BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 22, 2010

KISAH 3 GELAS

KISAH 3 GELAS

Ini kisah tentang 3 gelas. Bukan cerita sia-sia. Tapi ini cerita yang dapat masa pergi usrah INSPIRE. Teori 3 gelas lebih tepatnya. Bicara tentang hati. Bicara tentang suci. Bicara tentang dosa.


 

Ada 3 gelas. Satu gelas diisi dengan air masak. Warnanya jernih. Satu gelas diisi dengan air teh. Teh o. Bukan teh susu yang sedia berkeladak. Gelas terakhir diisi dengan air kopi o. Analoginya? Hati. Gelas itu macam hati. Gelas pertama, yang diisi dengan air masak, mewakili hati yang bersih. Kalau dimasukkan gula, masih dapt dilihat kehadiran gulanya. Jika dimasukkan sudu, lagilah sudunya kelihatan. Gelas kedua, mewakili hati yang tak bersih sgt, tapi tak kotor sangat. Just moderate. Kalau kita masukkan gula, masih kelihatan, tapi kurang jelasnya, kalau dimasukkan sudu pula, masih tetap dapat dilihat dengan jelasnya. Gelas terakhir, gelas yang berisi air kopi. Masukkan gula, masukkan sudu, kedua-duanya langsung tidak kelihatan. Kalau dapat dilihat pun, tidaklah telalu jelas.


 

Menarik kan analoginya? Sama macam hati manusia. Andai hati kita bersih, sekecil dosa pun yang kita lakukan, kita akan tetap terasa kesalahannya. Andai hati kita keruh, dosa kecil mungkin kadang-kadang kita terlupa, tapi dosa yang besar pasti tetap akan terkesan. Malangnya, hati yang telah hitam, gelap, walau sebesar mana pun kesalahannya, tetap tidak dapat kita sedari kehadirannya. Hati yang hitam.


 

Hati yang hitam itulah yang seharusnya kita elak, kita buang, kita kikis jelagatnya, kita bersihkan ia. Jangan hanya biar hati yang hitam itu kekal hitam. Orang kata, senang untuk kita menghitamkan hati yang bersih tapi sukar untuk membersihkan hati yang hitam. Sukar kan.??? Kadang-kadang, banyak mana pun kita bazirkan air liur untuk menegur, menasihati seseorang, andainya dia masih memlih untuk terus bersifat sedemikian, apalah yang mampu kita lakukan. Kita Cuma manusia biasa yang mahupun kesempuranaan tanpa menyedari bahawa kita tidak sempurna.

Fikir-fikirkanlah..kita kadang-kadang langsung tidak tersedar kesalahan kita tetapi, adalah lebih malang sekiranya kita masih belum sedar walaupun ada yang mahu membuat kita sedar..sedih kan??? Manusia yang sebegini harus lah berusaha mengislah diri kembali.. perlukah untuk mereka terus menuding jari menyalahkan insane lain atas kesalahan diri mereka sendiri?? Haruskah?? Persoalannya, terletak pada diri kita sendiri,,,

0 comments: