BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 10, 2010

AKU MARAH!!

Aku marah
Marah pada mereka
Tapi bagaimana?

Haruskah dengan tangisan panjang?
Perlukah dengan maki dan hamun?
Mestikah dengan sepak terajang?

Aku marah lagi
Marah pada mereka
Marah pada kata-kata mereka
Marah pada perlakuan mereka

Tapi bagaimana?

Haruskah ku tengking sehabis suara?
Perlukah ku menjerit pada dunia?
Mestikah ku cerita pada semua?

Aku marah sangat
Marah pada mereka
Marah pada keji dan maki mereka
Marah pada hilai dan tawa mereka

Tapi bagaimana?

Haruskah ku tabur pada mereka?
Perlukah ku luah dengan ucapan?
Mestikah ku ganti dengan mengata?

Aku marah
Marah pada mereka

Tapi bukan,
Bukan ini kesannya
Bukan ini natijahnya
Bukan ini ganjarannya.

Tidak!
Tidak!
Tidak!

Tidak mahu ku dengar lagi
Tidak mahu ku lihat lagi
Tidak mahu ku terseksa lagi

Aku marah
Marah pada mereka

Tapi bagaimana?
Bagaimana?

Bersama rasa dari hati,
1446 hrs,
11 mei 2010
Mahallah Asiah, IIUM


0 comments: