"Umi, Ain taknak lah umi. Umi bagitahulah walid. Please, Umi." Ain mula tak senang duduk. Keputusan daripada walid yang diterima selepas sarapan pagi tadi betul-betul menyesakkan kepala.
"Ain nak umi bagitahu apa kat walid? Ain bukan tak kenal walid tu macam mana."
"Sebab Ain kenal walid tu macam mana lah, Ain suruh umi yang cakap dengan walid. Walid sure kalah punya lah kalau umi yang pujuk." Ain tarik muka kesian. Harap-harap umi kesian lah. Jangan umi pun bersekongkol dengan walid jugak sudah. Mati aku macam ni.
"Alasan apa yang Ain nak umi bagitahu walid? Kalau fasal Ain, lagi-lagi fasal janji, walid memang tak ada kompromi." Puan Amni menutup paip air. Sayur yang baru dibasuh disejat dan bakul berisi sayuran diletak di atas meja. Kerusi berhadapan dengan Ain yang sedang memotong bawang ditarik.
"Ain tak sedia lagilah, umi. Ain belajar pun belum habis. Lagipun, takkan Ain nak kahwin dengan orang yang Ain tak kenal." Mata yang mula berair kepedihan dikesat.
"Ain, umi sebenarnya bersetuju dengan walid."
"Umi dah tak saying Ain jugak ke?"
"Bukan tak saying, Ain. Umi dengan walid Cuma mahukan yang terb aik untuk Ain. Ain dah 22 tahun. Umi risau Ain tak ada boyfriend lagi." Puan Amni meluahkan kerisauannya. Bukan kerisauan dia sahaja, tetapi jugak ibunya yang sudah bising. Lantas, apabila rakan lamanya, Qistina bertanyakan Ain untuk anak lelakinya, suaminya terus bersetuju. Ditambah sokongan kuat oleh ibunya.
"Umi, Ain tak kenal pun anak kawan umi tu. Alih-alih, dia yang nak jadi suami Ain. Ain tak nak lah, umi."
"Ain belajarlah kenal dia. Berkawan dulu. Kamu berdua kan baru bertunang. Bukannya terus kahwin pun. Ada tiga bulan lagi. Umi dengan walid dulu, kenal 2 minggu terus kahwin tahu? Bahagia je sampai sekarang." Puan Amni sendiri berkahwin dengan walid Ain ketika baru berusia belasan tahun. Dikahwinkan atas pilihan keluarga. Dengan alas an, supaya ada yang menjaganya diluar Negara.
"Umi ni. Umi dengan walid lain. Ain dengan mamat tak tahu ke nama ni lain tau, umi." Ain tarik muncung. Kalau tahu ini yang akan berlaku, memang dia akan buat short sem. Jadi, tak aka nada masa untuk dia dinikahkan sebelum bermula semester baru. Menyesal betul.
"Apa yang lainnya. Dah, pergi naik atas. Siap. Bawang tu dah sudah kan? Mandi. Nanti karang keluarga bakal mentua kamu dating, kamu berbau bawang nak jumpa bakal suami." Puan Amni tarik senyum melihat Ain yang menarik muncung itiknya.
"Yelah, Umi. Sapalah Ain nikan. Sampai hal nikah kahwin pun, family yang kena tentukan." Ain sengaja mengeluarkan ayat-ayat sedih. Padahal dia sudah redha. Keputusan walid memang tidak mampu untuk ditarik balik.
"Abang, kau ni kenapa? Tak sabar ke nak jumpa bakal isteri?" Aqil menumbuk perlahan bahu abangnya.
"Kau ni kan dik, buat terkejut abang je."
"Dah, abang tu yang duk mengelamun. Macam pokok orkid tu keluar buah mangga je gayanya." Aqil dah duduk sebelah Abangnya. Sejak samapi tadi, abangnya belum lagi masuk.
"Bukan mengelamun la. Berfikir je. Muka macam apalah bakal kakak ipar kau tu? Entah-entah muka macam bontot kuali." Kat mata dah terbayang wajah gadis yang bakal menjadi isterinya, hitam legam gelap macam kuali nenek kat kampong. Yang dah digunakan berpuluh tahun. Antik. Eii. Ngeri.
"Buntut kuali? Adik dah tengoklah. Rugi dowh kalu kau tak tengok sendiri , bang." Aqil dah tekan perut. Kak Ain yang sikit punya cantik tu disangka abangnya muka bontot kuali. Sikit pun tak sesuai.
"Siapa yang bontot kuali ni???" Tiba-tiba ada suara yang mencelah dari belakang. Aqil berpaling. Alamak! KAk Ain!!
"Eh, tak ada siapalah, akak." Aqil telan liur.
"Bakal bini abang lah." Bahu abangnya di cuit. Lelaki it uterus berpusing. Gadis yang tengah elok berdiri tegak didepannya hamper membuatkan darah menyerbu naik ke muka. Kadar adrenalin melompat tinggi.
"Awak?" Serentak kedua-duanya sedikit terjerit. Aqil pandang abang dan bakal kakak iparnya. Dia langsung tak faham apa yang sedang berlaku.
p/s: entry untuk hari ni sket je..sbb tgah pening dengan script drama..