni moral daripada cerita
yang uncle tu ceritakan which is aku setuju sangat-sangat.
Berbalik kepada topic asal,
Hari Raya, 1 Malaysia dan balik kampong..aku lagi suka kita kupas satu-satu and
then kita campurkan semuanya sekali. Maklumlah kan, sekarang memang tengah mood
mari kita berHari Raya. Indeed, Hari Raya adalah perayaan orang Islam menyambut
hari kemenangan selepas 30 hari berpuasa. Itu naturenya. Dalam erti kata lain,
hari raya adalah perayaan agama bukan perayaan bangsa atau Negara. Namun, di
Malaysia, Hari Raya lebih senang dianggap sebagai perayaan orang Islam dan juga
orang Melayu memandangkan kebanyakkan umat Islam di Malaysia adalah mereka yang
berbangsa Melayu (Sama macam konsep Masuk Islam vs. Masuk Melayu).
Malaysia ni pula merupakan
sebuah Negara bermasyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kumpulan bangsa
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sejak kerajaan memperkenalkan konsep atau
pun lebih dikenali sebagai Gagasan 1Malaysia, yang berteraskan perpaduan dan
kesatuan pelbagai kaum di Malaysia, masyarakat sekarang lebih senang untuk
menganggap kesatuan ataupun perpaduan dan kemesraan antara pelbagai bangsa di
Malaysia sebagai 1Malaysia ataupun bertepatan dengan konsep dibawakan oleh 1
Malaysia.
Dan last, balik kampong!
OO..OO..OO Balik Kampung! Hati girang..okey..menyanyi jap. Balik kampong ni
benda/perkara paling best yang memang semua orang memang teruja la. Lagi-lagi
yang memang jenis perindu kampong halaman macam orang yang tengah menaip ni
kan..Tradisinya di Malaysia, bagi setiap perayaan, tidak kiralah apa jua
perayaan, name it, Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali, Tadau Kaamatan, Hari
Gawai atau apa jua perayaan, masa nil ah orang akan berpusu-pusu balik ke kampong
masing-masing. Sangat sinonim. Sebab dah namapun perayaan kan, mestilah kita
nak sambut dengan sanak kaum family kan..(Tak sabar nak tunggu pukul 4, balik
kerja, pastu jom mulakan perjalanan pulang ke kampung..yeay!!)
Daripada 3 elemen penting dalam
topic hari ni, dapatlah kita katakan yang 3 perkara ni berkait rapat antara
satu sama lain. Sekarang ni musim tengah raya, semua orang pun sibuk wish
Selamat Hari Raya. X kira la bangsa apa sekali pun dan kat mana-mana sekali
pun. Contoh mudah, terserempak dengan member lama bukan melayu islam kat LRT,
dia akan greet dengan ‘Selamat Hari Raya’ bersama senyuman paling manis. Kat
sini kita dah boleh Nampak konsep satu Malaysia tu kan..hehe..
Pengalaman sendiri. Baru
alami pagi tadi. Naik cab, driver cab tu seorang uncle india. Duduk je uncle tu
Tanya,
Uncle: Adik tak balik kampong
ke?
Aku: Belum balik lagi,
uncle.
Uncle: Bila adik balik?
Kampung mana?
Aku: Hari ni balik uncle.
Kat Terengganu.
Uncle: Owh..Balik, jalan
elok-elok. Jangan speed, jangan potong queue, bahaya la. Polis pun banyak.
Aku: Okey uncle.
Itu yang pakcik tu Tanya aku,
dan pakcik t uterus je bertanya kat sapa-sapa yang melayu. Termasuklah orang
jaga told an orang jaga parking sambil wish selamat hari raya. Nampak tak
konsep 1Malaysia kat situ.
Haa..dah alang-alang sebut
balik raya ni kan, teringat dulu, kat kampong, walaupun xberapa nak kampong mana
pun, mama pernah cerita, zaman dia kecik-kecik dulu, Cina dan Melayu kat kampong
kitorang (xde India kat situ), memang berkawan rapat. Sampai diorang pun
sama-sama celebrate raya, puasa semua nil ah. Dan aku masih ingat waktu
kecik-kecik kanak-kanak riang gembira dolu-dolu, memang ada je anak cina yang
bagi salam pagi-pagi raya dating beraya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan Salam 1 Malaysia. Jom balik kampong.
Nota: seronok nak habiskan
kerja. 30 minit lagi sebelum mula bergerak dan memulakan perjalanan penuh pit
stop balik kampong..yeah!!!!