BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 1, 2008

Faris Farisha

Everything have not started yet…the story just begin.. a word said, given a thousand meaning to a life…where the story begin, is where the life of two different persons start…

Awan yang berarak mendung membuatkan Faris membatalkan niatnya untuk bermain bola.Satria Neo miliknya dipandu terus menuju ke arah rumahnya.Sebaik menghampiri kawasan rumah,sebuah lori yang menghalang pintu pagar membakar hati.Enjin dimatikan setelah kereta diparkir betul-betul di belakang lori.
“Assalamualaikum,Ibu.”Faris menyapa ibunya yang berada di gazebo di halaman Villa Bougainvilla.
“Waalaikumusalam.Cepat kamu balik.Kata tadi nak main bola.”Puan Marisa sedikit pelik melihat kepulangan anak lelakinya yang lebih awal daripada biasa.Selalunya selagi matahari belum terbenam,selagi itulah Faris tidak akan pulang.
“Saja.Lagipun hari ni Faris minum petang dengan ibu.Mia mana,ibu?”Faris bertanyakan soalan.Janggal pula rasanya apabila adik kesayangan tiada bersama ibunya.Kalau tidak, setiap kali ibu di taman, Damia, adik bongsunya mesti ada sama.
“Dia pergi rumah sebelah.Tolong orang rumah sebelah.Baru pindah.”
“Oh,itulah yang ada lori kat depan.Menyusahkan betul.Tak fasal-fasal, anak ibu ni kena parking kereta kat luar.”Faris bersungut dan mengadu.
“Dahlah.Kita kan berjiran.Lagipun bukannya jauh.Nanti, kamu bawalah kereta tu masuk.Jom,ibu dah sediakan minum petang.Kamu duduk dulu.Kejap lagi kita minum sama-sama.”Puan Marisa terus berlalu meninggalkan Faris yang masih tercongok memandang ibunya berlalu.
* * * * * * * * * *
Farisha bersalaman dengan ibunya sebelum berlalu untuk ke tempat kerja.Memandangkan hari itu hari pertamanya memulakan kerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat swasta, Farisha memulakan harinya lebih awal daripada biasa.Walaupun papanya mengajak dia untuk bekerja di syarikat keluarga, namun Farisha lebih gemar untuk menimba pengalaman bekerja dengan orang lain.
“Selamat Pagi,Cik.Anything I can help?”Pertanyaan gadis penyambut tetamu itu dibalas dengan senyuman.
“Saya Ilya Farisha.Nak lapor diri.Today’s my first day.”Farisha memaklumkan.
“Oh,Cik Farisha.Cik boleh jumpa bos.Third floor.Hah, Iqbal!Kau tolong bawa Cik Farisha jumpa bos.”Farisha mengalihkan pandangannya kearah seorang lelaki yang menuju ke arahnya.Dia segera mengekori langkah Iqbal.
“Cik Farisha, yang tu bilik bos.Saya pergi dulu.Hmm..By the way,saya Iqbal,office boy kat sini.”Farisha mengucapkan terima kasih sebelum menghantar Iqbal dengan ekor matanya.Farisha meneruskanlangkahnya ke tempat yang dituju.
* * * * * * * * * * *
Faris berdiri foyer bangunan syarikat. Fikirannya menerawang kepada gadis yang dihantar bertemu bos tadi. Dia mengelamun sendiri.Cantik.Hati Faris berdetak kencang saat pertama kali memandang wajah manis itu.Faris memandang jam tangan di pergelangan tangan.Pukul 5.30 petang. Teringat janjinya untuk pulang awal hari itu, Faris melajukan langkah keluar.Tanpa disedari,dia terlanggar seseorang.
“Opps,sorry!”Spontan Faris meminta maaf sambil membantu mengutip barangyang bertaburan.
“Its Okay.”Faris terkejut sebaik mendapati orang yang dilanggarnya adalah Farisha.
“Cik Farisha.Maaf.Saya nak cepat.”Sekali lagi Faris memohon maaf.
“Takpe.Iqbal nak balik dah ke?”
“Haah.Cik Farisha pun mesti dah nak balik kan.”Mereka meneruskan perbualan sambil berjalan keluar.
“Ya.Hmm..takpelah.Saya pergi dulu.Jumpa lagi, Iqbal.”Farisha meminta diri sebelum berlalu ke arah tempat parkir.Faris mendapatkan motosikalnya sebelum menunggang keluar dari kawasan pejabat.
* * * * * * * * * *
Farisha berjalan-jalan berseorangan.Meninjau novel-novel baru dan buku-buku di MPH.Faris sedang mencari bahan sebagai persediaan untuk semester baru.Dari satu sudut ke satu sudut kedai dijelajahi.Faris menuju ke kaunter pembayaran setelah puas hati dengan pilihannya.Setelah selesai membuat pembayaran, matanya menangkap sesusuk tubuh lampai yang dikenalinya.Farisha.
“Hai,Cik Farisha.”Faris menyapa.
“Hai,Iqbal.Awak pun beli buku juga ke?”Farisha bertanya memulakan perbualan.
“Haah.Sikit-sikit jer.Sorang j eke?”Faris bertanya sambil mereka sama-sama melangkah.
“Ya.Hmm..Apa kata,saya belanja Iqbal minum?”Farisha mempelawa.Sebolehnya, dia mahu berkenalan dengan jejaka di sebelahnya.Dia senang bersama Iqbal walaupun baru beberapa kali ,mereka bertegur sapa.
“Saya tak kisah.Patik menurut perintah,Tuanku.”Sedikit berseloroh Faris menjawab.Ibarat bulan jatuh ke riba, Faris bersetuju.Sekurang-kurangnya, dia dapat mengenali Farisha dengan lebih dekat lagi.Farisha tergelak dan mereka beriringan menuju ke Food Court.
“Cik Farisha tak kisah ke minum dengan saya?”Faris bertanya sebaik sahaja mereka duduk di satu meja.
“Kalau saya kisah, tak adalah saya pelawa Iqbal.Kenapa Iqbal tanya macam tu?”
“Saja. Yalah,Cik Farisha kerja pangkat tinggi,saya ni Office Boy je.”
“Saya tak memilih pangkat, Iqbal.Pada saya, kita semua sama je.Dan,sebagai permulaan,Iqbal panggil saya Farisha je.Tak payah nak bercik-cik dengan saya.”Farisha tersenyum.Memulakan langkahmembina persahabatan.Memang,dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa pun.Bak kata orang,berkawan biar seribu.
“Ok.Tapi, kat pejabat,saya kena panggil Cik..Opss..Farisha, Cik Farisha.Sebab Farisha ketua saya.”Faris turut tersenyum.Senang hatinya.Persahabatn baru terbina walau jauh di sudut paling hujung hatinya, dia mengakui,dia bukan sekadar tertarik dengan Farisha tapi,telah jatuh cinta pandang pertama,pada keayuan dan manisnya wajah di hadapannya.
“Hmm..Iqbal beli buku apa tadi?”Hati Farisha melonjak ingin tahu isi kandungan beg yang dibawa Faris.Agak banyak buku.Jarang dia melihat lelaki sekarang yang rajinmembeli buku.Apatah lagi bagi mereka yang sudah bekerja.
“Oh,beli buku rujukan.Malu nak cakap,saya sebenarnya belajar lagi.”Faris tersenyum menjelaskan.Dalam hati, dia tergelak sendiri.Agak kelakar jika seorang penuntut ijazah sarjana,malu memberitahu orang lain yang dia masih belajar.
“Buat apa nak malu.Belajar itu kan tuntutan agama.Tapi, bila Iqbal kerja, tak ganggu pelajaran ke?”Farisha sebenarnya kagum denganlelaki di hadapannya.Tidak dinafikan,Iqbal kelihatan berusia pertengahan 20-an dan lebih matang daripadanya,tetapi,masih mahu menimba ilmu.
“Saya kerja par-time je.bila tak ada kelas.Lagipun,nak tambah duit poket.”PerlahanIqbal menjawab.Mereka saling berkongsi cerita.Dari cerita tentang diri masing-masing sehinggalah hal ehwal semasa.
* * * * * * * * * * *
“Mia!Mia!”suara yang memanggil dari tingkat bawah memaksa Damia turun.Dia tah,itu abangnya.Walaupun malas, dia tetap bangun dari kerusi.
“Abang,kenapa?Dari bawah menjerit.sakit tahu telinga Mia.Boleh cair tahi telinga dengan abang jerit.”Damia mendapatkan abangnya sambilmengomel.Di mengdongkol geram melihat Faris yang selamba baring di sofa.Bukannya reti nak naik atas.
“Abang happy sangat hari ni.Abang dah jumpa Princess hati abang tahu.”Faris bercerita meluahkan rasa gembira.Terbayang wajah Farisha yang cantik dan hubungan mereka yang semakin rapat.
“Dah jumpa??Siapa yang malang dapat abang Mia yang tak handsome ni?”Damia terkejut.Masakan abangnya yang terlalu taksub dengan pelajaran boleh jatuh cinta.Dia masih ingat bagaimana Faris mengamuk dan tidak pulang ke rumah 3 hari gara-gara papa menghalang niatnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master.Akhirnya,papa terpaksa mengalah dan membiarkan Faris menyembung pelajaran.Itupun bersyarat.
“Ala, dia belum dapat abang lagi. Sebab abang belum propose dia lagi.”
“Apalah abang ni.Lembab.Better you propose her ASAP.Nanti, kalau melepas,menyesal.Dia pun kaki study macam abang jugak ke?”
“Dia dah kerja.Kat syarikat papa.Abang takut nak beritahu.Kalau dia tolak, niaya je.Abang kecewa tahu.”Faris mengaku.Biarpun sudah agak lama dia rapat dengan Farisha tapi, dia masih terlalu takut untuk berterus terang.
“Itu, masalah besar.First, dia tahuke abang anak papa? Second,Kenapa abang takut sangat.Kalau dia taknak, Mia kenalkan abang dengan Kak Ilya.JIran sebelah rumah. Cantik.”Damia menyuarakan cadangan.Damia memang rapat dengan Ilya.
“Itulah fasal.Abang belum bersedia lagi nak berterus terang.Lagipun, abang ingat bila abang dah propose dia, baru abang nak baritahu.Setakat ni dia Cuma tahu abang kerja sambil belajar kat syarikat.”
“Abang nimemang.Dari dulu, Mia dahbaritahu abang, abang kena fakir implikasi dan effect.Mia kan, sebenarnya masih tak faham, kenapa abang nak sangat kerja as an office boy.Abang ka nada degree.Memang la abang nak sambung belajar,tapi, kalau nak part time,takdalah sampaikena jadi budak pejabat je.”Damia mempersoalkan keputusan yang di ambil abangnya.Pada Damia, Faris punya segalanya, tapi masih berkelakuan seolah dia tiada apa-apa.
“Yelah.Abang tahu.Abang salah.Dahlah,sekarang ni, better Mia tolong buatkan abang air..Dahagalah,dik!”.Farismengubah topic.Mengakui kesilapannya walaupun, pada hakikatnya, dia mempunyaiagenda sendiri dalam setiap tindakan yang di ambil.Dalam usianya,dia memang perlu mencari teman hidup, dan Faris hanya inginkanseseorang yang mencintainya sepenuh hati dan boleh menerima segala kekurangannya.
* * * * * * * * * * *
Farisha berjalan di sepanjang pantai.Faris yang berada di bangku yang barhampiran sekadar menjadi pemerhati.Sepanjang lebih 3 bulan mereka berkenalan,Farisha amat senang dengan kehadiran Faris.Begitu juga dengan Faris. Farisha rindu setiapkali Faris tiada untuk menemaninya dikala bosan.
“Farisha.”Sapaan Faris membuatkan Farisha berpaling.
“Hah,Iqbal.Kenapa?Terkejut Farisha.”
“Farisha, Iqbal rasa, kita dah lama kenal.Iqbal senang dengan Farisha.Farisha lain dari yang lain.”Faris memulakan bicara. Akhirnya, Faris bersedia untuk meluahkan perasaannya.
“Hmm.Farisha pun, rasa senang dengan Iqbal.Iqbalkan kawan Farisha yang paling rapat.”Farisha senyum.
“Kalau Iqbal nak hubungan kita lebih dari kawan,Farisha okey ke?Maksud Iqbal, Iqbal nak Farisha jadi suri di hati Iqbal.”Fuh,lega.Akhirnya terluah jua kata-kata Iqbal.Farisha terkedu.Langsung tidak terduga dengan kata yang diluahkan lelaki dihadapannya.
“Iqbal beri masa pada Farisha.”Akhirnya Farisha membuat keputusan walaupun masih meninggalkan tanda tanya kepada Faris. Faris hanya mengangguk dan mendiamkan diri. Farisha akhirnya, berlalu menuju ke keretanya.
* * * * * * * * * * *
Farisha sedang bersiap-siap ketika ibunya masuk ke bilik.Hujung minggu itu, dia telah membuat rancangan untuk keluar bersama Damia. Gadis di sebelah rumahnya.
“Ilya,dah siap ke?Damia dah lama tunggu kamu kat bawah.”Beritahuibunya sebelum beredar keluar. Farisha pantas mengikat rambutnya dan mengambil beg tangan sebelum berlari turun.
“Mia,Sorry.Akak lambat.Jom, kita pergi sekarang.Ibu,Ilya, pergi dulu.”Farisha memberitahuibunya sebelum melangkah ke kereta bersama Damia.
“Mia tak kisah pun akak.At least dengan akak, dapat juga Mia keluar shopping.Kalau nak harapkan Abang Faris, tahun depan pun belum tentu dapat keluar shopping.”Damia geram dengan Faris.Sejak dia cuti, belum pernah Faris membawanya keluar.Faris sentiasa denganaktivitinyasendiri.Kalautidak pun,akan bersama dengan buku-bukunya.Farisha hanya menguntum senyum.Selalu dia menjadipendengar setia kepada rungutan Damia tentang abangnya.Tetapi, sepanjang dia menghuni kawasan kejiranan itu, belum pernah dia terserempak dengan abang Damia walaupun mereka berjiran.
“Yelah, cik Damia.So,sekarang ni, apa kata, kita main bowlingdulu,lepas tu, kita shopping.”Farisha memberi cadangan.Damia hanya mengangguk.Farisha menguruskan segalanya.Damia hanya mengikut.
“Kak, kalau Mia nak tanya akak something boleh?”Damia bertanya selepas mereka selesai bermain dan menuju ke Pizza Hut.
“Tanyalah Mia. Kalau akak boleh jawab, akak jawab.”Farisha tersenyum.macam-macam Damia ni.
“Akak, orang besar ni, lagi-lagi lelaki memang susah ke kalau nak berterus terang dengan orang yang diaorang suka?”Damia bertanya dan buat muka confius.Farisha hanya menggeleng.Tak sangka langsung gadis berusia 17 tahun di hadapannya bertanya soalan sebegitu.
“Mia ada boyfriend tak?”Tiba-tiba Farisha bertanya tanpa menjawab soalan Damia.
“Tak ada lah akak.Damia ni kecik lagi tahu. Tak pernah terfikir pun nak ada.Kenapa kak Ilya tanya?Soalan Mia pun akak tak jawab lagi.”Damia membalas. Memang, dia langsung tak pernah terfikir untuk mempunyai teman lelaki. Walaupun, ramai dalam kalangan teman-temannya mempunyai teman istimewa.

“Hmm..Padanlah pun Mia tanya macam tu. Tak ada pengalaman lagi.Mia, semua apa yang seseorang itu lakukan dalam hidup mesti ada sebab.Mia pun mesti ada belajar sejarah kan,setiap incident happened, mesti ada sebab dan akibat.Dalam bab ni, depends pada hati seseorang tu. Kalau dia dah bersedia mesti dia berterus terang.Sama juga, kalau orang tu tak berterus terang, explain the truth, mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.Kenapa Mia tiba-tiba tanya macam tu?”Panjang lebar Farisha menjelaskan.Dia merasakan dia mengalami situasi yang sama.Dia pasti dengan apa yang dia rasakan terhadap Iqbal.Cuma Farisha belum ada kekuatan untuk mengaku semua itu.
“Saja. Cuma, Mia pelik dengan abang.Dia tu, minat kat seorang girl ni, tapi, dia tak berterus terang kat kakak tu siapa dia.Orang tu ingat dia tak ada kelulusan padahal abang dah nak buat master pun.”Damia memberitahu tentang Faris kepada Farisha.
“Yeke?Mesti abang Mia ada alasan dia sendiri kenapa dia buat macam tu.Tapi, kalau akak jadi girl tu mesti akak sedih sebab kena tipu.Ha, cakap pasal abang Mia, kenapa akak tak pernah pun jumpa dia?”Farisha tertanya-tanya.Dia pelik kerana belum pernah bertemu anak teruna di rumah sebelahnya padahal sudah banyak kali dia bertandang ke situ.
“Mia tak pelik pun akak.Akak pun tak payah nak pelik.Abang memang macam tu.Kalau dia tak keluar, ada kat bilik, study.Kadang kadang kan akak, kawan-kawan papa datang rumah, tak pernah tahu pun yang papa ada anak lelaki.”Damia beritahu sambil tergelak. Pada Damia, abangnya memang kelakar.Jarang lelaki yang jenis terperuk.
“Baguslah.At least dia concern kat study.Tapi, akak teringin la nak kenal abang Mia tu.Bila nak kenalkan?”
“Ha..Kalau nak kenal bila-bila masa je akak.Tu pun kalau makhluk coklat tu ada kat rumah la.hehe..”Damia tersengih.Best jugak bagi abang nama makhluk coklat.
* * * * * * * * * *
Kereta yang dipandu Farisha menjalar masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat.Farisha keluar diikuti Damia.
“Kak, Mia balik dulu lah.Akak tak nak pergi rumah Damia ke?”
“Hmm…takpelah Mia,nanti lain kali akak pergi. Tunggu abang kesayangan Mia ada dulu.”Farisha menolak pelawaan Damia sambil tersenyum.
“Alah, akak.Jomlah, Mia tahu abang ada kat rumah tu. Kereta dan motor dia ada kat garaj.”Damia tetap memujuk. Apa salahnya kalau kali ini, dia dapat menemukan abangnya dan Kak Ilya.
“Yalah Mia. Jom.”Akhirnya Fariaha mengalah. Lagipun dia boleh berkenalan dengan jiran. Rapatkan ukhuwah sesama jiran tetangga.Mereka berjalan hingga ke rumah Damia. Damia melangkah lajuke arah seorang lelaki dan ibunya yang berada di tepi kolam.Farisha mengagak itu adalah abang Damia, walaupun hanya bahgian belakangnya yang kelihatan.
“Mia, lambat balik.Ilya pun ada, duduklah.Auntie buatkan air.Borak dengan si Faris ni dulu.”Teguran Puan Marisa membuatkan jejaka itu berpaling dan berdiri. Farisha terkedu sebaik melihat lelaki di hadapannya.Iqbal.Mereka hanya saling memandang. Damia yang pelik dengan situasi itu terkejut.
“You’re lying.”Farisha terasa di permainkan. Lantas, laju langkah kakinya dihayun.Panggilan Faris dan Damia langsung tidak diendahkan.Faris terduduk.Damia terus memandang pelik.
“Eh, Mia,Kak Ilya mana?Dah balik ke?”Puan Marisa bertanya.Pelik apabila Ilya balik awal.
“Entahlah,ibu.Mia pun tak faham.Ibu tanya lah Abang Faris.”
“Faris, Kenapa?”Faris hanya diam sambil memandang wajah ibunya.
“Hmm..Ibu,Faris naik dulu.”Tanpa menunggu panjang,Faris terus melangkah masuk ke dalam rumah.Damia dan Puan Marisa pelik.
* * * * * * * * * *
Faris merenung jauh ke luar tingkap.Segala yang berlaku petang tadi mengganggu fikirannya.Bercampur aduk.Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dilakukan.Faris duduk dihadapan computer.Skrin computer yang gelap dipandang kosong.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Faris takut untuk berdepan dengan Farisha.Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan.Faris bangkit melangkah ke pintu.
“Abang,boleh Mia cakap sikit?”Damia melabuhkan punggungnya di katil setelah Faris membuka pintu untuknya.Faris hanya mengangguk tanda membenarkan.Dia sanggup untuk menerima apasaja yang bakal dikatakan Damia.Pastinya tentang peristiwa petang tadi.
“Mia tak tahu apa yang berlaku dan kenapa.Cuma, Mia dapat rasakan Kak Ilya adalah girl yang abang beritahu hari tu.”Damia memandang Faris yang memandang tepat ke arahnya.
“Memang.Kak Ilya yang Mia kenal adalah Farisha yang abang kenal.”
“Abang, tadi Mia ada ceritakan pasal abang dan girl abang tu pada Kak Ilya and she said, setiap orang ada alas an sendiri atas semua tindakan yang diambil walaupun kalau dia jadi gadis tu, dia akan rasa tertipu.”
“Tapi dik, abang bukan berniat nak tipu dia. Abang takpernah tipu pun, abang Cuma tak berterus terang.Itu je.”Faris cuba mempertahankan diri.
“Mia percaya Kak Ilya boleh terima alas an abang.And, what you need and must do now, is, tell her the truth dan alas an abang.That’s all.Abang fikirkanlah.”Damia terus bangun dan berlalu keluar.Faris turut bangkit dan melangkah keluar menuruti Damia.Iklan aiskrim Walls di kaca tv menarik perhatian Faris. Apatah lagi lagu tema iklan tersebut.Dua Hati Menjadi Satu nyanyian Dafi dan Gita Gutawa menusuk kalbu.Idea datang.
“Mia, tolong abang esok boleh?”Faris buat muka mengharap.
“Hmm…Oklah. Apa?”Damia bertanya.Faris membisikkan sesuatu lalu berlalu.Damia menggeleng.Apalah abang aku ni, tadi bukan main sedih, serius je.Tapi, sekarang tersengih macam kerang busuk.
* * * * * * * * * * *
Pagi hari ahad.Farisha bangun dan bersiap-siap. Teringat Damia yang merayunya untuk keluar jogging pagi itu. Lagipun telah agak lama Farisha tidak berjoging. Peristiwa yang berlaku antara dia dan Faris langsung tidak menjejaskan hubungan dengan Damia. Farisha tahu, Damia tidak bersalah.Faris yang bersalah.Lagipun, semalaman dia berfikir.Dia sedia memaafkan Faris.Kesalahan lelaki itu tidaklah sebesar mana.Farisha keluar dan mula berjalan ke taman rekreasi yang berdekatan dengan kediaman mereka. Mereka jogging mengelilingi taman.
“Kak Ilya, Mia penat lah. Jom kita duduk kat bangku tu.”Damia terus menuju ke arah bangku yang agak jauh dari orang ramai.Farisha hanya mengikut.
“Assalamualaikum.”Satu suara memberi salam mengejutkan Farisha.Farisha angkat wajah dan di hadapannya, seorang kanak-kanak bersama aiskrim dan sekeping kad ditangan.
“Untuk akak ke?”Farisha bertanya dan menyambut aiskrim yang dihulur.Dia mengarahkan pandangan ke arah yang ditunjuk kanak-kanak itu.
“Abang tu suruh bagi.Kakak ni cantiklah.Bye”Ujar kanak-kanak tersebut sebelum berlari riang kea rah seorang kawan-kawannya.Farisha membuka kad di tangannya.

Dear Farisha,

Sejak melihatmu
Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu
Semakin ku ingin kamu
Maukah kau menemani aku….

Faris Iqbal

Farisha senyum.Damia di sebelah menghilang entah ke mana.Faris berjalan kea rah Farisha bersama aiskrim yang sama di tangan.Hati mereka mula bernyanyi lagu yang sama.

Hari kuindah
Dua hati kan bersatu
Hariku indah
Dua langkah menjadi satu
Andai aku dan kamu

Bersama selalu
Saat kau menatapku

Aku jadi salah tingkah
Kau genggam tanganku
Berdebar debar jantungku

Maukah engkau menemani aku…
Dan bila kau tak ada

Mengapaku memikirkanmu
Apakah engkau juga memikirkan aku.

0 comments: