BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 13, 2007

Dugaan vs Cubaan

Betullah apa orang kata, Kenyataan tak semanis mimpi...
itulah hakikat yang aku kena terima...Result SPM aku yang tak secemerlang yang aku harapkan..tapi cukuplah tu at least taklah teruk sangat...cukup untuk aku mohon undang-undang dalam negara...tak payah gi oversea pun takpelah...dan of course cita2 aku akan tercapai kalau aku mampu berusaha..kalau bukan hari ni pun, suatu masa nanti..akau sepatutnya kena barsyukur dengan apa yang aku dapat sebab ramai lagi orang lain yang tak dapat result macam aku..lebih ramai yang lebih teruk,tapi mereka tentunya pandai bersyukur dan tak pernah putus asa...aku perlu lebih2 lagi..walaupun ramai lagi kat sekolah lama aku yang cemerlang dari aku, tapi mama kata aku mungkin lebih beruntung,....maybe jugak sebab aku mungkin ada kelebihan kat tempat lain..Allah tukan Maha Adil...aku percaya ketentuanNya, dan aku akan terima apa saja yang telah ditetapkan olehNya..mungkin rezeki aku kat tempat lain...
Iktibarnya,kita sebagai manusia, kenalah mjenerima apa aje yang telah ditentukan untuk kita sebab di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...tak banyak pun pasti sikit ada jugak terselit kelebihan dalam setiap kelemahan..dan apa yang kita lalui hari ini pasti menjadi pemangkin untuk kita terus maju dan berjaya di masa depan...

Monday, March 5, 2007

SPM oh SPM!!

'Weh,kau dah siap homework yang cikgu bagi tadi???'
'Belum la...aku tak tau bila nak siap..banyak sangat. Tu baru satu subjek belum lagi subjek lain yang menimbun tengah tunggu giliran...bila lah nak keluar dari alm persekolahan..takdelah banyak sangat homework yang datelinenya esok..'. Aku hanya mampu mengeluh setiap kali homework tidak mampu disiapkan..menanti bilakah spm akan berakhir dan itu bereti aku tidak akan menjadi penghuni asrama ini,mungkin sampai bila2 atau mungkin untuk seketika..kan aku pun tak tau apa yang akan berlaku lepas ni. Bulan puasa oklah, at least pgl aku tu takdela membebankan sangat..mintak excuse ngan syila, boleh la aku curik masa nak basuh baju n buat bende lain...
Tapi itu dulu, waktu aku masih bergelumang dengan buku2 yang kat depannya ada tiga huruf yang mampu mendebarkan hati sesape saje yang sekapal dengan aku waktu tu...SPM..Fuh takut giler siot nak duduk kat dalam dewan besar tu n amik periksa SPM yang bakal menentukan ke mana hala tuju kami semua...
Tanggal 15 Nov 2006, kami 244 orang student dari the fifty betch of KI berdepan dengan kertas pertama kami...Bahasa Arab Tinggi..itu satu permulaan bukan pengakhiran...Kesibukan mula terasa sampaikan tiap2 minggu baju kotor kema gumpal masuk plasti hantar kat mak cik dobi...
Nasib baik makcik tu paham..maklumlah budak periksa...bukan kitorang je tapi kakak n abang upper 6...kat bilik aku, fuh, terus senyap asal malam tiba..bukan sebab sume dah tido tapi sebab ramai yang takde.. lagi tak pukul 11.30,adala 2,3 orang budak dorm kat situ...macam2 program ada..SEntuhan gemilang la, sentuhan terakhir la...tula, persediaan yang kitorang kene buat dan terpaksa hadapi...nak SPMlah katakan...Kawan aku kat ini antara hidup dan mati...sejauhmana kebenrannya,,,Wallahualam...aku pun tak dapat nak pastikan...
Tapi lepas penat kami sume bergelumang dengan buku2 tu, saat yang ramai kata saat kebebasan bermula...macam2 perancangan dibuat, tak kurang jugak yang kene plkn menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke kem yang berda di serata malaysia ni...Lepas abis SPM, aku menjadi penghuni negeri Selangor tu untuk beberapa minggu sebelum kembali ke tempat tumpah darah aku ni...Terengganu...dan kat sini aku kene melangut jadi baby seater buat sebulan sebelum aku fikir apa yang aku nak buat...angan2 nak keje tapi lastly, kene belajar menjahit la pulak, kat kemas tepi pasar lam dekat dengan rumoh mok aku...Tak tau nak ckp apa tapi tula pengalaman pertama aku bergaul dengan gadis2 kampung kat sini, sebelum ni, aku jarang keluar rumah masa zaman sekolah dulu...kak long kata, jadik orang wakaf tapai la adik ye...tapi tu la yang aku sendiri alami, berkaean dengan macam2 gaya gadis dan wanita masa kelas..kawa2 sekelas lah kirenye...siap jahit sepasang baju, dengar pulak cerita result nak keluar...aku punye berdebar sampai terketar2...result tak tau lagi masa tu...elok2 je siap sepasang alagi baju, kak wana hantar message, result keluar 12 haribulan...dengar result nak keluar, aku duk kalut fikir nak cari kasut kulit hitam..pakai nak g amik result nanti...sekarang ni, debaran tahap kritikal...macam2 aku fikir..tentang result dan tentang dunia aku lepas ni...adakah cita2 aku nak g jepun na sekaligus nak jadi pebgacara tv tu tercapai...kalu aku ni dah cukup syarat, mau je aku pegi auditon pesona nona..boleh jugak merasa beraksi....
tapi tu angan2 jela...tunggu la result tu kalu ko nak berangan2..tapi mcm mana pun jagn luper untuk doakan kejyaan aku tau...minggu de0pam dah ni..result bakal keluar..menakutkan betul....hish..jgn teruk sudah tapi kalu dah rezeki tu tak kemana kan...insyaallah dapat 12 a la aku kali ni....

hidup dan kehidupan

hmmm...
kadangkala susah untuk kita hadapi hidup ini, tapi tentu pengalaman banyak mengajar kita sesuatu yang amat berguna...tentang HIDUP dan KEHIDUPAN...
bila kita mula bercakap tentang hidup ada satu benda yang kita kena sentiasa ingat..
setiap hidupan di dunia ini akan menerima sesuatu yang dipanggil DUGAAN...
dugaan inilah yang akan dan bisa mematngkan diri kita..
insan lemah yang hanya tinggal sementara di dunia ini...
insan kerdil yang diciptakan sebagai khalifah untuk menjaga dan memakmurkan alam ini...
pengalaman demi pengalaman, dugaan demi dugaan yang kita tempuh adalah satu pengajaran untuk kita membina keyakinan dalam diri kita ini bahawa kita boleh menjadi khalifah...khalifah yang patuh dan taat pada penciptanya...