urghh..tbe2 mcm rase sgt penat n malas nak menghandle baktisiswa ni..tp tuhlah, prog dah dis weekend, nak tarik diri pon tak samapi ati..takpe..berkorban demi negara..cheh, berkorban demi STEADFAST..hehehehhe..padahal tadelah byk sgt keje pon..juz nak meyetelkan perticipant yg tak cukup2 tuh..mengarut je..nseb baik ada ain, thanks ain...hehhe.tataw nk tulis ape sbnrnya..ngee~ sje nk membuang masa smntara nk blik bilik smbil menemani kak wani, intan n faiz siapkan buku prog..tak penah2 duduk kat center nih merangkak ke pukul 3 pagi..huhu.. 3 in da morning okeyh..hehhehehhe..pendek jelah n3 kali nih..mls lak nak tulis tbe2..hehehheh
Monday, May 24, 2010
Saturday, May 22, 2010
WHEN WE TALK ABOUT BEING EQUAL..
WHEN WE TALK ABOUT BEING EQUAL… EQUAL??? What does it convey? According to my opinion, being equal means an action of being fairly treated. Equal does not only refer to being equal as men are equal to women, or blacks are equal to whites. However, being equal can be applied into various situations. Recently, Keretapi Tanah Melayu (KTM) provides a special couch for ladies in its Komuter services. Started with trains to Pelabuhan Klang, now all trains have its own ladies couch which is the middle couch. What is its rational? It is actually done in order to decrease sexual harassment cases towards ladies especially when they are in trains or any other public transport. How do people view this? Just remember what Br. Khairul Anuar,my Sociology lecturer, said: If there is ladies couches, then, we should provide a special couch for guys too. Of course this is what a man like him would think and view, but, for us, girls and ladies, this is just a very good decision made by the authorities because we might view this as something positive, We might also view this as an acknowledgement for us, females, and this is just a very brave decision to protect us, and make sure that we are safe from being a victim of sexual harassment. However, in order to be fair, when we talk about being equal, logically, that's what we have to do. Provide another special coach for guys as well. p/s: just have a try, take the special coach for ladies, it's so comforting..really, don't have to worry about being unsafe..
Posted by Si Kure-kuree at 10:54 AM 0 comments
KISAH 3 GELAS
KISAH 3 GELAS Ini kisah tentang 3 gelas. Bukan cerita sia-sia. Tapi ini cerita yang dapat masa pergi usrah INSPIRE. Teori 3 gelas lebih tepatnya. Bicara tentang hati. Bicara tentang suci. Bicara tentang dosa. Ada 3 gelas. Satu gelas diisi dengan air masak. Warnanya jernih. Satu gelas diisi dengan air teh. Teh o. Bukan teh susu yang sedia berkeladak. Gelas terakhir diisi dengan air kopi o. Analoginya? Hati. Gelas itu macam hati. Gelas pertama, yang diisi dengan air masak, mewakili hati yang bersih. Kalau dimasukkan gula, masih dapt dilihat kehadiran gulanya. Jika dimasukkan sudu, lagilah sudunya kelihatan. Gelas kedua, mewakili hati yang tak bersih sgt, tapi tak kotor sangat. Just moderate. Kalau kita masukkan gula, masih kelihatan, tapi kurang jelasnya, kalau dimasukkan sudu pula, masih tetap dapat dilihat dengan jelasnya. Gelas terakhir, gelas yang berisi air kopi. Masukkan gula, masukkan sudu, kedua-duanya langsung tidak kelihatan. Kalau dapat dilihat pun, tidaklah telalu jelas. Menarik kan analoginya? Sama macam hati manusia. Andai hati kita bersih, sekecil dosa pun yang kita lakukan, kita akan tetap terasa kesalahannya. Andai hati kita keruh, dosa kecil mungkin kadang-kadang kita terlupa, tapi dosa yang besar pasti tetap akan terkesan. Malangnya, hati yang telah hitam, gelap, walau sebesar mana pun kesalahannya, tetap tidak dapat kita sedari kehadirannya. Hati yang hitam. Hati yang hitam itulah yang seharusnya kita elak, kita buang, kita kikis jelagatnya, kita bersihkan ia. Jangan hanya biar hati yang hitam itu kekal hitam. Orang kata, senang untuk kita menghitamkan hati yang bersih tapi sukar untuk membersihkan hati yang hitam. Sukar kan.??? Kadang-kadang, banyak mana pun kita bazirkan air liur untuk menegur, menasihati seseorang, andainya dia masih memlih untuk terus bersifat sedemikian, apalah yang mampu kita lakukan. Kita Cuma manusia biasa yang mahupun kesempuranaan tanpa menyedari bahawa kita tidak sempurna. Fikir-fikirkanlah..kita kadang-kadang langsung tidak tersedar kesalahan kita tetapi, adalah lebih malang sekiranya kita masih belum sedar walaupun ada yang mahu membuat kita sedar..sedih kan??? Manusia yang sebegini harus lah berusaha mengislah diri kembali.. perlukah untuk mereka terus menuding jari menyalahkan insane lain atas kesalahan diri mereka sendiri?? Haruskah?? Persoalannya, terletak pada diri kita sendiri,,,
Posted by Si Kure-kuree at 2:58 AM 0 comments
Wednesday, May 12, 2010
Bila Hati INI
~Kadang-kadang, kita terlupa sesuatu yang didepan mata, sibuk pula kita mengejar yang tak pasti, susah untuk dijangkau. Samapai, masa kita sedar, yang di depan mata kita itulah lebih bermakna, walau saat itu, dia semakin jauh dari pandangan kita.~ Susah kan nak memahami hati dan perasaan sendiri? Masa orang tu wujud kat depan mata, hari-hari melayan kita dengan baik, kita Cuma endah tak endah je. Tapi bila dia hilang, mula lah kita menggelabah nak mencari. Kadang-kadang ada ketika, kita langsung sibuk mengejar yang lain, kecewa bila insane yang dikejar rupanya jauh meninggalkan kita. Tapi, Allah itu kan Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih. Kita tak akan pernah sangka dia akn menggantikan kekecewaan kita dengan sesuatu yang lebih indah. Lebih gembira pula kita, bila yang ditakdirkan untuk kita itu, rupanya hanya berada di hadapan mata. Seronok pulak rasanya. Bila hati ini Sungguh buta untuk menilai Bila hati ini Sangat rabun untuk membeza Saat hati ini Tiba-tiba jadi bisu Bisu untuk berkata-kata Pekak untuk mendengar bicara Sukarkah? Sukarkah? Untuk mengenal erti sebuah rasa? Untuk melihat makna sebuah kasih? Siapa bilang? Ini bukan helah pujangga Bukan juga madah sang pemuisi Ini kata aku! Kata siapa? Kata Aku! Kata Aku! Sampai bila? Sampai bila harus ku tunggu? Sampai bila harusmu menanti? Sampai aku hilang? Atau, Sampai kamu lenyap?
Posted by Si Kure-kuree at 12:18 AM 0 comments
Monday, May 10, 2010
AKU MARAH!!
Marah pada mereka
Tapi bagaimana?
Haruskah dengan tangisan panjang?
Perlukah dengan maki dan hamun?
Mestikah dengan sepak terajang?
Aku marah lagi
Marah pada mereka
Marah pada kata-kata mereka
Marah pada perlakuan mereka
Tapi bagaimana?
Haruskah ku tengking sehabis suara?
Perlukah ku menjerit pada dunia?
Mestikah ku cerita pada semua?
Aku marah sangat
Marah pada mereka
Marah pada keji dan maki mereka
Marah pada hilai dan tawa mereka
Tapi bagaimana?
Haruskah ku tabur pada mereka?
Perlukah ku luah dengan ucapan?
Mestikah ku ganti dengan mengata?
Aku marah
Marah pada mereka
Tapi bukan,
Bukan ini kesannya
Bukan ini natijahnya
Bukan ini ganjarannya.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Tidak mahu ku dengar lagi
Tidak mahu ku lihat lagi
Tidak mahu ku terseksa lagi
Aku marah
Marah pada mereka
Tapi bagaimana?
Bagaimana?
Bersama rasa dari hati,
1446 hrs,
11 mei 2010
Mahallah Asiah, IIUM
Posted by Si Kure-kuree at 11:36 PM 0 comments
Labels: puisi
Keliru
Aku benci pada kebingitan itu
Aku benci pada suara-suara itu
Aku benci pada sumbang mambang bunyi itu
Aku suka
Aku suka pada kesunyian ini
Aku suka pada sepi ini
Aku suka pada decit-decit cengkerik ini
Aku keliru
bunyi
sunyi
bising
sepi
mana yang harus aku pandang
mana yang harus aku pilih
Aku suka,
atau,
Aku benci?
Sepi mana yang harus aku suka?
Bising mana yang harus aku benci?
Sepi dari keriuhan kah?
atau,
Bising dengan keramaian kah?
Aku keliru
Aku terus keliru
pada pilihan manakah?
yang harus aku jadikan sandaran?
Pada yang,
Aku suka,
atau,
Aku benci?
nukilan rasa,
1256
11 mei 2010
HS Cafe
IIUM
Posted by Si Kure-kuree at 9:46 PM 0 comments
Wednesday, May 5, 2010
MANUSIA oh MANUSIA
hmm...Manusia oh Manusia..macam2 jenis manusia ada dalam dunia ni. Bak kata Mok, nak mengcukupkan gila yg ke 99 mmg mcm2 lah manusia nih. Ada yang gila yang betul2 gila, ada yang gila dibuat2, ada jugak yang gila2 cerdik..haish..macam-macamlah..eh, knape tiba2 bercerita tentang gila nih?? heh, tadelah, sbnarnya nak cakap pasal pngalaman pergi site visit untuk prog hari tu.. quote yang pling best untuk diquotekan..ngeh3..
kamu kena ikut cakap saya, bukan saya ikut cakap kamu"
ada lagi manusia jenis lain. Yelah, nak mengcukupkan gila yang 99 tuh, macam macam jenislah mnusia ats dunia nih. belum campur lagi manusia yang perangai masyaallah, kerja nya asyik nak menyakitkan hati orang je..yang jenis, dia buat tape, tapi kalau orang lain, sumpah seranah maki hamun dihamburkan. Orang apakah ini?? ini bukan manusia lagi, bukan orang lagi, bukan human being lagi, tapi ni dah gaya macam apa dah ni. Mengutuk orang, kawan baik sendiri yang susah senang sama-sama, bkan kat belakang2 lagi dah, kat depan2 pun duuk mengata, tapi buat muka manis, konon baik tak bersalah. tapi, hakikatnya, dah berapa banyak dosa dah dia duk kumpul. dahlah tuh, tak ingat yang selama ni kawan ni duk tolong dia. Masa senang lupa kawan, tapi bila susah duk menagta kawan tuh suka2 hati. duk memaki hamun kawan2 tuh sesuka hati. Mula lah keluar segala macam perkataan "!@#$" "!@#$%^" dan macam2 binatang lagi lah dari mulut sendiri untuk kawan. Macam nih ke namanya kawan.???? Pandai pulak ko nak cakap kawan lupa kawan, bila dia sibuk hal sendiri. Siap kata pentngkan diri sendiri lagi, tapi bila ko yang buat, jadi rational lah pulak benda tuh kan??? bila orang yang ko suka dikebas, berani pulak ko nak mengata memaki hamun, biarpun, itu kawan baik ko yang dulu mengaku sahabat dunia akhirat, tapi bila ko buat dekat kawan ko macam tuh, takde pulak ko maki hamun diri sndri?? siap nak salahkan kawan ko tuh plak, biarpun itu masalah kesalahan diri snedri...manusia2...ntahlah..
bilalah manusia2 ini akan berfikir, tentang apa yang mereka telah lakukan, tentang apa yang mereka buat, masa kawan susah, larilah, tapi bila diri susah, mulalah nak mencari kawan, datang menangis2, menyesal insaf, dengan segala janji tak akan buat lagi, tapi bila sampai masa, janji entah ke mana, diri sendiri entah ke mana..bilalah lagi mereka ni akan sedar akan kesalahan mereka. bermuka2. depan org ni cakap lain, depan orang ni cakap lain.
betullah orang kata, kalau kita nak mengenal jenis manusia nih, kita kena banyak berjumpa dengan manusia. sebab manusia ni, kadang2 ada yang bukan manusia, yang lebih binatangnya dari binatang sendiri. Sebab tuhlah, jadi kes buang anak. Sebab hidup nak senang, gadai body untuk duet, memanglah hidup mewah, sbb sugar daddy bagi duet setiap kali bila mintak, tapi, tak sedar dunia. bila diri dah termengandung, takut mak ayah tahu, takut malu dgn org sekeliling, pergi jumpa doktor, gugurkan, doktor tanak bersubahat, buat sendiri. Takpun, tunggu sampai mas,a cukup bulan, anak keluar, buat anak macam sampah, budak tuh tak berdosa pun, tapi dibiarkan kat tepi tong sampah, kat tepi longkang, dibiarkan budak tu, jadi makanan anjing dengan kucing. betapa tak berhati perutnya manusia.
Hmm..bilalah mereka ni nak sedar?? Tapi itulah, Allah tuh maha adil, nanti akan ada balasan untuk mereka. Kalau mereka tak sedar jugak, tak nak sedar2 jugak, tak tahulah. Untuk mereka, jangan duk asyik nak berdoa keburukan untuk orang lain, sebab orang lain tak doakan keburukan untuk kita, jadi, fikir-fikirlah sendri.. Allah maha Adil, Maha Mengetahui, dia tahu yang mana betul, yang mana salah. Sudah-sudahlah tuh..Sebelum balasan yang dahsyat menimpa, dah-dahlah tuh, sudah2lah mengata orang, cukup2lah biar diri dibela, cukup2lah besar diri sendiri, sudah2lah tak sedar tanggungjawab. Kata si Adnan, "Don't let banana fruits two times." Fikir2lah, yang dah lepas, biarlah berlalu, sbab kita ni secara realitinya, ada dua peluang je. Bila peluang kedua disia-siakan, peluang ketiga takkan mnyusul...
renung-renungkan dan selamat beramal..~
Posted by Si Kure-kuree at 11:40 PM 0 comments