BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

KISAH CAWAN BERLUBANG

Hai, ini kisah cawan berlubang..rentetan cerita dari hikayat sup ais..ngeh3..sbab apa aku kate rentetan cerita?? sebab memang pelakonnya sama..ngeh3..kah3..

Alkisah maka tersebutlah kisah,
adalah makanya seorang lelaki..
bukan budak bukan jugak bapak budak..
abang budak? mungkinlah..

makanya,
semasa sibuk berbual rancak
bertukar cerita
sambil makan pizza,
tanggannya sibuklah mengorek cawan ditangan
maka berlubanglah cawan tersebut

akhirnya
sampai lah ke bahagian paling kelakar
air pepsi dituang ikut lubang tersbut
maka air diminum sambil dituang..

memang sangat sengal kuda sungguh..
huhuhuhu

Wednesday, July 28, 2010

HIKAYAT SUP AIS

HIKAYAT SUP AIS

Di sebuah petang yang hening dan penuh memenatkan, berlakulah sebuah peristiwa, maka terciptalah satu hikayat yang bukan seringkali berlaku dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi dalam kalangan orang melayu.

Pernahkah anda terasa pelik apabila anda membaca tajuk hikayat ini? Hikayat Sup Ais bukanlah satu kisah dongengan sebaliknya memang benar-benar berlaku. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Alkisah maka tersebutlah kisah, di sebuah restoran seafood di satu tempat di jajahan bernama Gombak..Maka adalah 4 orang manusia yang sedang menjamu selera..Setelah seronok mereka berdua menjamu selera, tibe2…

(penatlah nak guna bahasa hikayat ni..haish)

Orang lain tengah seronok makan dan menghabiskan makanan yang tinggal masa budak laki yang sorg ni dah siap makan. Tibe2, adalah wujud seorg kanak-kanak ribena walaupun nak diikutkan dialah yang tak berapa nak kanak2 kat situ..hehhe..beliau.., eh, dia telah dengan seronoknya menggunakan straw menyedut sup dalam mangkuk..itu kira okeylah lagi, yang paling tak tahan bila tiba-tiba, dia tuang sup tu dalam gelas yang berisi ais..katanaya, "sedap lah". Hahhahahahhahahha…inilah sudahnya HIkayat Sup Ais..lepas ni, kalau pergi mana-mana patutnya suruh je dia order sup ais kan..hahhahah