BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

D.E.C.I.S.I.O.N

location: nowhere!

sudah lama tidak menjenguk kesini. andai hampir sebulan itu bole dikira lama. owh, agak lama juga sebenarnya. Merindui penulisan di blog. sungguh, tapi tidak punya cukup masa untuk menggodek jiwa mencari mood untuk menulis sesuatu di sini. tapi ini ada satu isu yang dikira agak menarik untuk dikupas.

pernah bertanya pada seorang kawan, kenapa kita tak bleh buat keputusan?
jawapannya, bukan kita tak boleh buat keputusan, cuma sama ada kita takut untuk buat decision tu, atau kita taknak buat dcision tu.

terfikir sesuatu. betul, mcam yang Robert Frost tulis dalam ROAD NOT TAKEN, sebenarnya pilihan tu ditangan kita, sama ada kita nak pilih jalan yang orang ramai lalu atau kita just nak pilih jalan yang rumputnya masih tinggi, yg tak ada orang lalu lagi. tapi sekarang bukan isu nak buat pilihan apa yang kita bincangkan, tapi isu adakah kita mahu membuat keputusan, membuat pilihan. kadang2 kita jugak terfikir yang kita dah buat pilihan, tapi kita takut.. takut untuk menerima akibatnya. kita tak tahu apa yang bakal berlaku, tapi kita boleh agak. jadi cukuplah untuk kita menyedia alasan untuk tidak membuat pilihan. walaupun kita punya hujah yang kukuh untuk memilih. ya, kta sebenarnya bukan tidak boleh membuat keputusan, tapi kita tidak mahu, kerana terlalu memikirkan kesannya yang kita tahu kita tak mampu tanggung, atau kita sebenarnya takut untuk memikirkan bahawa keputusan yang kita buat itu salah. TAKUT UNTUK MENANGGUNG RISIKO. itulah realitinya.

tapi seharusnya juga, kita buang perasaan itu, sebab kita memang ditakdirkan untuk membuat keputusan, apa jua kesannya, apa jua implikasinya, dari keputusan yang kita buat itu, kita harus terima. kerana ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. mungkin bukan baik untuk hari ini, tapi baik untuk hari lain...

0 comments: