Hmmm...
Musim Akademi Fantasia 5 dah pun sampai ke minggu ke9..
Aku bukan minat sangat tengok atau ikuti AF5 ni tapi boleh tahan la jugak...
Tapi adik aku, Auni memang minat giler kat AF ni since AF4...
skarang ni dia tengah minat kat AF5 plak..tapi satu je, dia ni memang minat kat orang yang keluar, ooops...orang yang dia minat tu keluar...dulu dia suka kat si diddy tu, tapi skarang ni dia memang minat giler kat dafi yang comel hensem tu...
kalau dulu masa didi keluar dia takdelah sedih sangat tapi sebab dia ni memang admire giler kat si dafi ni sampai sekarang ni dia masih tak boleh terima yang dafi dah pun keluar dari AF.yang kelakarnya, masa malam konsert yang dafi keluar tu, dia tertido, so, dia tak tahu sape yang keluar..
pagi esoknyer dengan penuh hepi, dier tanye kitorang sape yang keluar tapi, bile kitorang cakap dafi yang keluar dia terus sedih giler...kate kitorang tipu n apa yang lagi best ayt dier time tu "mama, mama ah ni tak boh afundi dafi, sapa keluar dafi tu, adik kata doh nok suruh mama undi, mama tak boh" punye lah minat kat dafi sampai kitorang langsung takleh sebut yang dafi keluar, nak dijadikan citer, malam esoknyer, peminat setia AF yang sorang ni terus duk depan tv konon2 nak tengok AF la, tapi biler je buka, takde pun kelibat dafi dalam Af tu, terus dier marah..kakak aku pulak konon2 nak pujuk la, kata dafi ada kat muzik@ria, ingat budak tu tak tahu la peraturan Af tu, lepas tu, terus di lepas remote tu, dan tido, tak nak tengojk af dah...sebab dafi takde...tadi pagi pualk, kitorang tengok konset ulangan Af minggu ke8(minggu dafi keluar) dia tengok lah dan tiem dah dekat ending tu, kitorang terlupa nak tukar siaran, so, dia ni tengok la nama dafi kat kad yang aznil tayang kat kamera tu, apalagi, menangis la dia, macam time mama tak nak bawak dia gi jalan2...dahsyat giler, aku pun tak tahu apa yang si dafio ni dah buat kat adik aku tu...
kelala giler....adik aku yang lelaki tu plak boleh minta lima posen nagn kawn2 dia yang mintak tolong dia register dafi fc...macam2 la adik2 aku ni...semua pasal DAFI....
Friday, May 11, 2007
Dafi n Auni
Posted by Si Kure-kuree at 10:22 AM 0 comments
Friday, May 4, 2007
antara kawan, teman dan sahabat
Hmmm....
antara kawan, teman dan sahabat...
bagi aku kawan adalah orang yang datang silih berganti, datang dan pergi sekadar bersama di waktu gembira tapi, teman dan sahabat adalah orang yang sentiasa ada di sisi tanpa mengira waktu, senang atau susah...
Entahlah, skarang ni aku sendiri pun tak tahu nak kata apa lagi, aku sedang mengalami sesuatu yang bagi aku sangat perit dan sukar untuk diterima...dulu, aku pernah punya seorang teman yang sangat baik, sentiasa memberi nasihat dan bersama aku, memberi kata peransang dan tunjuk ajar, walau aku belum pernah bertemu muka dengannya, sekadar saling bertegur sapa lewat email dan sms yang sering kunjung datang, namun, selepas beberapa ketika, aku kehilangnnya dan saat itu aku tidak merasa kehilangan apabila masih ada tazkirah online yang tiba ke kantung emailku. tidak lama selepas itu, aku bertemu dengan seorang lagi teman, yang hadir lebih dulu berbanding yang sebelumnya, hadirnya pada mulanya cuma sebagai seorang kawan, tapi kemudian sebagai sahabat dan teman. sering menemani aku saat gembira dan duka, tapi sekali lagi dalam hidup aku, aku kehilangan seorang lagi teman. Dia pergi tanpa pamitan, tanpa ucapan salam dan sebab. Dia pergi saat aku perlukan seorang teman untuk meluah perasaan, dia pergi saat aku membutuhkan seorang sahabat pembakar semangat...
Entahlah, aku pun tidak tahu kenapa???tapi, aku masih teringat saat dia menaburkan janjinya, saya tak akan tinggalkan awak...namun, sekarang dia tinggalkan aku tanpa sebab dan alasan, membiarkan aku merangka mencari salah sendiri...Aku sedih, rasa kehilanganya kerna saat ini, hanya dia yang ada untuk aku berkongsi rasa, namun, dia tetap tinggalkan aku terkapai-kapai sendirian...aku kecewa bila aku tahu aku mungkin sudah tidak penting baginya, aku tidak ingin melukut di tepi gantang, namun bagi aku sekarang, tiada teman kan atau sahabat yang akan selamnya bersama kita kerana pengalaman telah mengajar aku untuk tidak mengharapkan kehadiran seorang sahabat itu untuk selamanya...pengalamn juga mendidik aku agar tidak terlalu mengharapakn seorang teman setiap saat dan ketika...dikal aku masih menanti khabar darinya, aku mula belajar untuk terima kehilangannya dengan hati terbuka...
Buat dirinya, maafkan saya andai ada terkasar bahasa dan tersilap madah saat kita bersama, maafkan saya jika salah saya awak sanggup buat begini, tapi percayalah bagi saya, sahabat adalah sahabat buat selamnya, saya masih disini utk awak walau saya tahu awak mungkin tiada untuk saya...
Posted by Si Kure-kuree at 11:13 AM 0 comments