BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 3, 2012

Maafkan Aku.

"Easy to forgive but not to forget." Senang kan? Imbas balik entry aku sebelum, tentang kisah papan berpaku dulu tu. Ibaratnya papan tu. Bila dah dipaku, walaupun paku tu kita dah buang, tapi still kesanny masih ada. bayangkan papan tu hati manusia, paku tu pulak, segala kesalahan ataupun benda buruk yang berlaku, yang orang lain buat kat kita, kita mungkin boleh memaafkan, tapi takkan melupakan. Dan kuatkah hati kita to hold the meory inside and never talk about it after everything turns to normal?

Persoalannya, kemaafan tu mudah untuk kita berikan, tapi adakah kuat untuk kita lupakan apa yang telah berlaku? Aku pernah bertanya kepada ramai orang, mudahkah memberi kemaafan? Rata-ratanya memberikan "Ya" sebagai jawapan. Aku bertanya lagi, mudahkah untuk kita melupakan? Jawapannya, "Biarlah masa menentukan."

Berbicara tentang masa, andai kita mahu melupakan, biarlah masa menentukan. Beri masa untuk diri sendiri. "Time is the best heal". Pernah dengar kan? Perasaan marah itu datang pada waktu tertentu, disebabkan oleh perkara tertentu. Tapi andai kita biarkan ia diam terus berlalu, setelah kata kemaafan itu kita pohon, pasti things will get better. Marah itu cuma penyakit sementara, akan hilang ditelan masa.

Kejadian benar, pengalaman sendiri, alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan kesabaran yang agak tinggi, dia berikan aku kekuatan hati untuk berdepan dugaan. Sebulan dulu, aku fikir, aku hampir kehilangan seorang teman, aku fikir, aku akan sentiasa awkward dengan kehadiran dia. Marahnya tinggi, hingga langsung tidak dipandangnya aku, langsung tiada senyuman kala berselisih seperti selalu. Namun aku percaya, masa itu pengubat segalanya. Aku diam. Pilih untuk memberinya waktu. Seberapa banyak pun. Dan hari ini, aku sudah boleh berbalas kata dengannya. Aku sudah boleh merasa ditegur sebab malas study. Aku sudah boleh mendengar kata-kata GUDLUCK dari dia. Dan aku percaya, mungkin maaf itu sudah aku terima, mungkin masa yang panjang aku berikan untuknya mampu membuat dia melupakan.

Dan hari ini, aku percaya, walau apa jua yang berlaku, bagilah masa. bagilah masa untuk kita memaafkan orang, bagilah masa untuk kita melupakan kemarahan, bagilah masa untuk kita kuatkan hati, bagilah masa untuk apa saja.





Dan ini...untuk mereka yang dekat dengan aku. Untuk mereka yang pernah sentiasa bersama aku.

"Thanks for everything. Dan maaf untuk segalanya. Aku berikan masa untuk kamu-kamu, aku berikan ruang untuk kamu-kamu, agar kamu tahu, dan terima aku seadanya. Agar kita boleh kembali seperti dulu. aku percaya kepada kuasa masa."

0 comments: