BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 14, 2011

BLACK DOT

Sudah lama tidak menulis, sudah lama tidak mencoret apa-apa pada permukaan kosong blog ini. Langsung tiada tinta. Tiada idea sebenarnya. Zaman moden, mana lagi diperlukan dakwat untuk mengukir bait2 perkataan. Yang perlu ada Cuma tenaga kekuatan jari jemari untuk menekan butang2 pada papan kekunci laptop. Meninggalkan ayat2 canggih pada muka putih Microsoft Word.

Ini sekadar perkongsian ikhlas. Entry ini mungkin kedengaran atau kelihatan sedikit formal. Agak formal berbanding entry entry terdahulu yang nampaknya terlebih santai. Ini bukan sesuatu yang serius. Tapi memerlukan pemahaman. Memerlukan ketajaman minda, kesediaan fikiran untuk merenung diri sendiri. Entry ini sekadar perkongsian pengalaman, perkongsian pendapat dan kelapangan untuk ilmu. (Sekadar mencuba gaya baru penulisan blog.)

Hari ini, agak sedih. Mood dalam keadaan yang agak kurang menentu. Lantaran sesuatu yang mengguris hati. Mencari seseorang untuk berkongsi cerita. Cuma satu yang dikatakan olehnya, "Macam modul yang kita buat tu, Orang akan nampak titik hitam tu lebih dari putih yang ada pada kertas tu. Walaupun mungkin titik hitam itu Cuma satu." Benar. Kembali aku merenung diri, mengingat modul Black Dot yang selalu kami jalankan untuk adik-adik. Modul itu bukan sekadar untuk adik-adik mencuba, tetapi juga untuk motivasikan diri sendiri. Khilafku disitu. Sebab terlalu reactive mungkin. Tapi betullah, setiap kali pun, kita akan mengira pandangan orang lain, pandangan orang lain tentang sisi kita yang lebih kelihatan. Itulah manusia. Menilai orang melalui sedikit kesilapan, tapi bukan melihat orang dari sisi baiknya. Seperti titik hitam di atas permukaan sehelai kertas putih yang lebih jelas kelihatan, dan yang pertama disedari oleh si yang melihat, begitulah jua manusia menilai manusia yang lain. Menilai pada kekurangannya, menilai pada khilafnya, menilai pada silapnya. Bukan melihat sumbangannya, bukan melihat jasa baiknya. Aku mengerti itu.

Harus aku hindarkan rasa itu, kerna rasa itu hadir kala diri sedang dalam api amarah. Kegeraman yang bercampur baur dengan kekeciwaan. Kerana hati mengharap kefahaman orang lain, kerana diri berharap agar tidak dipersalahkn. Tapi itulah manusia. Aku seolah dinilai hanya dengan satu refusal. Tapi langsung apa yang aku korbankan selama ini tidak dihargai. Bukan mengharap penghargaan. Tapi cukuplah sekadar tidak mencari salahnya aku yang sedikit itu.

Letakkan diri dalam kasut aku. Pasti kamu akan faham maksudku ini.


 

Mode: Mengajar diri menjadi lebih kuat, dalam proses mematangkan diri dengan kerenah manusia. Mendidik hati agar tidak cepat tersentuh dengan dugaan keliling yang semakin hari semakin mendesak. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Amin.

0 comments: