BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 6, 2013

HARI RAYA, 1 MALAYSIA DAN BALIK KAMPUNG.


Tadi pagi-pagi, scroll news feed FB, pastu jumpa satu status sorg uncle india ni yg di share oleh one of my colleagues. Itulah yg munculnya post kali ni..lalalalala..dalam post tu uncle tu maksudkan lebih kurang macam ni la, “We don’t need multi million ringgit promos to create 1Malaysia. Just treat everyone like brothers and sisters, you will have a loving environment”. Ni moral daripada cerita yang uncle tu ceritakan which is aku setuju sangat-sangat.

Berbalik kepada topic asal, Hari Raya, 1 Malaysia dan balik kampong..aku lagi suka kita kupas satu-satu and then kita campurkan semuanya sekali. Maklumlah kan, sekarang memang tengah mood mari kita berHari Raya. Indeed, Hari Raya adalah perayaan orang Islam menyambut hari kemenangan selepas 30 hari berpuasa. Itu naturenya. Dalam erti kata lain, hari raya adalah perayaan agama bukan perayaan bangsa atau Negara. Namun, di Malaysia, Hari Raya lebih senang dianggap sebagai perayaan orang Islam dan juga orang Melayu memandangkan kebanyakkan umat Islam di Malaysia adalah mereka yang berbangsa Melayu (Sama macam konsep Masuk Islam vs. Masuk Melayu).

Malaysia ni pula merupakan sebuah Negara bermasyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kumpulan bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sejak kerajaan memperkenalkan konsep atau pun lebih dikenali sebagai Gagasan 1Malaysia, yang berteraskan perpaduan dan kesatuan pelbagai kaum di Malaysia, masyarakat sekarang lebih senang untuk menganggap kesatuan ataupun perpaduan dan kemesraan antara pelbagai bangsa di Malaysia sebagai 1Malaysia ataupun bertepatan dengan konsep dibawakan oleh 1 Malaysia.

Dan last, balik kampong! OO..OO..OO Balik Kampung! Hati girang..okey..menyanyi jap. Balik kampong ni benda/perkara paling best yang memang semua orang memang teruja la. Lagi-lagi yang memang jenis perindu kampong halaman macam orang yang tengah menaip ni kan..Tradisinya di Malaysia, bagi setiap perayaan, tidak kiralah apa jua perayaan, name it, Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali, Tadau Kaamatan, Hari Gawai atau apa jua perayaan, masa nil ah orang akan berpusu-pusu balik ke kampong masing-masing. Sangat sinonim. Sebab dah namapun perayaan kan, mestilah kita nak sambut dengan sanak kaum family kan..(Tak sabar nak tunggu pukul 4, balik kerja, pastu jom mulakan perjalanan pulang ke kampung..yeay!!)

Daripada 3 elemen penting dalam topic hari ni, dapatlah kita katakan yang 3 perkara ni berkait rapat antara satu sama lain. Sekarang ni musim tengah raya, semua orang pun sibuk wish Selamat Hari Raya. X kira la bangsa apa sekali pun dan kat mana-mana sekali pun. Contoh mudah, terserempak dengan member lama bukan melayu islam kat LRT, dia akan greet dengan ‘Selamat Hari Raya’ bersama senyuman paling manis. Kat sini kita dah boleh Nampak konsep satu Malaysia tu kan..hehe..
Pengalaman sendiri. Baru alami pagi tadi. Naik cab, driver cab tu seorang uncle india. Duduk je uncle tu Tanya,

Uncle: Adik tak balik kampong ke?
Aku: Belum balik lagi, uncle.
Uncle: Bila adik balik? Kampung mana?
Aku: Hari ni balik uncle. Kat Terengganu.
Uncle: Owh..Balik, jalan elok-elok. Jangan speed, jangan potong queue, bahaya la. Polis pun banyak.
Aku: Okey uncle.

Itu yang pakcik tu Tanya aku, dan pakcik t uterus je bertanya kat sapa-sapa yang melayu. Termasuklah orang jaga told an orang jaga parking sambil wish selamat hari raya. Nampak tak konsep 1Malaysia kat situ.

Haa..dah alang-alang sebut balik raya ni kan, teringat dulu, kat kampong, walaupun xberapa nak kampong mana pun, mama pernah cerita, zaman dia kecik-kecik dulu, Cina dan Melayu kat kampong kitorang (xde India kat situ), memang berkawan rapat. Sampai diorang pun sama-sama celebrate raya, puasa semua nil ah. Dan aku masih ingat waktu kecik-kecik kanak-kanak riang gembira dolu-dolu, memang ada je anak cina yang bagi salam pagi-pagi raya dating beraya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam 1 Malaysia. Jom balik kampong.


Nota: seronok nak habiskan kerja. 30 minit lagi sebelum mula bergerak dan memulakan perjalanan penuh pit stop balik kampong..yeah!!!!

0 comments: