BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 2, 2012

PERLU

mode: menunggu kelas LingLit smbil lepak2 on9 kat lab..haha..lupa nak capai lappy comel atas katil bawak dtg..ngee..

Memerlukan dan diperlukan. Kawan aku pernah cakap, thanx to Cik #### sebab nasihat tu. " Pergi pada orang yang nak kan kita, dan jangan pedulikan manusia yang tak suka pun dengan kehadiran kita..Dulu, rasa jugak semua tu macam selfish semata2, tapi sekarang rasanya benda tu semua perlu kot. Sebab sampai bila kita nak makan hati dengan manusia yang tak memerlukan kehadiran kita. Masaklah kalau asyik kita je yang terhegeh2 nak tolong tapi dorang tak nak pun sebenarnya..mengganggu lagi..

A wise man once said, "Pergi pada orang yang cari kita, bukan pada orang yang tak cari kita."

So, now I am, buat apa yang aku rasa buat. Semua senang. Aku senang orang lain pun senang.







Nota: Aku rasa aku dah tak heran dengan semua tu, sebab kadang-kadang kata-kata yang pernah korang lemparkan tu, dah buat keihlasan dan kebaikan orang lain hilang. 'THANKS' sebab letak aku di tempat sekarang.

Tuesday, April 3, 2012

Maafkan Aku.

"Easy to forgive but not to forget." Senang kan? Imbas balik entry aku sebelum, tentang kisah papan berpaku dulu tu. Ibaratnya papan tu. Bila dah dipaku, walaupun paku tu kita dah buang, tapi still kesanny masih ada. bayangkan papan tu hati manusia, paku tu pulak, segala kesalahan ataupun benda buruk yang berlaku, yang orang lain buat kat kita, kita mungkin boleh memaafkan, tapi takkan melupakan. Dan kuatkah hati kita to hold the meory inside and never talk about it after everything turns to normal?

Persoalannya, kemaafan tu mudah untuk kita berikan, tapi adakah kuat untuk kita lupakan apa yang telah berlaku? Aku pernah bertanya kepada ramai orang, mudahkah memberi kemaafan? Rata-ratanya memberikan "Ya" sebagai jawapan. Aku bertanya lagi, mudahkah untuk kita melupakan? Jawapannya, "Biarlah masa menentukan."

Berbicara tentang masa, andai kita mahu melupakan, biarlah masa menentukan. Beri masa untuk diri sendiri. "Time is the best heal". Pernah dengar kan? Perasaan marah itu datang pada waktu tertentu, disebabkan oleh perkara tertentu. Tapi andai kita biarkan ia diam terus berlalu, setelah kata kemaafan itu kita pohon, pasti things will get better. Marah itu cuma penyakit sementara, akan hilang ditelan masa.

Kejadian benar, pengalaman sendiri, alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan kesabaran yang agak tinggi, dia berikan aku kekuatan hati untuk berdepan dugaan. Sebulan dulu, aku fikir, aku hampir kehilangan seorang teman, aku fikir, aku akan sentiasa awkward dengan kehadiran dia. Marahnya tinggi, hingga langsung tidak dipandangnya aku, langsung tiada senyuman kala berselisih seperti selalu. Namun aku percaya, masa itu pengubat segalanya. Aku diam. Pilih untuk memberinya waktu. Seberapa banyak pun. Dan hari ini, aku sudah boleh berbalas kata dengannya. Aku sudah boleh merasa ditegur sebab malas study. Aku sudah boleh mendengar kata-kata GUDLUCK dari dia. Dan aku percaya, mungkin maaf itu sudah aku terima, mungkin masa yang panjang aku berikan untuknya mampu membuat dia melupakan.

Dan hari ini, aku percaya, walau apa jua yang berlaku, bagilah masa. bagilah masa untuk kita memaafkan orang, bagilah masa untuk kita melupakan kemarahan, bagilah masa untuk kita kuatkan hati, bagilah masa untuk apa saja.





Dan ini...untuk mereka yang dekat dengan aku. Untuk mereka yang pernah sentiasa bersama aku.

"Thanks for everything. Dan maaf untuk segalanya. Aku berikan masa untuk kamu-kamu, aku berikan ruang untuk kamu-kamu, agar kamu tahu, dan terima aku seadanya. Agar kita boleh kembali seperti dulu. aku percaya kepada kuasa masa."

Wednesday, March 21, 2012

Lelaki Perasan???

Anyeong..~~

Tema untuk entry kali ni..owh, before lupa..I think this' gonna be a very short and brief entry..skadar sedikit persoalan yang terlintas di kepala..

Lelaki perasan??? Kadang-kadang terfikir kat kepala ni, yang lelaki ni memang diciptakan sebagai makhluk yang cepat perasan..Perasan hensem, perasan kaya, perasan pandai, perasan macam-macam lagi la kesimpulannya..

betullah kot..walaupun memang macam nak percaya ngan taknak..tapi lelaki kat sekeliling aku kebanyakkannya cepat perasan..hadoii..penin..nak menguruskan manusia cepat perasan ni..ahahahhahahaha



nota: untk lelaki2 perasan sekalian, sila kurangkan kadar keperasanan korang sebab perempuan memang pantang dengan lelaki perasan..hehe