BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 23, 2011

CANTIK DIRIKU..

Menulis lagi tentang cantik. Banyak entry yang lepas aku dah berbicara soal cantik. Soal cantik pada pandangan lelaki. Tapi kali ini, aku mencari cantik pada pandangan manusia. Cantik yang bukan fizikal. Tapi cantik yang dalaman. Cantik yang kita tahu untuk menilai bahawa itu adalah sebutir permata, sebutir intan, bukan sekadar kaca yang bakal pecah bila-bila masa.

Entry ini permulaanya cantik, sebab aku menilai cantik pada sisi pandangan aku sendiri. Tapi nanti ia bakal membawa kepada cantik dan kekuatan dalaman. Kerna pada aku, cantik itu bila kita punya characteristic yang disenangi, kita punya peribadi, kita punya keyakinan dan kita punya kekuatan dalaman. Kuat dalam melawan segala anasir yang datang dari kiri kanan depan belakang.

Aku tahu aku tidak cantik. Sebab aku tidak punya kekuatan diri itu. Aku mungkin punya keyakinan, yakin pada diri sendiri, tapi aku tetap punya ketakutan. Sebab aku tahu, aku tidak sempurna. Sebab aku tahu aku tidak kuat. Tidak kuat untuk menampung segala cabaran yang datang dari segenap sudut.

Sungguh, aku mecari kekuatan itu. Untuk mencantikkan diri. Aku tahu mana nak dicari. Pada keyakinan yang aku ada. Pada doa yang aku pohon. Pada teman-teman yang menyokong. Mereka kekuatan aku. Mereka botox yang aku suntik untuk menambahkan kecantikkan ku. Mereka yang merubah aku untuk yakin pada apa yang aku lakukan. Tanpa aku perlu merasa sedikit pun bimbang atau khuatir. Mereka yang sentiasa menyokong aku kiri dan kanan. Mereka yang sentiasa mempercayai aku walau apapun yang aku lakukan. Mereka teman yang sentisa tahu kegusaran hati ini. Yang sentiasa bersedia untuk membantu walau apapun yang aku lemah. Mereka yang menutup kelemahanku sampai aku kelihatan cukup sempurna. Sempurna pada pandangan mata orang yang melihat. Padahal hakikatnya, aku langsung tidak punya apaapa, aku Cuma punya teman-teman yang kuat. Kuat untuk menjadi tunggak kekuatan aku. Kuat yang cukup untuk menyalurkan segala yang aku perlu. Semangat yang kental.

Nota: entry ini untuk teman-teman yang sentiasa di belakangku. Untuk teman yang tidak pernah untuk berkata tidak pada setiap mohon bantuanku. Lantas, aku pasti mereka juga perlukan aku utnuk perkara yang sama.

Ini tentang Challenges~

Ini tentang cabaran. Entry ini tentang cabaran, tentang challenge. Tentang erti hidup. Hidup ini penuh cabaran. Apa pun yang kita buat, kita sentiasa berdepan dengan cabaran. Owh, cabaran tu bukan sahaja dengan hidup kita, tapi dalam kerja, dalam belajar.

Penat? Tak perlu kata apa-apa, penat berdepan dengan cabaran. Memang selalu. Tapi bergantung pada kita sama ada kita sanggup berdepan dengannya atau tidak. Kalau hujung hidup ini satu perhentian yang pasti, perjalanannya adalah cabaran. Cabaran yang bukan sedikit tapi tak terkira banyaknya.

Ini satu lagi cabaran. Mencabar diri sendiri. Sama ada mampu atau tidak. Kalau tak mampu baik lepaskan. Tapi serasanya kita mampu untuk melakukannya. Ya, penat, tapi tetap tak berhenti bekerja. Sehingga penat itu bukan sahaja tidak hilang, tapi langsung tak terkesan lagi pada diri.

Bila penat, bila rasa tercabar, mulalah rasa tak senang dengan diri sendiri. Rasa malas mahu melakukan apa sahaja. Jadi, segala yang dah dibuat langsung tak menjadi apa-apa. Ditinggalkan tanpa rasa belas.

Tapi cabaran itu, penat itu bakal ada hasilnya. Cuma yang penting, percaya dan yakin pada diri. Bila kita percaya pada diri kita, percaya pada orang lain, maka kita pasti boleh untuk melakukannya. Pasti cabaran itu bukan lagi penghalang pada kejayaan kita di masa hadapan.

Nota: entry ini sekadar penyedap rasa, penyedap hati untuk terus Berjaya maju selangkah lagi kehadapan. Pedulikan sekeliling kerana mereka langsung tidak pernah faham tentang apa yang kita rasakan dan kita lalui. Orang hanya boleh bercakap, tapi yang menanggungnya diri kita sendiri.

Saturday, May 14, 2011

BLACK DOT

Sudah lama tidak menulis, sudah lama tidak mencoret apa-apa pada permukaan kosong blog ini. Langsung tiada tinta. Tiada idea sebenarnya. Zaman moden, mana lagi diperlukan dakwat untuk mengukir bait2 perkataan. Yang perlu ada Cuma tenaga kekuatan jari jemari untuk menekan butang2 pada papan kekunci laptop. Meninggalkan ayat2 canggih pada muka putih Microsoft Word.

Ini sekadar perkongsian ikhlas. Entry ini mungkin kedengaran atau kelihatan sedikit formal. Agak formal berbanding entry entry terdahulu yang nampaknya terlebih santai. Ini bukan sesuatu yang serius. Tapi memerlukan pemahaman. Memerlukan ketajaman minda, kesediaan fikiran untuk merenung diri sendiri. Entry ini sekadar perkongsian pengalaman, perkongsian pendapat dan kelapangan untuk ilmu. (Sekadar mencuba gaya baru penulisan blog.)

Hari ini, agak sedih. Mood dalam keadaan yang agak kurang menentu. Lantaran sesuatu yang mengguris hati. Mencari seseorang untuk berkongsi cerita. Cuma satu yang dikatakan olehnya, "Macam modul yang kita buat tu, Orang akan nampak titik hitam tu lebih dari putih yang ada pada kertas tu. Walaupun mungkin titik hitam itu Cuma satu." Benar. Kembali aku merenung diri, mengingat modul Black Dot yang selalu kami jalankan untuk adik-adik. Modul itu bukan sekadar untuk adik-adik mencuba, tetapi juga untuk motivasikan diri sendiri. Khilafku disitu. Sebab terlalu reactive mungkin. Tapi betullah, setiap kali pun, kita akan mengira pandangan orang lain, pandangan orang lain tentang sisi kita yang lebih kelihatan. Itulah manusia. Menilai orang melalui sedikit kesilapan, tapi bukan melihat orang dari sisi baiknya. Seperti titik hitam di atas permukaan sehelai kertas putih yang lebih jelas kelihatan, dan yang pertama disedari oleh si yang melihat, begitulah jua manusia menilai manusia yang lain. Menilai pada kekurangannya, menilai pada khilafnya, menilai pada silapnya. Bukan melihat sumbangannya, bukan melihat jasa baiknya. Aku mengerti itu.

Harus aku hindarkan rasa itu, kerna rasa itu hadir kala diri sedang dalam api amarah. Kegeraman yang bercampur baur dengan kekeciwaan. Kerana hati mengharap kefahaman orang lain, kerana diri berharap agar tidak dipersalahkn. Tapi itulah manusia. Aku seolah dinilai hanya dengan satu refusal. Tapi langsung apa yang aku korbankan selama ini tidak dihargai. Bukan mengharap penghargaan. Tapi cukuplah sekadar tidak mencari salahnya aku yang sedikit itu.

Letakkan diri dalam kasut aku. Pasti kamu akan faham maksudku ini.


 

Mode: Mengajar diri menjadi lebih kuat, dalam proses mematangkan diri dengan kerenah manusia. Mendidik hati agar tidak cepat tersentuh dengan dugaan keliling yang semakin hari semakin mendesak. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Amin.