BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 17, 2009

Hembusan Rindu 2

Amira meletakkan bukunya di dalam bilik study. Penat di kelas terasa hingga membuatkan eluruh badannya seolah gagal berfungsi. Amira masukl kebilik dan merebahkan tubuhnya atas katil Telefon bimbit diletakkan di tepi bantal. Biarlah dengan baju kurung tak berslin pun. Penatnya. Terus Amira di bawa ke dunia mimpinya. Suara Avril Lavigne mendendangkan lagu Hot mengejutkan Amira dari lamunannya. Dalam mamai, Amira menekan punat di telefon bimbit.
"Mir, turun sekarang. Makan." Suara lelaki yag dari corong telefon berunyi arahan. Jantan mana pula ni. Laki aku, aku belum kahwin lagi..Opps..Iqbal..
"Kejap, siap jap." Talian terus dimatikan. Amira terus bingkas dan berlari ke bilik air. Seronok tidur sampaikan terlajak ke malam. Selesai mandi, Amira mengambil seluar putih dan t-shirt biru muda. dipadankan dengan tudung putih. Okeylah ni. Phone dan purse dicapai sebelum kelam kabut berlari turun. Tergesa-gesa Amira menuju ke blok B Takut Iqbal marah kerana kelewatannya. Tapi, langsung tidak kelihatan kelibat Iqbal. Ish, Budak ni, tadi ingatkan cepat tapi rupa-rupanya, dia pun tak turun lagi.
"Iq, You kat mana ni? I dah sampai bawah." Sebaik kedengaran suara Iqbal terus Amira memberitahu.
"Kat bilik lagi. You kat mana? tunggu situ diam-diam"
"Kat Rumah Pam No 1. Cepat sikit."Amira terus mematikan talian. dia duduk di bangku yang disediakan. Tak sampai berapa minit,m kelihatan kelibat Iqbal menju ke arahnya.Amira bangun.
"Hah, nak makan kat mana ni?" terus Iqbal bertanya. Ish, bukannya nak mintak maaf buat aku tunggu dia.Amira bengang dengan Iqbal. Boleh pulak dia aci main redah tanya nak gi makan. Nasib baiklah aku ni penyabar dan pemaaf orangnya.
"Penang Food nak. Nak makan Char Kuey Teow la." Amira bersuara. Iqbal hanya mengangguk dan mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Penang Food.
"Nak char Kuey Teow udang satu tak nak sayur. " laju mulut AMira memesan makanan sebaik sampai.
"Bagi Nasi Goreng Daging Merah. Ngan air Sirap LImau." Giliran Iqbal membuat pesanan.
"Haah, air. Air suam jela. Dua ek." Amira mencelah. Pelayan yang datang mengambil pesanan terus berlalu.
"You ni kan, tak reti nak mintak air lain ker? Asyik air suam je." Iqbal dah start dah. Amira senyum kambing.
"You tahu tak, air suam ni bagus untuk kesihatan. kurang kandungan gula dalam badan kalu selalu minum air suam je." Amira menerangkan. padahal dia hanya nak jimat duit dan air suam adalah yang paling murah. Free.
"Dahlah tu, Sayur pun tak nak, bila nak besar ni? Kalau macam ni lah tak besar sampai ke sudah."
"Alah dah i tak suka sayur nak buat macam mana?" Amira tersengih tapi Iqbal tetap denagn bebelannya. Amira diam je. Makanan yang dipesan sampai. Perbualan amira terhenti sekejap.
"You ni kan asyik nak membebel je. Penat telinga i dengar tahu tak.." Amira buat muka tak puas hati. Iqbal jegilkan mata. Budak amira ni meman, mulut tu suka menjawab.
"You tahu tak apa ang I buat, yng i cakap kat you selama ni semua erti hidup?"
"Yelah.yelah. Erti hidup. Tapi, i tetap tak ak sayur." Amira senyum kambing.
"Dahlah you. I dah penat cakap. BUkan nak dengar. Nanti, one day, i mintak sayur banyak-banyak sunbat dalam mulut you. tengoklah." Iqbal teruskan akan. Amira tersengih macam kerang usuk. Walaupun Cuak tetap bersarang. Iqbal ni bukannya boleh percaya Nati betul-betul mulut aku jadi sayur sumbat.

0 comments: