BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 5, 2010

CANTIK KE??

CANTIK KE?????

Entry kali ni, maybe macam sedkit pelik. Tapi ini hakikat yang sedang dicari. Cantik? Semua orang akan jawab, cantik tu subjektif. Cantik tu depends pada orang yang melihat. Bila kita cakap pasal cantik, macam macam jawapan yang akan kita terima. 'orang yang fair itu cantik'. 'Cantik tu orang yang hitam manis.' 'Cantik tu macam budak kat depan tu'. Atau mungkin kita akan dengar juga orang cakap 'cantik tu bila dia cantik peribadi'. Tapi, aku pun kadang-kadang anggap cantik tu, bila orang tengok je, sedap mata memandang. Yang bila orang tengok orang akan terus cakap, dia ni cantik. Dan selalunya, orang yang dikata cantik, adalah seorang yang fair. Sebab tu kadang-kadang pada aku, being fair dah melengkapkan 50% definisi cantik pada seorang wanita. Dan aku pun dengan tbe2 nya, berfikir dan mendapat idea untuk bertanya beberapa orang lelaki tentang definisi cantik bagi mereka, juga ciri-ciri seorang gadis yang cantik pada pandangan mereka. Antara insane-insan terpilih adalah, R(bukn nama sebenar), A(bkn nama sbnar) dan N(bukan nama sebenar). Owh lupa, dalam lelaki-lelaki tersebut, aku pun dah bertanya pada seorang gadis, yang pada aku cantik.

Perbualan dengan si gadis:-

Aku: bagi ko cantik tu macam mana?

Gadis: erk..macam…alamak, tade pulak org yg cantik kat sni..(ada beberapa orang perempuan sdang melalui kwsan tersebut)

SMS antara aku dan R(bkn nama sebenar):-

Aku: Apa definisi cantik bagi ko?

R: Cantik tu abstrak..Cantik tu general..Cantik tu tersurat n tersirat..Cantik tu adalah perkataan hasil gabungan huruf C.A.N.T.I.K..

Aku: Alaa..ko ni tak menepati kehendak soalan la. Ciri-ciri seorang pompuan yang cantik?

R: Bg aku..Ramah pada masanya, indah tutur kata, bijak dalam setiap aspek, perilaku yang mempesona..Terjawab x pertanyaan tadi?

Aku: Terjawab. Tapi kalo cantik physically camne plak?

R: Cantik tu tak jelas..tak dapat dilihat cantik tu pada segi fizikal..Kalau ko nampak perempuan cacat, muka terbakar, tp sifat n pekerti yang ada boleh dikatakan sempurna. Cantik tak pompuan tu?

Aku: Cantik..

Ini hasil kajian aku. Malangnya, respondent aku yg lagi dua tu, blum mmberikan apa-apa jawapan pada aku. Dalam masa sekarang aku sedang menunggu jawapan mereka, dan aku juga berkira-kira untuk mencari respondent lain. Menambah pendapat yang aku ada sebelum membuat kesimpulan. Persoalannya, betulke cantik tu orang lihat dari sudut fizikal sahaja, atau dalaman sahaja, atau mungkin kedua-duanya sekali?

Nota: tbe-tbe aku terfikir lagi persoalan yang baru, knape kalo lelaki handsome, hanya dilihat dari satu sudut, tapi perempuan cantik, dilihat dari banyak sudut???

0 comments: